Sunday 2 June 2013

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Menyewa Kereta

Lapan Sebab Anda Perlu Menyewa Kereta di Tawau

Mengapa Anda Perlu Kereta Sewa di Tawau

Saya baru saja menyiapkan brosur iklan kereta sewa kami untuk market di Tawau. Sebab sebenarnya bukan orang yang dari luar daerah saja yang perlukan kereta sewa, orang dalam daerah pun perlu juga tu. Okey, mari kita tengok 8 sebab mengapa anda perlu menyewa kereta.

1. Untuk menghadiri majlis (tunang/kahwin./hari lahir/ aqiqah/ reunion)
Kadang-kadang kita sudah berkumpul 1 geng mau pergi ramai-ramai ke satu-satu majlis. Tiba-tiba baru perasan kereta tak cukup pulak untuk muat semua orang. Masa ni baru la tergaru kepala pikir mana lagi mau cari kereta ni?? Untuk hal-hal seperti ini, jangan susah hati. Call saja kami, kami bukan saja menyewakan kereta pada kadar harian, sewa ikut jam pun ada bah :)

2. Untuk pergi ke bandar/sekolah/kolej
Situasi ini sesuai untuk pelajar-pelajar IPG atau pelajar Kolej Komuniti. Majoriti pelajar-pelajar ini bukan asal orang Tawau. Kalau asal Tawau pun mungkin tiada kereta (walaupun sudah ada lesen). Untuk pergi ke bandar membeli barang-barang keperluan mungkin agak susah kalau naik bas. Lagipun, berat bah kan barang-barang tu. Jadi time macam ini la paling sesuai sewa kereta. Kongsi ramai-ramai untuk jimat kos & call kami untuk menyewa. Mudah kan?

3. Untuk pergi jalan-jalan di Kunak/Semporna
Kalau ada keluarga di Kunak atau Semporna, mungkin tidak relevan sudah tu kalau naik van pergi melawat keluarga dengan anak yang ramai. Bayar tambang van sudag berapa RM satu kepala. Jadi bagus lagi sewa kereta kan. Jimat dan selesa dapat bawa anak-anak pergi melawat keluarga. Untuk pelancong yang ingin ke Semporna pun sesuai sangat la ni. Kami jemput anda di airport Tawau, dan anda boleh terus pergi ke Semporna dengan selesa dengan kereta sewa kami.

4. Untuk hal kecemasan
Kadang-kadang malang tidak berbau, tiba-tiba saja kereta anda accident terlanggar kerbau. Kereta kemek dan terpaksa masuk bengkel. Masa itu mungkin anda sudah pening fikir macam mana mau pergi kerja dan hantar anak-anak ke sekolah kerana tiada transport. Jangan susah hati. Hubungi saja kami, kami akan menyediakan kereta sewa kami bagi mengatasi masalah anda. Lagi lama anda sewa lagi murah. Jadi jangan risau. Kalau anda mau cat kereta atau modified kereta pula, sekarang anda boleh buat tanpa mau tunggu cuti. Ini kerana anda tetap dapat pergi kerja dengan mudah dengan kereta sewa kami. 

5. Untuk menyambut perayaan
Tiada kereta atau tak cukup kereta untuk pergi ke rumah kawan/saudara masa CNY, raya, krismas & deepavali? jangan risau. Call saja kami. Kadang-kadang selalu terjadi kes tak cukup kenderaan masa hari perayaan. Sebab kita biasa pergi bertamu ramai-ramai kan? Dengan sewa ikut jam yang kami bagi, anda boleh saja sewa kereta kami dengan mudah. Murah-murah saja pun. Mahal lagi tambang teksi tu.

6. Untuk berjalan-jalan
Kadang-kadang rasa bosan di rumah, mau jalan-jalan dengan kawan pergi table atau Balung Eco Resort, tapi tiada kereta. Mau naik bas tapi malas. Sewa saja kereta dari kami dan ajak kawan-kawan anda pergi jalan-jalan di sekitar Tawau ini. 

7. Untuk orang dari luar Tawau
Ini pulak sebab utama orang bukan local menyewa kereta. Ada urusan di Tawau? Ada mesyuarat? Ada seminar? Atau datang ke Tawau untuk menghantar anak-anak masuk IPG Tawau. Ini masa paling sesuai untuk menyewa kereta. Ini untuk memudahkan anda membuat urusan sambil berjalan-jalan di Bandar Tawau ini. Takut sewa kereta mahal? jangan takut. Check saja rate kami, mesti terkejut :)

8. Untuk orang Tawau yang kerja jauh
Anda orang Tawau, tapi kerja di KL, KK, KB, Singapore dsb. Bukan setakat kerja di sana, tapi sudah berkeluarga di sana. Sekali-sekala balik Tawau melawat keluarga, mesti mau jugak bawak dorang jalan-jalan pergi belanja dan makan-makan kan? Tapi macam mana kalau tiada kereta di Tawau? Jangan susah hati, call saja kami & anda boleh sudah kasi keluar kereta sewa untuk membawa keluarga anda berjalan-jalan tanpa membazirkan wang. Ini kerana kereta sewa kami tidak akan mengempiskan poket anda :)

Demikianlah 8 sebab mengapa anda perlu menyewa kereta. Kadang-kadang orang tak pernah terfikir kemungkinan perkara-perkara ini, tapi disini kami mahu mencipta satu kesedaran yang kereta sewa bukan setakat untuk pelancong saja, tapi untuk banyak perkara lagi. Jadi dipendekkan cerita, kalau ada perkara diatas berlaku kepada anda, call saja kami di Kereta Sewa Tawau J3 di talian 013-5528523. Kami sedia membantu anda :)

No comments:

Post a Comment