Caj Lewat Pemulangan

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Caj lewat pemulangan akan kami kenakan sekiranya anda lewat memulangkan kereta mengikut masa yang telah ditetapkan di dalam salinan "car rental aggrement" yang telah anda tandatangani. Untuk makluman para pelanggan sekalian, kami di Kereta Sewa Tawau J3 mengamalkan sistem 25 jam. Sila lihat contoh pengiraan untuk sewaan selama sehari. Sekiranya anda meminjam kereta pada jam 9.00 pagi 25/10/2013, maka anda seharusnya mengembalikan semula kereta itu pada jam 10.00 pagi 26/10/2103 (25 jam). 

Kegagalan anda untuk mengembalikan semula kereta itu mengikut masa yang ditetapkan akan membuatkan anda didenda sebanyak RM10 setiap jam (bagi kereta biasa) dan RM20 setiap jam (bagi kereta MPV, Van, dan 4WD). Sekiranya kelewatan melebihi 6 jam, anda akan didenda bayaran penuh sehari untuk sewa kereta berkenaan. Diharapkan para pelanggan semua sedia maklum mengenai perkara ini. Untuk keterangan lanjut mengenai perkara ini, anda semua boleh berhubung terus dengan Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp). Terima kasih :)

No comments:

Post a comment