Wednesday 31 December 2014

Happy New Year Dari Kereta Sewa Tawau J3

Happy New Year Dari Kereta Sewa Tawau J3

Selamat tahun baru 2015 dan happy new year dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2014. Lagi 2 jam 30 minit kita berada di tahun 2014, tahun yang banyak pahit dan manisnya untuk kita semua. Bagi semua rakyat Malaysia, di tahun 2014 begitu banyak peristiwa sedih terjadi di sepanjang 2014. Tapi banyak juga peristiwa yang boleh membuat kita tersenyum. Yang pastinya di tahun 2014 ni ramai orang yang melangsungkan perkahwinan. Betul kan?

Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, tahun 2014 adalah tahun yang cukup baik. Kereta semakin bertambah, pelanggan setia pun semakin ramai. Dan di tahun ini juga kami telah melebarkan lagi sayap perkhidmatan kami dengan menwarkan servis homestay yang paling murah di seluruh Tawau, iaitu J3 Homestay Tawau. Memang tahun ini tahun yang menyaksikan perkembangan kami sebagai sebuah syarikat kereta sewa yang semakin menjadi pilihan di daerah Tawau ini. Ini tak mampu kami capai tanpa sokongan yang tak berbelah bagi dari anda semua. Terima kasih!

Di tahun 2015 dan seterusnya, kami harapkan syarikat kami akan menjadi semakin maju dan semakin proaktif dalam memberi servis kereta sewa yang murah untuk seluruh warga Malaysia dan luar Malaysia. Kami juga berharap sokongan yang kami terima di sepanjang tahun 2014 akan berterusan hingga ke tahun 2015. Untuk negara Malaysia yang tercinta dan Sabah Tanahairku, semoga semakin aman damai sentosa. Semoga kita semua saling hormat-menghomati, saling bantu membantu tanpa mengira agama, bangsa dan status. Kita 1 Malaysia selamanya. OK?

Selamat Tahun Baru and Happy New Year 2015 dari kami semua di Kereta Sewa Tawau J3 :)

Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)

Thursday 25 December 2014

Merry Christmas Dari Kami Di Kereta Sewa Tawau J3

Merry Xmas From Kereta Sewa Tawau J3


Selamat Hari Natal dan Merry Christmas daripada kami di Kereta Sewa Tawau J3. Seperti biasa, kita di Malaysia dan juga di seluruh dunia akan merayakan sambutan Krismas pada setiap 25hb Disember. Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, berbilang bangsa, kaum dan agama kita akan merayakan banyak perayaan setiap tahun. Itu keunikan kita di Malaysia dan kita bangga dengan keunikan itu.

Ucapan Krismas ini kami tujukan khas kepada semua pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan kami yang beragama Kristian. Semoga sambutan Krismas tahun 2014 ini lebih meriah dan lebih bermakna di samping keluarga tersayang. Seperti biasa adat kunjung-mengunjung akan dibuat pada setiap perayaan di Malaysia. Di Krismas tahun ini marilah kita sama-sama mengunjungi dan meraikan Krismas bersama rakan-rakan kita semua.

Akhir kata, Merry Christmas and happy holiday... ho! ho! ho!

Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau

Wednesday 3 December 2014

Sewa Kereta Proton Saga BLM Yang Murah Di Tawau

kereta sewa tawau car rental


Berapa sewa kereta Proton Saga BLM yang anda mampu bayar sambil tersenyum? Di Kereta Sewa Tawau J3 kami dengan bangganya menawarkan sewa kereta Proton Saga BLM yang amat murah dan berpatutan di daerah Tawau ini. Amat sukar dipercayai bukan? rata-rata operator kereta sewa menawarkan kereta ini pada kadar yang melebihi RM100. Tapi kami mahu membantu anda menyewa kereta ini pada kadar yang murah. Sebelum itu, jom semak dulu rate sewa kereta ini:

1 hari = RM100
3 hari ke atas = RM90/hari
7 hari ke atas = RM80/hari
1 bulan = Kita nego sampai anda puas hati

Kereta Proton Saga BLM ini datang dalam versi manual dan automatik. Bagi kedua-dua versi, kadar sewanya adalah sama. Menarik kan? Tiada beza harga untuk kereta auto dan manual untuk Saga BLM ini atau mana-mana kereta sewa kami yang lain. Yang paling best lagi, ada diskaun istimewa untuk pelajar. Seperti biasa, tunjukkan saja kad pelajar anda dan anda layak mendapat diskaun 10% on the spot.

Seperti kereta-kereta sewa kami yang lain juga, anda boleh menggunakan kereta Proton Saga BLM ini dengan percuma selama 1 hari (24 jam) apabila anda membuat sewaan melebihi 10 hari. Anda tidak akan mendapat offer berani mati seperti ini di mana-mana tempat lain di Tawau. Jadi tunggu apa lagi? Kereta Proton Saga BLM ini merupakan antara kereta kami yang paling laris di Kereta Sewa Tawau J3. Hampir setiap hari kena booked. Kalau anda mahu menyewa kereta ini sambil menjimatkan wang, hubungi kami segera di Kereta Sewa Tawau J3. Biar kami bantu anda ;)

Tempah kereta sewa anda sekarang: 
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)