Friday, 31 May 2013

2 Fast 2 Furious 6 review



Ok. Hari ni kita tak cerita pasal sewa kereta. Kita cerita pasal movie baru Vin Diesel okey, 2 Fast 2 Furious 6. Hari ni kan masih lagi cuti Kaamatan, jadi sempat la jugak jalan-jalan ke Eastern Plaza Cineplex tengok wayang. Mula-mula mau tengok cerita Jurassic Park (3D), tapi memandangkan lambat sangat nak tunggu, so tengok cerita 2 Fast 2 Furious 6 la. Memang sungguh tak menyesal!

Ok cerita ni berkisar pasal Dom (lagi). Kali ini pihak polis terpaksa meminta bantuan Dom & the geng bagi menumpaskan sekumpulan penjahat yang diketuai oleh Shaw iaitu seorang bekas tentera (Special Force). Dia & konco-konconya ingin mencuri cip komputer yang membolehkan malapetaka terjadi kat dunia ni. Macam tu la ceritanya, kalau cerita lebih-lebih nanti spoil pulak pada yang belum tengok.

Cerita ni memang best. Tak ada satu scene pun yang membosankan. Aksi kereta kejar-mengejar, aksi kereta kebal kena kejar oleh kereta dan macam-macam lagi akan membuat kita terasa "speechless". Memang action pack dan membuat kita rasa best sangat-sangat. Rasa macam kita pun nak jadi macam dorang tu. Bab yang lucu pun banyak. Dan memang lawak sangat la. Tak kering gusi orang melayan dialog-dialog lucu yang selalu muncul dalam cerita ni.

Lakonan pun mantap. Saya suka penjahatnya kali ini. Sangat cool & ada aura ( plus, good looking jugak). Anggota polis perempuan partner si Hobbs (The Rock) tu pun hebat. First time saya tengok dia tu berlakon, tapi memang hebat la. Kalau tengok dia fight dengan Michelle Rodriguez memang konfirm terbeliak biji mata. Sangat la hebatnya! Kereta-kereta di dalam cerita ni memang lebih cantik dari kereta sewa kami di J3, itu memang tak dapat dinafikan. Kalau pergi tengok movie ni nanti, pastikan anda semua perati betul-betul kereta yang si Letty pakai berlumba dengan si Dom di London, itu la kereta idaman saya :)

Untuk cerita ini saya bagi 4.8 bintang dari 5 bintang. Konfirm saya bagi 5 bintang kalau watak giselle tak di"mati"kan. Overall, movie ni memang antara movie yang terbaik di tahun 2013. So, go & watch it. Highly recommended by Kereta Sewa Tawau J3.




No comments:

Post a comment