Monday 21 May 2018

Selamat Berpuasa Dari Kereta Sewa Tawau J3

tawau car rental


Hari ini adalah hari ke-5 berpuasa. Selamat berpuasa dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Untuk makluman, kami beroperasi seperti biasa di bulan puasa ini. Maklumlah, keperluan terhadap kereta sewa memang ada setiap hari tanpa mengira keadaan. Jadi bagi memastikan anda semua sentiasa mendapat perkhidmatan kereta sewa dari kami, maka operasi dijalankan seperti biasa.

Ramai yang bertanya mengenai tempahan kereta sewa pada Hari Raya nanti. Untuk makluman, hanya tinggal 2 unit kereta sahaja lagi yang boleh ditempah. Kereta-kereta yang lain semuanya telah habis ditempah sehingga Hari Raya yang ke-5. Bagi mengetahui apa jenis kereta yang masih ada untuk tempahan Hari Raya, sila hubungi Kereta Sewa Tawau J3 di talian 01139663963 (Haikal) / 0149669359 (Andrew).

Seperti biasa; siapa cepat, dia dapat. Kami menerima tempahan tanpa deposit dan anda hanya perlu mengisi borang ringkas yang kami akan hantar melalui Whatsapp. Selain itu, jangan lupa menyertakan sekali imej (gambar) salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu yang sah dan belum tamat tempoh ketika membuat tempahan nanti ya.

Mengenai harga sewa, jangan risau. Kami masih mengekalkan harga yang amat murah dan lebih berbaloi untuk anda semua. Untuk mengetahui jenis dan harga sewa kereta, boleh tekan butang Rate Sewa Kereta diatas. Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa dan bagi yang telah membuat tempahan raya, jumpa anda semua di Hari Raya nanti. Terima kasih atas sokongan! Ikhlas dari kami di Kereta Sewa Tawau J3.