Sunday 13 January 2019

Kereta Sewa Murah di Tawau tahun 2019

Kereta Sewa Paling Murah Seluruh Tawau

Sudah 2 minggu kita berada di tahun 2019. Syukur kerana kita semua masih lagi diberi peluang menikmati hidup ini. Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, kami amat bersyukur kerana pada tahun ini genap 7 tahun kami beroperasi sebagai sebuah syarikat kereta sewa yang berdaftar di daerah Tawau. Kami masih lagi di sini pada tahun 2019 kerana sokongan anda semua. Terima kasih!

Azam kami pada tahun ini adalah menambahkan kuantiti kereta-kereta sewa kami bagi menampung permintaan kereta sewa yang cukup banyak dari anda semua. Kami akan cuba sedaya upaya kami memenuhi semua permintaan anda semua. Pelbagai jenis kereta yang dicadangkan juga akan kami pertimbangkan. Percayalah, kami pasti akan melakukan penambahbaikan yang anda semua perlukan.

Harga sewa tetap pada harga yang terendah. Kami tidak ada perancangan untuk menaikkan kadar sewa kami. Kalau boleh, kami ingin rendahkan lagi harga untuk pelanggan-pelanggan setia kami. Kami sedar, tanpa sokongan dari anda semua, kami pasti tidak akan berada di sini pada hari ini. Justeru itu, kami mohon agar anda semua meneruskan sokongan anda pada kami di tahun 2019 ini. Boleh kan? Bagi yang memerlukan kereta sewa yang murah dari kami di Kereta Sewa Tawau J3, jangan lupa hubungi kami di talian 014-9669-359 atau 011-3966-3963 untuk tempahan. Anda juga boleh membuat tempahan online dengan meng-klik butang tempahan di sebelah kanan atas laman blog ini. Akhir kata, selamat tahu baru 2019 dan terima kasih kerana sentiasa setia bersama kami.