Saturday 29 March 2014

Kereta Sewa Tawau J3 dan Miss Call



Hari ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan bercerita mengenai miss call. Harap maklum ya, kami tak ada niat nak promosikan handphone Nokia di atas, itu cuma contoh. Kalau nak tahu, purata jumlah panggilan telefon yang kami terima dalam sehari melebihi 50 panggilan. Ada yang buat panggilan telefon untuk minta kereta sekarang, ada pula yang call untuk booking di masa hadapan. Kadang-kadang dalam 1 masa boleh serentak hingga 7-8 panggilan telefon yang kami terima. 

Kerana begitu banyak panggilan yang kami terima, maka tidak hairan la banyak jugak miss call yang kami dapati di voice message kami. Untuk makluman, kami telah install sistem sms autoresponder pada handphone kami. Mana-mana customer yang call pada masa kami sedang sibuk di talian (atau sedang memandu) akan menjadi miss call dan anda akan menerima sms secara automatik mengatakan yang talian kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan melalui sms/whatsapp.

Mana-mana yang kami sempat call balik, kami akan call. Paling tidak pun, kami akan sms balik. Tapi ada juga customer yang memang tidak suka pada sms kan, mereka ini akan call hingga berpuluh-puluh kali walaupun sms sutoresponder kami sudah menghantar message yang mengatakan talian kami sedang sibuk. Akibatnya, miss call yang kami dapat akan mencecah hingga ke berpuluh-puluh panggilan. Kadang-kadang trauma juga melihatnya.

Nasihat kami pada pelanggan-pelanggan sekalian, jika tidak dapat hubungi kami melalui call, anda juga sebenarnya boleh menghubungi kami melalui sms dan whatsapp. Kami sebenarnya lebih prefer sms dan whatsapp kerana ada bukti bertulis dalam handphone kami dan juga handphone anda mengenai booking yang telah anda buat. Kadang-kadang kalau call ni, ada juga pelanggan yang boleh buat-buat lupa bila kita hantar kereta sewa pada dia.

Kami kalau boleh tidak mahu panggilan anda semua menjadi miss call, syarikat telco juga yang untung nanti. Tapi kami harap anda semua juga, setelah call 10x tak terjawab, tolonglah reply semula sms autoresponder kami. Setelah kami selesai bercakap dengan pelanggan yang terdahulu call, kami akan hubungi anda semula. Apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membuat panggilan kepada kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kami yakin, anda memilih kami kerana kami yang terbaik di mata anda. Semoga sokongan anda semua terhadap perkhidmatan kereta sewa kami di daerah Tawau ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya. Terima kasih dan maaf atas semua miss call yang tak terjawab itu ;)

Saturday 15 March 2014

Doa Untuk Pesawat MH370 Dari Kami Di Kereta Sewa Tawau J3


Doa untuk pesawat MH370 dari kami di Kereta Sewa Tawau J3 tidak pernah putus sejak ia diumumkan "hilang" pada minggu lepas. Pesawat malang yang sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi 8 Mac lalu ini telah hilang begitu sahaja.

Walaupun kami di Kereta Sewa Tawau J3 sibuk menguruskan kereta-kereta sewa kami dan juga menguruskan tempahan yang tidak henti-henti sejak minggu lepas, tapi kami juga tidak pernah melepaskan peluang mendapatkan info mengenai pesawat MH370 ini.

Baru sebentar tadi Perdana Menteri kita telah mengumumkan yang pesawat ini telah dirampas.  Ini merupakan satu berita yang membawa kelegaan kepada kami di sini. Harapan kami di Kereta Sewa Tawau J3 adalah agar pesawat MH370 ini dijumpai dengan selamat. Bagi semua penyewa-penyewa kereta kami dan pelanggan-pelanggan kami yang kami hormati, marilah kita sama-sama berdoa agar pesawat malang ini dijumpai dengan segera. Semoga doa kita semua akan dimakbulkan Tuhan.



Saturday 1 March 2014

Promosi Toyota Unser Kereta Sewa Tawau J3

Promosi Unser Kereta Sewa Tawau J3

Sempena bulan Mac ini, Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan mengadakan promosi istimewa untuk kereta Toyota Unser kami. Untuk makluman, kereta Toyota Unser ini merupakan sebuah kereta MPV yang sangat hebat dan boleh memuatkan 8 orang penumpang dewasa tanpa sebarang masalah.

Promosi selama 10 hari ini akan bermula esok (3 Mac 2014) dan tamat pada 12 Mac 2014. Jadi warga Tawau yang memerlukan MPV pada kadar sewa yang murah, boleh lah hubungi kami di talian 014-9669-359. Pada mereka yang bakal berkunjung ke Tawau pada awal bulan Mac ini juga, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sewa kereta Unser tersebut hanya RM170/hari dan sekiranya anda menyewa lebih dari 3 hari, sewa kereta tersebut adalah serendah RM150/hari sahaja. Yang menariknya, kami di Kereta Sewa Tawau J3 juga akan memberikan isian petrol percuma (1/2 tank) sekiranya anda menyewa kereta tersebut selama 4 hari dan ke atas.

Jadi jangan tunggu lama-lama kerana kami yakin promosi ini pasti akan menggegarkan bandar Tawau bermula dari 2 haribulan Mac nanti. Sekiranya anda ingin membuat tempahan, sila hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 dengan segera di talian 014-9669-359. Selain dari kereta Toyota Unser, kami juga mempunyai banyak pilihan kereta-kereta sewa yang lain pada harga yang cukup murah. Jadi jangan lupa hubungi kami ya, trimas :)