Tuesday 3 May 2016

Kereta Sewa Murah di Tawau

Kereta Sewa Tawau J3 0149669359


Pertama kali datang ke Tawau? Perlukan kereta sewa yang murah-murah saja? Hubungi kami dengan segera. Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Harga kami pasti membuat anda berada sangat lega. Ramai yang kata begitu kepada kami, lega sangat jumpa website kami atau jumpa facebook page Kereta Sewa Tawau J3, lega sebab akhirnya jumpa juga syarikat kereta sewa yang bagi harga sewa yang cukup murah.

Kenapa kami bagi kereta sewa yang murah-murah? Itu cara kami nak bantu anda semua yang betul-betul memerlukan kereta sewa. Tak semua orang mampu bayar lebih kan? Kadang-kadang ada yang menyewa kereta kami ni di kalangan mereka-mereka yang baru posting, baru nak start kerja di Tawau. Pastinya duit merupakan satu isu besar kepada mereka. Jadi disini kami memainkan peranan untuk memudahkan mereka bergerak ke tempat kerja pada kos yang cukup murah.

Kami bersyukur kerana sehingga ke hari ini perkhidmatan yang kami tawarkan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari semua pihak. Kami mula beroperasi beberapa tahun yang lepas dalam perniagaan kereta sewa ini. Bermula dari dua buah kereta sahaja. Kereta Proton Wira dan juga kereta Perodua Kancil. Hari ini jumlah kereta kami semakin bertambah kerana permintaan yang tinggi dari pelanggan-pelanggan yang memerlukan kereta sewa yang murah. Terima kasih kami ucapkan.

Walaupun kelebihan kami adalah dalam menawarkan kereta sewa yang murah, ada juga pelanggan yang menghubungi kami untuk menyewa kereta  mewah yang agak mahal harganya. Bukan sekali dua kami mendapat panggilan telefon untuk menyewa Ninja King, BMW, Alphard dan sebagainya. Akibat dari itu kami sekarang sedang berkira-kira untuk meluaskan niche kami dari kereta sewa murah kepada kereta yang mewah juga. Maksudnya, selain menawarkan kereta sewa murah, sekarang kami juga turut menyewakan kereta yang mewah untuk pelanggan yang memerlukannya. Perkara ini sekarang dalam proses pelaksanaan. Doakan kami berjaya ya.

Dalam pada itu, jangan risau. Walaupun kami dah sewakan BMW satu hari nanti, status kami sebagai penyedia kereta sewa yang paling murah di Tawau tetap berjalan seperti biasa. Kami akan pastikan tiada sesiapa yang akan terbeban membayar sewa kereta dengan kami. Oleh itu, kalau anda memerlukan kereta sewa yang murah di Tawau, hubungi kami dengan segera di talian 014-9669-359 / 011-3966-3963. Terima kasih ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459