Tuesday 29 September 2015

Penyewa Kereta Dari Perancis

Kereta Sewa Tawau


Sempena cuti sekolah baru-baru ini Kereta Sewa Tawau J3 telah mendapat penyewa kereta dari Perancis. Ini merupakan kali kedua kami menyewakan kereta kepada warga Perancis. Mereka berdua merupakan saintis yang datang menjalankan kajian ke atas pokok-pokok dan tumbuhan di Taman Bukit Tawau. Sebagai warga Tawau, kami berasa amat bangga kerana ada juga saintis yang sudi datang dari jauh membuat kajian di tempat kami ini.

Bagaimana mereka menemui perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan? Semestinya melalui internet. Selain dari laman blog ini, kami turut mempunyai blog dalam Bahasa Inggeris di Tawau Low Cost Car Rental Service. Selain itu kami juga mempunyai blog rasmi syarikat kami yang juga ditulis dalam Bahasa Inggeris di J3 Trade Enterprise: Car Rental Service in Tawau, Sabah.

Blog berbahasa Inggeris inilah yang banyak membantu kami memperkenalkan servis kereta sewa yang kami tawarkan kepada masyarakat antarabangsa. Mengenai perhubungan pula, biasanya apabila warga asing dari luar negara menyewa kereta kami, mereka akan menghantar email kepada kami ataupun terus membuat tempahan kereta sewa di Borang Tempahan Kereta Sewa Online kami. Bagi penyewa kereta sewa dari Malaysia pula, cara yang paling baik adalah terus menghubungi kami melalui talian 014-9669-359. Kami menerima panggilan, sms dan juga whatsapp. Jadi tunggu apa lagi? Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling best di Tawau seperti warga Perancis ini, hubungi kami segera di talian 014-9669-359. Kami jamin anda pasti berpuashati.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday 18 September 2015

Kereta Sewa di Tawau Sempena Cuti Sekolah

Kereta Sewa Tawau


Adakah anda memerlukan kereta sewa di Tawau sempena cuti sekolah kali ini? Jika ya, hubungi kami segera di talian 014-9669-359 ataupun emel kami di j3trader@gmail.com. Berdasarkan pengalaman, musim perayaan dan musim cuti sekolah merupakan masa di mana kereta sewa Tawau J3 laris bagaikan pisang goreng panas. Hinggakan ada pelanggan yang minta diberi apa-apa kereta saja lah, janji ada.

Suka kami ingatkan, tempahan awal sebenarnya adalah lebih baik dari "last minute" booking. Sebab kalau tempah awal-awal, memang dijamin anda akan dapat kereta sewa tersebut. Tapi kalau lambat, ikut nasib juga lah. Kalau ada yang cancel, mungkin akan ada peluang untuk mendapatkan kereta sewa yang diinginkan.

Untuk makluman, kereta sewa yang kami sediakan ini cuma boleh dipandu sehinggan ke Sandakan sahaja. Itu pun kami beri sekiranya disewa melebihi 3 hari. Kalau sewa 1 hari untuk ulang-alik hingga Sandakan, itu kami tak boleh bagi. Ini kerana hal ini dikhuatiri mempercepatkan lagi keuzuran kereta-kereta kami. Bagi yang menyewa untuk dipandu disekitar daerah Tawau, Semporna, Kunak kami memang alu-alukan.

Kereta sewa yang kami sediakan dijamin kompetitif dari segi harga. Dalam erti kata lain, murah dan mampu bayar. Jadi jangan ketinggalan membuat tempahan kereta sewa dengan Kereta Sewa Tawau J3 sempena cuti sekolah kali ini. Hubungi kami di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp) untuk tempahan. Konfirm dilayan bah kalau kau ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459




Saturday 12 September 2015

Tetamu Kami Di J3 Homestay Tawau

Tetamu J3 Homestay Tawau

Selain kereta sewa, kami juga menawarkan perkhidmatan homestay di bawah nama J3 Homestay Tawau. Kelmarin (11/9/2015) unit kami di J3 Homestay telah menerima tetamu dari Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Rombongan Jabatan Perhutanan telah menempah homestay kami selama 5 hari, bermula dari 11 Sept 2015 hingga 16 sept 2015. Kami amat berbesar hati kerana pihak Jabatan Perhutanan sudi memilih homestay kami sebagai tempat penginapan mereka sepanjang berada di Tawau selama 5 hari ini.


Dalam gambar ni ada dua orang sahaja kerana ramai lagi yang belum sampai semasa kami menyerahkan kunci. Untuk makluman, homestay kami mampu menerima tetamu dalam jumlah yang ramai kerana kami ada menyediakan banyak bantal dan tilam extra kepada tetamu yang datang. Selain itu homestay kami juga menyediakan 3 buah katil queen size dan 2 katil single untuk kegunaan tetamu.


Peralatan dapur memang complete. Termasuk beras sekali kami bagi. Tak perlu bayar lebih, semua kami sediakan untuk anda. Jadi adakah anda rasa berbaloi menginap di J3 Homestay Tawau? Kalau ya, sila buat tempahan segera. Jangan sampai terlepas kerana kami biasanya fully booked setiap bulan. Untuk tempahan kami hanya perlukan deposit sebanyak RM50 sahaja. Invois akan diberikan sebagai bukti bayaran. Sila dail 013-5499-359 untuk tempahan. Siapa cepat, dia dapat. Bagi penyewa-penyewa homestay yang memerlukan kereta sewa, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359. Kami jamin anda akan dapat menyewa kereta sewa yang paling murah di Tawau dengan kami ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday 4 September 2015

Info Kereta Sewa Tawau

Minggu lepas kami telah memuatkan video "INFO KERETA SEWA TAWAU" ke akaun youtube kami. Kami lakukan ini kerana kami dapati semakin ramai orang yang lebih suka mencari maklumat berbentuk video. Youtube pula merupakan search engine yang ke-2 terbesar selepas google. Dengan memuatkan video info mengenai kereta sewa kami di youtube kami berharap semakin ramai orang akan mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami dan kereta-kereta sewa yang kami tawarkan. 




Sudah lihat video yang kami sertakan ini? Kalau tidak dapat membuka video ini disini, sila klink direct link video ini di youtube https://www.youtube.com/watch?v=fowm74TNmVs Dalam video ini kami jelaskan dengan terperinci dan pantas tentang perkhidmatan kereta sewa yang kami berikan di Tawau. Ramai yang telah menyewa kereta dengan kami, baik dari dalam negara mahupun dari luar negara. Pun begitu, mungkin ramai juga yang belum mengenali kami, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru pertama kali datang ke Tawau untuk urusan kerja ataupun untuk bercuti bersama keluarga.

Bagi yang baru pertama kali datang ke daerah Tawau, selamat datang kami ucapkan. Seperti yang ditayangkan di video info kereta sewa Tawau di atas, kami merupakan penyedia perkhidmatan kereta sewa yang berdaftar serta menyediakan kereta sewa yang termurah di Tawau. Banyak kereta dan banyak pilihan untuk anda. Sekiranya berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan berkualiti di Tawau, sila hubungi kami sekarang. Kami boleh dihubungi di talian 014-9669-359 ataupun boleh juga emel ke j3trader@gmail.com 

Bagi yang tidak seberapa faham Bahasa Melayu, kami juga mempunyai blog di dalam Bahasa Inggeris iaitu http://www.tawaucarrentalj3.blogspot.com Jadi jangan segan-segan berkunjung ke blog tersebut. Bagi yang suka menonton video sahaja, jangan lupa search kami di youtube, kami ada channel Kereta Sewa Murah Tawau yang memuatkan semua video-video kami. Harapan kami agar semua info yang kami paparkan melalui video, blog dan juga facebook ini dapat memberi anda semua maklumat yang anda perlukan mengenai kami :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459