Tuesday 17 February 2015

Gong Xi Fa Cai dari Kereta Sewa Tawau J3

Gong Xi Fa Cai dari Kereta Sewa Tawau J3

Tidak lama lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai dari kami semua di Kereta Sewa Tawau J3. Tahun ini merupakan tahun kambing. Jadi apa yang menarik di tahun kambing ini? Menurut sumber cina, kambing dikatakan suka pada keamanan tapi tidak suka pada perubahan. Mungkin di tahun kambing ini kita akan mendapat lebih banyak keamanan berbanding tahun-tahun yang lepas. Maklumlah, sekarang ini kalau tengok dalam berita, asyik perang saja kan. Kemusnahan tak payah cakap lah. Semoga dengan bermulanya tahun kambing nanti kita akan dilimpahi dengan kedamaian.

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang teruja menunggu kehadiran tahun baru cina pada tahun ini. Seperti biasa, kalau tiba saja musim perayaan maka bisnes kereta sewa yang kami usahakan juga akan mendapat banyak keuntungan. Ini kerana memang ramai orang yang akan menyewa kereta di musim-musim percutian dan perayaan seperti tahun baru cina. Disamping itu, kami juga gembira kerana dapat merayakan tahun baru cina kali ini dengan rakan-rakan kami yang beragama Buddha. Itulah keunikan kita di Malaysia, kita merayakan semua perayaan bersama-sama tanpa prejudis, lebih-lebih lagi di Tawau ini. Hubungan antara rakan-rakan yang berlainan bangsa dan agama memang erat. Semoga ianya akan kekal begitu selamanya.

Buat pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 dan juga kepada semua rakan-rakan kami yang menyambut Tahun Baru Cina, kami ucapkan Gong Xi Fa Cai. Semoga sambutan Tahun Baru Cina kali ini lebih meriah dan gembira di samping keluarga tercinta ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau



Saturday 7 February 2015

Kereta Proton Waja Special at Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Waja Murah di Tawau
call/sms/whatsapp 014-9669-359

Untuk makluman, ini adalah di antara kereta sewa kami yang paling laris sekali di Kereta Sewa Tawau J3. Kereta Proton Waja ini memang special. Walaupun ianya hanya sebuah kereta sedan, tapi keluasan di dalam kereta ini adalah lebih luas lagi berbanding beberapa kereta SUV import yang ada di Malaysia. Kalau setakat muatan 5 penumpang dewasa, memang lebih dari selesa. Ruang bonet di belakang pun sangat besar. Setakat 7-8 beg bagasi tu memang muat sangat-sangat lah.

Pada mulanya ramai yang agak ragu-ragu nak menyewa kereta ni. Maklumlah, kereta Waja ni agak posh sedikit berbanding kereta-kereta sedan lain dalam keluarga Proton. Jadi ramai yang takut kalau-kalau sewanya nanti sangat mahal dan membebankan. Tapi bila kami bagi tahu rate sewa yang kami di Kereta Sewa Tawau J3 tawarkan, memang terkejut habis bakal-bakal penyewa tersebut. Unsangkarable? ya begitulah ya mereka gambarkan pada kami. Tak sangka ya rate sewa kereta Waja yang kami berikan ni sangat-sangat murah.

Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, sebagai peniaga tipulah kalau kami kata tak mahu untung. Tapi bagi kami, dapat untung sedikit pun jadilah. Yang penting ada win-win situation. Anda sebagai penyewa dapat kereta yang mampu disewa dan kami pun dapat sedikit keuntungan dari sewaan tersebut. Kepada bakal-bakal penyewa kereta sekalian, anda pasti tidak akan kecewa dengan kereta Proton Waja yang kami tawarkan ini. Harga memang dijamin paling murah di seluruh Tawau. Kalau anda masih ragu dengan kenyataan ini, silakan buat survey. Bagi yang berminat menyewa kereta yang super ohsem ini, jangan lupa hubungi kami di talian 014-9669-359 untuk membuat tempahan. Konfirm dilayan bah kalau kau ;)

Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau