Friday 31 May 2013

2 Fast 2 Furious 6 review



Ok. Hari ni kita tak cerita pasal sewa kereta. Kita cerita pasal movie baru Vin Diesel okey, 2 Fast 2 Furious 6. Hari ni kan masih lagi cuti Kaamatan, jadi sempat la jugak jalan-jalan ke Eastern Plaza Cineplex tengok wayang. Mula-mula mau tengok cerita Jurassic Park (3D), tapi memandangkan lambat sangat nak tunggu, so tengok cerita 2 Fast 2 Furious 6 la. Memang sungguh tak menyesal!

Ok cerita ni berkisar pasal Dom (lagi). Kali ini pihak polis terpaksa meminta bantuan Dom & the geng bagi menumpaskan sekumpulan penjahat yang diketuai oleh Shaw iaitu seorang bekas tentera (Special Force). Dia & konco-konconya ingin mencuri cip komputer yang membolehkan malapetaka terjadi kat dunia ni. Macam tu la ceritanya, kalau cerita lebih-lebih nanti spoil pulak pada yang belum tengok.

Cerita ni memang best. Tak ada satu scene pun yang membosankan. Aksi kereta kejar-mengejar, aksi kereta kebal kena kejar oleh kereta dan macam-macam lagi akan membuat kita terasa "speechless". Memang action pack dan membuat kita rasa best sangat-sangat. Rasa macam kita pun nak jadi macam dorang tu. Bab yang lucu pun banyak. Dan memang lawak sangat la. Tak kering gusi orang melayan dialog-dialog lucu yang selalu muncul dalam cerita ni.

Lakonan pun mantap. Saya suka penjahatnya kali ini. Sangat cool & ada aura ( plus, good looking jugak). Anggota polis perempuan partner si Hobbs (The Rock) tu pun hebat. First time saya tengok dia tu berlakon, tapi memang hebat la. Kalau tengok dia fight dengan Michelle Rodriguez memang konfirm terbeliak biji mata. Sangat la hebatnya! Kereta-kereta di dalam cerita ni memang lebih cantik dari kereta sewa kami di J3, itu memang tak dapat dinafikan. Kalau pergi tengok movie ni nanti, pastikan anda semua perati betul-betul kereta yang si Letty pakai berlumba dengan si Dom di London, itu la kereta idaman saya :)

Untuk cerita ini saya bagi 4.8 bintang dari 5 bintang. Konfirm saya bagi 5 bintang kalau watak giselle tak di"mati"kan. Overall, movie ni memang antara movie yang terbaik di tahun 2013. So, go & watch it. Highly recommended by Kereta Sewa Tawau J3.




Wednesday 29 May 2013

Tawau atau KK?? Konfius laa...



Hari ini hari yang sangat komplikated. Kami terima 5 panggilan telefon untuk menyewa kereta. Wowww!! mantap kan. Ada yang mau pinjam sampai 6 hari. Fuhh... memang masyukk... dalam biji mata ada sudah timbul dollar sign bersinar-sinar macam ini "$$$$". Tapi dukacita dimaklumkan, semua pemanggil itu dari kiki bah... adeeiiii... Semuanya dari Kota Kinabalu, iaitu 571 Kilometer dari Tawau ini. 

Rupanya mereka ada melihat iklan kami di mudah. Ini salah satu IKLAN KERETA WIRA kami di mudah.my ya. Dan tak tahu la macam mana mereka baca iklan itu sampai mereka boleh konfius antara Tawau & KK. Di iklan tu tiada pula saya mention yang kami di KK. Saya cuma ada sebut "di area Tawau". Tapi kali mereka terlalu teruja dengan tawaran hebat kami ni kan sampai terlupa yang kami di area Tawau sebenarnya. Tapi tak apa la, bukan rezeki mereka & bukan rezeki kami. Better luck next time ;)

AES ada di Tawau sudah..


Kalau mau tau, AES sudah masuk Sabah ya. Dan untuk daerah Tawau, lokasi AES adalah di batu 11 Jalan Apas. Jadi siapa-siapa yang selalu limpas sana tu, pandai-pandai la bawa diri ya. Ok, apa itu AES? AES adalah Automated Enforcement System. AES digunakan oleh JPJ sebagai salah satu kaedah penguatkuasaan undang-undang di jalanraya. Ramai yang tidak setuju dengan AES ni, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bagi saya la kan, AES ni bagus untuk menangkap pesalah-pesalah yang selalu melanggar undang-undang jalanraya. Boleh semak video di bawah ni bagaiamana AES berfungsi.


AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan di bawah ini di masa depan:

1. Memotong di garisan berkembar
2. Memotong di sebelah kiri jalan
3. Lebih muatan
4. Potong barisan
5. Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki bandar
6. Penguatkuasaan laluan bas.

Kalau tengok macam best kan? Lagipun AES tidak akan mengakibatkan kesesakan lalulintas. Ia juga berfungsi 24 jam dalam apa jenis cuaca pun. Lain-lain  maklumat mengenai AES ini boleh di baca di Portal Rasmi JPJ. Anda pula bagaimana? setuju dengan AES?



Tuesday 28 May 2013

Borang Sewa Kereta

Sibuk betul 2-3 hari ni. Sibuk uruskan kereta, sibuk buat iklan dan macam-macam lagi. Tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat juga saya kasi upload borang sewa kereta kami di 4shared. Tujuannya supaya bakal penyewa boleh juga tengok-tengok borang tu. Sambil tengok, boleh juga baca-baca segala "rules" yang sudah ditetapkan. Penting tu sebab kami tidak mahu penyewa-penyewa kami mendapat susah. Yang penting mesti memandu dengan berhati-hati. Pandu cermat, jiwa selamat bah kan. Lagipun di Tawau ada AES sudah, boleh tengok di mana tempat tu di post Facebook Tawau. Boleh juga tengok print screen lokasi AES tu di gambar bawah ni. Tapi kalau tak nampak, klik saja link diberi tadi.


Okey, berbalik pasal borang sewa kereta kami tu. Borang itu boleh di muat turun di SINI jadi ada senang, baca la borang itu ya. Have a nice day :)

Monday 27 May 2013

Flyers Iklan Kami


Ini dia flyers iklan kami. Akan diedarkan ke seluruh Tawau sedikit masa lagi. Setakat ini penyewa-penyewa yang pernah menyewa kereta dengan kami memang berpuashati. Bukan sahaja kadar yang kami beri adalah yang terendah di Tawau, malah prosedur menyewa juga adalah "hassle-free". Semua orang tak suka benda yang komplikated kan? Kami pun tak suka juga, atas dasar itu segala urusan kami permudahkan. 2-3 hari lagi kami akan update specs kereta yang kami sewakan termasuk la cara-cara nak menyewa yang cukup mudah. Apa-apa pun, kalau ada soalan (tak kira la soalan subjektif @ objektif) boleh terus angkat telefon anda dan call/sms bos J3 iaitu Mr. Andrew di 013-5528523.

Post pertama kami...

Selamat datang ke  blog Kereta Sewa Tawau J3. Kami dengan berbesar hati menyambut kedatangan anda semua ke blog kami. Tujuan blog ini adalah bagi memperkenalkan perkhidmatan kereta sewa kami di daerah Tawau. Bagi pelawat, pelancong ataupun pelajar di daerah Tawau, blog ini penting untuk anda. Jadi sebelum terlupa, tolong "bookmark" dulu kami di browser anda okey.


Welcome to our blog. This is our very first posting. A brief intro about us okay. We are known as Kereta Sewa Tawau J3. We provide low cost car rental in Tawau. If you happen to be in Tawau and need to rent a car that won't put a (big) hole in your pocket, please call us. We will help you to get the best low cost rent cars here in Tawau. So don't forget to bookmark us :)