Tuesday 29 July 2014

Selamat Hari Raya Warga Tawau!

Selamat Hari Raya Dari Kereta Sewa Tawau J3
Selamat Hari Raya Dari Kereta Sewa Tawau J3

Selamat Hari Raya warga Tawau! Kini kita telah pun berada di Hari Raya ke-2. Di kesempatan ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Tawau dan juga seluruh warga Malaysia yang beragama Islam. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keriangan kepada anda semua.

Seperti hari raya yang terdahulu, kami di Kereta Sewa Tawau J3 pada tahun ini memang amat sibuk sekali. Biasalah kalau hari raya, tempahan dan permintaan untuk kereta sewa memang sangat tinggi. Hampir setiap minit telefon akan berbunyi bertanyakan tentang kereta sewa. Untuk makluman, tempahan kereta sewa pada musim perayaan dan juga hari raya akan kami buka sebulan sebelum hari raya tiba. Jadi bila sudah dekat-dekat hari raya, memang kereta sewa sudah habis. Dalam erti kata lain, sudah fully booked.

Ramai yang sangat kecewa bila kami katakan kami sudah tiada kereta sewa yang boleh diberikan. Tapi apa boleh buat. Kami pun terkilan kerena tidak dapat memenuhi keperluan anda semua di musim perayaan ini. Oleh itu kami sangat berharap di tahun depan kami akan ada lebih banyak kereta sewa untuk memenuhi keperluan anda. Dan kalau boleh, sila lah buat tempahan awal untuk musim perayaan tahun hadapan. 

Untuk makluman, kereta kami sudah habis semuanya pada saat ini, iaitu hari raya ke-2. Kami hanya akan ada kereta yang available pada hari raya ke-6 nanti. Terima kasih kepada yang telah menyewa kereta dengan kami sepanjang musim perayaan tahun ini. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Akhir kata, sekiranya ada silap dan salah kami sepanjang tahun ini, kami memohon berbanyak-banyak maaf. Bak kata iklan televisyen kosong-kosong yeaa. Selamat Hari Raya Semua :)

Saturday 5 July 2014

Sewa Proton Iswara Bajet di Tawau

kereta sewa tawau car rental



Mari sewa Proton Iswara bajet di Tawau. Ya, kali ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 Tawau dengan bangganya memperkenalkan edisi kedua kereta sewa bajet kami. Kereta sewa super Bajet kami yang mula kami perkenalkan pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang sangat menakjubkan dari penyewa-penyewa kereta di seluruh Malaysia, Indonesia dan Italy. Selain Malaysia, kami juga ada penyewa kereta yang datang dari Indonesia dan Italy yang datang ke Tawau ini atas urusan bisnes dan percutian.

Okey, berbalik kepada kereta Proton Iswara Bajet kami ini. Keretanya memang sangat memuaskan. Mempunyai keluasan yang cukup besar dan boleh muat 5 orang dewasa dengan begitu selesa sekali. Bahagian bonet pula adalah sebesar bilik stor mini di rumah anda. Tak percaya? Bonet kereta Iswara sedan memang boleh memuatkan banyak barang. Mahu muat beras beratus kilo pun boleh. Cubalah. Orang kata, belum cuba belum tahu kan. Suspension kereta memang mantap, aircond pun boleh tahan sedap. Kalau anda menyewa kereta ini, memang tidak rugi. Sudahlah murah, best lagi.

Mari kita semak rate kereta ini :

1-2 hari = RM75/hari
3-6 hari = RM70/hari
7 hari ke atas = RM65/hari
1 bulan = NEGO

Macam mana? memang hebat dan menakjubkan bukan? Kereta ini sudah banyak berjasa kepada para penyewa-penyewa yang ingin menyewa kereta tetapi bajet kurang. Mereka tidak putus-purtus mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menyewakan kereta yang hebat ini pada harga yang cukup rendah. Kami pun berterima kasih kepada mereka kerana sudi menyewa kereta ini dari kami. Keyakinan mereka ke atas kereta Proton Iswara Bajet ini betul-betul membuat kami semakin bersemangat untuk terus memperkenalkan kereta-kereta sewa bajet yang lain di masa yang akan datang.

Sudah tiba masanya pengunjung ke Tawau membayar murah untuk menyewa kereta. Jangan membebankan diri dengan keperluan seperti ini. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan cuba dan cuba menurunkan lagi kadar kereta sewa di Tawau ini. Suatu masa dulu, kami juga pernah berada di tempat anda. Memerlukan kereta, tapi sewa pula amat mahal dan sangat membebankan. Zaman itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Teruskan memberi sokongan kepada Kereta Sewa Tawau J3, dan kami pun akan terus berusaha memberikan kereta-kereta sewa murah yang terbaik untuk anda. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang murah dan berkualiti di daerah Tawau, terus saja berhubung dengan kami di talian 014-9669-359. Kami bersedia membantu anda. Dan jangan lupa book kereta Iswara Bajet kami ini ya, memang yang terbaek dari ladang :)