Wednesday 5 June 2013

4 Perkara Yang Paling Merisaukan Ketika Mengambil Keputusan Nak Mengecat Kereta


Mengecat kereta adalah perkara yang julung-julung kali dan jarang-jarang sekali dibuat. Kecuali la sudah terdesak kerana kereta terlibat dalam kemalangan dan perlu dibaiki dan di cat semula. Kalau just for fun rasanya jarang yang berlaku. Betul kan? Ada 4 perkara yang sebenarnya cukup merisaukan pemilik-pemilik kereta ketika mengambil keputusan untuk mengecat kereta. Mari kita baca sama-sama okey.


1. Kos
Biasanya di Tawau ni, kalau cat kereta tak sah kalau tak lebih dari RM 1k. Itu yang paling murah sudah tu. Ada yang boleh sampai RM 2k lebih. Tidak tahulah apa yang mahal tu, catnya ka atau upahnya. Kadang-kadang ongkos tak cukup kan. Mula-mula kita diberitahu bayarannya macam ini, bila sampai masa dihantar, tiba-tiba naik pulak harga. Mungkin sebab kereta kita tu sudah banyak lubang, banyak karat, ada kemek & scratch sana-sini. Jadi off cos la tiba-tiba jadi mahal. Tidak boleh blame juga tauke kedai cat sebab masa bertelefon tanya harga mesti dia sebut harga basic saja kan, dengan anggapan kereta kamu itu masih lagi hensem dan tiada lubang-lubang. Bila tengok depan mata, baru la tau perkara yang sebenar. Jadi salah satu hal yang sangat merisaukan kalau mau cat kereta ni sudah tentulah ongkosnya yang mencecah ribu-ribuan itu. 

2. Kualiti
Ini  memang sangat merisaukan. Lebih-lebih lagi kalau cat asal kereta kita tu sangat lah berkualiti tinggi & licin. Saya sendiri pernah kena bab kualiti ni. Pada suatu hari, saya pergi cat kereta saya di satu tempat di Tawau ni. Sebelum itu, saya pernah cat kereta di KK, oven bake lagi. Jadi kualitinya sangat lah bagus. Tapi setelah beberapa tahun, saya malas sudah dengan cat kereta saya tu. Mau jugak cat yang baru dan ikut trend. Jadi saya pun bawa lah pergi tempat ini. Punya la saya menyesal. Cat itu memang cantik, kereta saya jadi macam kereta baru. Tapi itu kalau dilihat dari jauh. Cuba datang dekat-dekat, fuhh.. memang sangat mengecewakan. Catnya tidak halus, masih ada lagi bintik-bintik kecil di beberapa tempat, seolah-olah area tu masih kotor & berpasir ketika di cat. Lepas itu ada gelembung udara di beberapa tempat kerana kereta itu dikeringkan secara manual. Sakit hati betul. Tapi sabarlah. Jadi orag yang pergi mengecat kereta mungkin ada yang macam saya juga, risau betul pasal kualiti, takut menyesal. Jadi sebelum pergi cat kereta, buat la dulu soal-seidik dengan kawan-kawan. Jangan gigit jari di kemudian hari.

3. Lambat siap
Ini lagi satu perkara yang merisaukan atau bikin takut. Ya lah, mungkin itu satu-satunya kereta yang kita ada. Kalau cat setakat 1 minggu, mungkin boleh tahan lagi. Pergi kerja boleh tumpang dengan kawan, jiran, adik-beradik. Tapi kalau lebih dari 1 minggu macam mana la? mungkin kawan, jiran, adik-beradik yang bagi kita tumpang keretanya pun tak berapa mau senyum sudah kerana terpaksa menumpangkan kita ketika pergi & balik kerja. Lebih-lebih lagi kalau tempat kerja kita jauh dengan mereka. Sudah lah di Tawau ni selalu jem, terpaksa lagi pergi mengambil orang yang menumpang kereta. Kita pun lama-lama jadi malu. Bos tempat cat kereta kita tu boleh saja janji cepat siap, tapi belum tentu lagi. Lebih-lebih lagi kalau dia terpaksa mengecat banyak kereta ataupun disebabkan cuaca tak bagus. Macam kes saya la, janji dua minggu siap, last-last mau dekat 1 bulan baru siap. Haru biru jugak la.

4.Tiada kereta lain
Ini lebih kurang macam kes di atas. Dan ini berlaku kalau kereta kita tu memang the one and only saja. Hati sudah betul-betul nekad mau tukar cat kereta. duit tabungan pun sudah lebih dari cukup. Tapi risau tak ada transport mau pergi kerja & hantar anak-anak ke sekolah kalau kereta masuk bengkel untuk di cat. Mau tumpang orang, susah. Anak-anak pun sekolahnya jauh. Jadi memang risau jugak la. Tekanan pun ada. Last-last kereta itu langsung tidak dihantar untuk di cat & duit tabungan pun habis di pakai membeli-belah di zalora dan lazada. Dalam hati masa tu mesti berkata, "kan best kalau aku ada kereta lagi 1".

Jadi itu adalah antara sebab yang paling merisaukan ketika mengambil keputusan untuk mengecat kereta. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang tidak dapat membantu untuk kes no.1 & no.2, kerana itu diluar bidang kuasa kami. Tapi untuk perkara no.3 & no.4 itu, kami memang dapat membantu kerana kami juga oernah berada dalam situasi yang sebegitu. Jadi bagaimana kami dapat membantu anda?? Kami dapat menyediakan kereta "spare" untuk anda sepanjang kereta anda berada di bengkel untuk di cat. Jangan risau mengenai sewa yang mahal. Kami tidak berminat menyusahkan anda. Dengan kami, semakin lama anda sewa kereta, semakin murah lagi kadar sewanya. Dan bila kami katakan murah, memang murah sangat-sangat ;)

Jadi kalau anda bercadang untuk mengecat kereta & risau tiada kereta untuk pergi kerja atau hantar anak-anak ke sekolah, hubungi saja kami untuk menempah kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Call 013-5528523 atau emel saja kami di j3trader@gmail.com, dilayan bah kalau kau ;)

No comments:

Post a Comment