Thursday 27 August 2015

Gen-2 dan Myvi di Kereta Sewa Tawau J3

Baru-baru ini kami telah menambahkan kereta sewa jenis Gen-2 dan juga Myvi ke dalam list kereta sewa yang kami sewakan di Kereta Sewa Tawau J3. Ini berikutan respon dan permintaan yang amat tinggi daripada pelanggan-pelanggan kami terhadap kereta-kereta berkenaan. Untuk tidak mengecewakan mereka, maka kami dengan berbesar hati telah menambahkan kereta berkenaan ke dalam senarai kami. Harga sewa yang kami tawarkan juga adalah yang paling murah di seluruh Tawau. Mari kita semak harga sewa kereta Gen-2 dan juga Myvi yang kami tawarkan.

kereta sewa tawau car rental

kereta sewa tawau car rental

Mungkin anda perasan yang rate bagi kedua-dua kereta Gen-2 dan Myvi ini adalah sama murah kan? Kami memang sengaja memberi rate yang sama rendah dan sama murah bagi memudahkan anda mennyewa kereta ini tanpa merasa terbeban, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana GST sedang berkuatkuasa. Tapi untuk makluman, semua rate kereta sewa kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang murah dan mampu bayar. Dan sudah tentu yang paling murah di seluruh Tawau. Itu memang sukar untuk dinafikan. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui mengenai rate kereta-kereta sewa kami yang lain, boleh klik di tab bahagian atas laman blog ini atapun klik link rate kereta sewa murah di Tawau ini. Anda pasti berpuashati dengan rate kereta sewa murah yang kami tawarkan.

Jadi tunggu apa lagi? kalau berminat mahu menyewa kereta Gen-2 ataupun kereta Myvi yang sangat-sangat murah ini, sila berhubung terus dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3 ;)
  

Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau



Friday 21 August 2015

Kereta Sewa Tawau Drag Race 2015

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sangat teruja, lagi beberapa hari sahaja lagi Karnival Sukan Bermotor 1 Malaysia Drag Race 2015 akan berlangsung di daerah Tawau, best kan. Untuk makluman, daerah Tawau memang aktif dalam aktiviti drag ini dan menganjurkannya secara besar-besaran setiap tahun. Jika pada tahun lepas ianya dianjurkan pada awal tahun, di tahun 2015 ini pula, ianya dianjurkan sempena bulan kemerdekaan kita.

Tawau Drag 2015


Drag Race yang sangat popular di Tawau ini bukan untuk hanya kereta sahaja, tapi turut dibuka kepada motosikal. Bagi yang berminat mennyertai Drag Race ini bolehlah pergi ke laman Facebook Tawau Drag bagi mendapatkan borang penyertaan dan juga bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai karnival ini. Berikut adalah tarikh dan tempat karnival ini akan berlangsung:

Tarikh: 28hb-31hb Ogos 2015
Masa: 7am-5pm
Tempat: Lapangan Terbang Lama

Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, Drag Race ini memang best. Walaupun kami hanya sebagai penonton, tapi debaran dan rasa keterujaan yang teramat sangat semasa menyaksikan kereta-kereta  dan motor-motor ini berentap tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup lah kalau kami katakan yang Ia bakal mencetuskan emosi yang mendebarkan kepada anda kerana para peserta yang bertanding akan sedaya upaya untuk mengekalkan kedudukan terbaik mereka dan mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang untuk mengutip mata demi mata.

Jadi jangan lupa untuk turun bersama-sama kami ke lapangan terbang lama (airport lama) dari 28-31 ogos bagi menyaksikan Drag Race 2015 ini. Sekiranya anda tiada transport untuk pergi ke airport lama nanti, jangan risau. Anda hubungi saja kami di talian 014-9669-359 bagi mendapatkan kereta sewa yang paling murah di Tawau. Apa yang penting, jangan sampai anda terlepas ke karnival drag race ini nanti ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459



Tuesday 18 August 2015

Sewa Kereta Proton Saga Plus di Tawau

Sewa Kereta Proton Saga Plus di Tawau

Berminat nak sewa kereta Proton Saga Plus di Tawau? Kami di Kereta Sewa Tawau J3 mungkin akan menyewakan kereta ini pada anda semua tidak lama lagi. Nantikan berita dari kami ya. Sebelum itu, mesti ramai yang keliru sekarang. Proton Saga Plus? Kereta apa tu? Untuk makluman semua, kereta Proton Saga Plus merupakan keluaran terbaru dari PROTON. Jom baca untuk mengetahui lebih lanjut.

Baru-baru ini Proton Holdings Berhad telahpun melancarkan varian baru untuk jenama Kereta Proton Saga mereka iaitu Proton Saga Plus. Proton Saga Plus akan menggantikan Proton Saga SV, Eksekutif dan semua varian SE tanpa sebarang peningkatan harga. Memang ohsem kan. Harga Proton Saga Plus tetap pada RM33,242.40.

Jadi, apa yang  best dengan Saga Plus ni? Untuk harga yang sama dengan Proton Saga SV, anda akan mendapat sebuah kereta yang kelihatan "mahal" dan mempunyai stail Eksekutif. Ini semua ihsan daripada set baru rim 14-inci 100% aloi, kit lengkap atau full body kit (depan, sisi dan belakang), spoiler belakang etc yang diberikan pada rekabentuk kereta Proton Saga Plus ini.

Kuasa bagi menjana Proton Saga Plus adalah enjin 1.3-liter Campro (Inline-four cylinder) yang boleh menghasilkan 94 hp pada 5750 rpm dan 120 Nm tork pada 4000 rpm. Pecutan dari 0-100 km/j akan mengambil masa 13.0 saat sahaja dengan transmisi manual lima kelajuan. Kelajuan maksimum adalah 160 km/j. Proton Saga Plus ditawarkan dalam lima warna berbeza - Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown.

Jadi begitulah ceritanya. Proton Saga Plus merupakan kereta Proton yang terbaru yang akan menggantikan Proton Saga SV. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sangat berminat dan tak sabar-sabar untuk menjadikan kereta ini sebagai salah sebuah kereta sewa kami. Agak-agak akan dapat sambutan tak? Jangan risau, kami jamin anda semua boleh sewa kereta Proton Saga plus ini dengan kadar sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Pun begitu, kereta ini belum ada lagi di Tawau semasa artikel ini ditulis kerana ia baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lepas. Tapi tak mengapa, sementara menunggu kehadiran Proton Saga Plus di Tawau, hubungi kami di 014-9669-359 bagi menempah kereta-kereta sewa kami yang lain. Kami jamin sewa yang paling murah di Tawau untuk anda semua. Jadi tunggu apa lagi ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday 14 August 2015

Kereta Sewa Bajet Proton Saga LMST



 Antara Kereta Sewa Bajet yang kami tawarkan di Kereta Sewa Tawau J3 adalah Kereta Proton Saga LMST. Anda boleh lihat kadar sewa yang kami tawarkan pada gambar diatas. Memang mampu bayar dan amat murah. Kereta ini mempunyai kapasiti muatan sebanyak 5 penumpang dewasa dan jimat minyak. Jika anda datang ke Tawau dan perlukan kereta sewa sedan pada harga yang rendah, jangan lupa dapatkan kereta sewa bajet Saga LMST ini. Kereta ini sentiasa mencapai status fully booked oleh itu kami sarankan agar anda menghubungi kami dengan segera di talian 014-9669-359 bagi menempah kereta ini secepat mungkin. Selain dari harga sewa yang murah, kereta Proton Saga LMST ini juga merupakan sebuah kereta yang hebat. Tak percaya? Teruskan membaca.

Proton Saga LMST (kereta kebal) telah diperkenalkan pada tahun 2003. Walaupun rekabentuknya luarannya banyak diambil dari Proton Iswara Aeroback, tetapi rekabentuk dalaman kereta Proton Saga LMST ini telah mengalami "total facelift" dan jauh beza dari Kereta Proton Iswara Aeroback sebelumnya. Kereta ini mempamerkan rekabentuk dashboard yang lebih baru dan lebih moden bagi menarik hati para pelanggan. Panel instrumen di dashboard pula lebih eksklusif dan dipaparkan dalam bentuk digital. Kereta yang boleh memuatkan 5 penumpang dewasa ini turut dilengkapi dengan lampu depan/belakang yang baru dan lebih menonjol. Kereta berkuasa 1300cc ini dikatakan jauh lebih hebat dari Iswara sebelumnya kerana ia mempunyai sistem ekzos baru yang mempunyai rating kuasa 83bhp (63 kw).

Pada awal tahun 2007 sahaja kereta Proton Saga LMST telah mencapai jualan sebanyak 15,000 tempahan. Ia berada di tempat kedua di belakang Perodua MYvi sebagai kereta yang terlaris di Malaysia pada tahun itu. Pada tahun 2007 juga Proton telah melakukan sedikit perubahan kosmetik pada rekabentuk keseluruhan Proton Saga LMST. Versi kereta Saga LMST 2007 merupakan versi kereta Proton Saga yang paling ringan dan paling laju diantara semua kereta-kereta Proton yang lain. Ia mampu mencapai kelajuan dari 0-100 dalam masa 12.5 saat dan mempunyai top speed pada kelajuan 185/kmj. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat hebat bagi kenderaan yang hanya mempunyai kuasa 1300cc sahaja.

Dah habis baca? Macam mana? hebat tak kereta Proton Saga LMST ni? Memang hebat kan. Sekali lagi, hubungi kami di talian 014-9669-359 untuk menempah kereta sewa bajet Proton Saga LMST ini. Siapa cepat, dia dapat ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday 7 August 2015

Ke Pasar Minggu Takada Dengan Kereta Sewa Tawau J3

Sempena hari ahad nanti, apa kata anda ke Pasar Minggu Takada bersama dengan Kereta Sewa Tawau J3. Untuk makluman, pasar minggu yang terletak di Takada ini merupakan pasar minggu yang paling terkenal dan paling gempak di Tawau. Sekiranya anda berpeluang ke Tawau, jangan lupa mengunjungi pasar minggu ini dengan menaiki kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, iaitu Kereta Sewa Tawau J3. Apa yang best sangat di pasar minggu ini? Mari layan sebentar gambar-gambar yang sempat kami rakamkan di pasar minggu berkenaan.

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Kalau nak tahu, memang macam-macam ada kat pasar minggu Takada ni. Benda-benda unik dan pelik pun ada jugak. Memang seronok lah kalau datang ke sini. Cuma kalau nak datang tu, kena la datang awal sikit. Kalau boleh sebelum jam 7 pagi. Ini kerana tempat meletak kenderaan adalah amat terhad dan orang pula sangat ramai. 

Jadi kalau datang ke Tawau, jangan fokus pergi ke pasar tanjung dan pasar gantung sahaja. Ini kerana pasar minggu Takada sebenarnya lebih best lagi. Percayalah. Untuk makluman jugak, pasar minggu Takada ini hanya beroperasi pada hari ahad sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke tempat ini ya. Dan jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359 untuk mendapatkan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau untuk membawa anda ke sana nanti :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459