Friday 30 January 2015

Resit Rasmi Kereta Sewa Tawau J3

Kereta sewa Tawau Car Rental
Resit rasmi Kereta Sewa Tawau J3

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Untuk makluman semua, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ada menyediakan resit rasmi kepada semua pelanggan kami yang memerlukannya. Sebenarnya, tidak semua yang mahukan resit semasa menyewa kereta. Dan kami pun tidak akan memberikan resit jika tidak diminta.

Walau bagaimanapun, terdapat ramai juga yang perlukan resit bagi tujuan claim dan juga sebagai tujuan rekod perbelanjaan. Kepada para pelanggan kami yang datang berkursus atau datang atas urusan kerja di Tawau, jangan risau. Anda boleh meminta resit dari kami bagi tujuan claim anda nanti. Resit kami memang RASMI dan disertakan dengan cop syarikat kami sekali. Jadi tidak ada masalah untuk anda membuat tuntutan claim.

Oleh itu, sekiranya anda memerlukan kereta sewa atas urusan rasmi anda di Tawau, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kami menyediakan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau disamping memberikan resit rasmi bagi memudahkan anda membuat urusan claim dengan pihak majikan anda nanti. Hubungi kami di 014-9669-359 (call/sms/whatsapp) sekarang juga ya :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau

Monday 19 January 2015

Tips Memandu Jarak Jauh dari Tawau

kereta sewa tawau car rental


Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog Kereta Sewa Tawau J3 yang setia. Agak lama juga kami tidak mengupdate blog ini. Hampir 3 minggu juga kan. Maklumlah, di tahun 2015 ini bisnes semakin bagus. Ramai sungguh yang menyewa kereta dengan kami. Akibatnya, kami semua dilanda kesibukan yang luarbiasa. Walau bagaimanapun, di kesempatan ini kami ingin berkongsi sedikit tips dengan anda sekalian apabila ingin memandu long-distance atau memandu jarak jauh dari Tawau. Untuk makluman, ramai yang menyewa kereta dengan kami untuk dibawa ke Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan etc. 

Memandu jarak jauh tidak sama dengan memandu yang biasa-biasa. Apabila anda pergi ke satu tempat diluar kawasan (yang jauh) untuk urusan kerja, bisnes, etc terdapat banyak perkara yang anda perlu sediakan sebelum anda memulakan perjalanan. Selain menyediakan beg pakaian anda, jangan lupa juga untuk memeriksa dokumen peribadi anda. Pastikan semuanya lengkap. Selain beg pakaian dan dokumen peribadi, berikut adalah beberapa senarai perkara lain yang mungkin anda ingin pertimbangkan sebelum memulakan perjalanan.

1. Salah satu perkara yang paling penting semasa anda ingin berjalan jauh adalah memastikan bahawa kenderaan yang bakal anda pandu sudah bersedia untuk perjalanan jauh. Periksa tayar kenderaan anda, periksa air dan juga minyak kereta. Nyalakan semua lampu kereta dan pastikan semuanya berfungsi dengan baik, isi minyak kereta secukupnya. Kalau boleh, jangan lupa bawa beberapa liter minyak extra ya. Anda mungkin memerlukannya.

2. Pastikan anda membawa beberapa botol air bersih, mana la tahu enjin panas di tengah jalan kan.

3. Pastikan hp anda mempunyai aplikasi maps dan mempunyai signal gps yang mantap. Apabila anda pergi ke tempat-tempat yang anda tidak tahu adalah lebih baik untuk mempunyai aplikasi maps yang boleh membantu anda menunjukkan jalan. 

4. Siapkan snek makanan dan minuman yang secukupnya untuk perjalanan anda. Anda boleh pek beberapa keping sandwich. Selain itu, anda juga boleh sediakan makanan yang manis seperti kismis, ataupun kacang, badam, keropok dan sebagainya. Jgn lupa, anda juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya beberapa botol air mineral untuk mengurangkan dahaga.

5. Jika anda bergerak semasa musim hujan, maka pastikan bahawa anda membawa dan memakai baju yang tebal dan panas untuk keselesaan anda. Anda perlu melakukan ini walaupun tempat yang anda ingin tuju tidak terlalu jauh.

6. Paling penting, jangan lupa membawa telefon bimbit, power bank dan juga pengecas telefon semasa dalam perjalanan.

7. Akhir sekali, jangan lupa membawa lampu suluh. Mana lah tahu ada masalah semasa memandu di malam hari, lampu suluh boleh membantu anda untuk memeriksa kereta dan melihat keadaan sekeliling dengan lebih jelas pada waktu malam.

Okey, demikianlah tips yang ingin kami kongsikan. Apa yang penting semasa memandu, pandulah dengan cermat dan berhati-hati. Bak kata iklan di televisyen, anda mampu mengubahnya. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sentiasa mendoakan anda semua selamat di jalanraya. Sama-sama lah kita jadikan jalanraya di negara kita sebagai satu tempat yang selamat untuk kita semua.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)