Tuesday 27 August 2013

Nah, Kan Dah Kena Saman...

Saman Polis at Kereta Sewa Tawau J3

Ya, topik hot pada hari ini adalah berkenaan saman. Soalan yang selalu jugak ditanya, siapa nak bayar saman untuk kereta yang disewa? Untuk makluman para pembaca sekalian, adalah menjadi tanggungjawab seorang penyewa kereta untuk membayar saman sekiranya kejadian saman berlaku semasa kereta berada di dalam sewaan penyewa kereta.

Contohnya, encik Ali bin Abu menyewa kereta Perodua Kancil XAA dari 1 Ogos 2013 hingga 5 Ogos 2013. Tidak lama kemudian, datang surat saman mengatakan kereta Perodua Kancil XAA mempunyai saman pada 4 ogos 2013. Secara otomatik, encik Ali bin Abu adalah orang yang bertanggungjawab menjelaskan saman tersebut kerana beliau yang menyewa kereta itu pada tarikh tersebut.

Kami harap penyewa-penyewa kereta & bakal penyewa kereta kami sedia maklum mengenai perkara ini. Dalam pada itu kami juga ingin menasihatkan anda semua agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas untuk mengelakkan diri dari disaman.

Kami sebenarnya amat bersedih kerana baru-baru ini ada seorang penyewa yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan sebuah kereta sewa kami dikenakan saman. Penyewa kereta berkenaan telah membawa kereta melebihi had laju. Ketika dihubungi beliau bersetuju untuk membayar saman. Tetapi, semakin dekat tarikh akhir membayar saman itu, makin senyap pula penyewa itu. Panggilan telefon tidak dijawab dan sms tidak dibalas. Kami akhirnya terpaksa membayar saman itu sendiri.

Walau bagaimanapun, kami akan membuat laporan polis mengenai hal itu dan kad pengenalan serta lesen memandu penyewa berkenaan akan kami paparkan di laman facebook kami. Harapan kami agar penyewa-penyewa kereta yang lain janganlah bersikap seperti orang itu. 

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa memberi yang terbaik kepada anda semua. Dan kami juga berharap agar anda sebagai penyewa akan menjadi pemandu & penyewa kereta yang bertanggungjawab dan amanah. Ini semua adalah untuk kebaikan kita bersama :)

Thursday 15 August 2013

Kami Kini di Twitter


Salam sejahtera kepada semua pembaca. Sejak cuti sekolah dan cuti raya bermula, kami di Kereta Sewa Tawau J3 tak henti-henti & tak putus-putus menerima tempahan kereta. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan pada kami. Anda semua memang the best!

Oh ya, untuk makluman pembaca semua, dalam kesibukan kami, sempat juga kami setup 1 akaun twitter pada bulan yang lepas. Tapi kerana terlalu sibuk, kami lupa menghebohkan berita ini pada anda semua. Ya, kini Kereta Sewa Tawau J3 sudah berada di twitter. Selain facebook & blog, twitter juga merupakan salah satu medium perhubungan sosial yang paling feimes sekali di Malaysia. Betul kan?

Atas dasar ingin merapatkan lagi perhubungan kami dengan anda semua, maka dengan ini kami berbesar hati mengajak anda semua mengikuti kami di twitter. You follow us, we follow you, bolehkan? Dengan adanya twitter ini kami berharap akan sentiasa dapat "tweets" dan "update" anda semua berkenaan promosi dan juga berita-berita terbaru dari kami. Jadi tunggu apa lagi? jom follow kami di @keretasewatawau

 

Saturday 10 August 2013

Kereta MPV Paling Best di Tawau

Kereta Sewa Tawau J3
Kereta MPV Paling Best di Tawau





Inilah kereta MPV yang paling best di Tawau. Toyota Unser 1.8. Memang terbaik la kereta ni. Tengok body pun tau. Itu belum tengok kat dalam lagi. Kalau nak tau, kereta kat atas tu la kereta MPV yang kami sewakan di Tawau ini. Kami sangat-sangat berbesar hati menawarkan kereta MPV ini pada anda semua dengan kadar sewa yang sangat-sangat rendah.

Kenapa kami tawarkan sewa yang rendah untuk MPV kami ini? jawapannya mudah. Sebab di Kereta Sewa Tawau J3, adalah menjadi prinsip kami untuk memberikan yang terbaik pada pelanggan semua dengan harga yang paling rendah. Lagipun kami mahu anda semua dapat "merasa" naik kereta kami yang cun ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan?

Sebelum kami bagitau berapa rate kami untuk kereta ini, mari kita layan dulu gambar-gambar kat dalam kereta ini. Mesti anda semua suka punya.





Apa macam? best kan? Dalam kereta ni memang bersih & luas. Seat pula adalah dari jenis half pvc-leather yang sejuk tu. Kalau duduk di dalam kereta ni, memang confirm rasa best sangat-sangat.  Kereta ini memang sangat sesuai disewa oleh sesiapa sahaja. Jadi bagaimana dengan ratenya pula? jangan takut. Memang tak mahal. Sebelum tu, tengok dulu video kereta ni secara live. Jom layann...



Kereta Sewa MPV paling murah di Tawau, Sabah. from j3trader on Vimeo.


Jadi sekarang, betul-betul.... berapakah rate kereta sewa MPV yang paling best di bandar Tawau ini? Mungkin itu persoalan yang sedang bermain di minda anda semua. Okey, untuk kereta MPV yang paling best ini, rate ini yang kami tawarkan.

1 hari = RM200
3 hari dan ke atas = RM190/hari
7 hari dan ke atas = RM180/hari
1 bulan = RM3700

Kan dah cakap murah-murah sahaja. Kami memang ingin anda mendapat nilai yang terbaik wang anda. Jadi tunggu apa lagi ya?? Kalau berminat mahu menyewa kereta ini, sila call/sms 013-5528523 sekarang juga. Dilayan bah kalau kau :)

Tuesday 6 August 2013

Tawau Banjir Lagi

Banjir di Tawau

Selamat pagi semua. Hari ini cuaca di Tawau amat sejuk. Hujan lebat dari semalam belum menampakkan tanda-tanda mahu berhenti. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 pun terpaksa menunda kerja-kerja menghantar kereta pada pagi ini berikutan cuaca yang tidak baik. Bukan sahaja cuaca tidak baik, tetapi beberapa kawasan utama di daerah Tawau ini juga telah dilanda banjir.

Apa pun, kami bersyukur kerana tiada kereta-kereta sewa kami ditenggelami air, baik yang berada dalam simpanan kami, mahupun yang sekarang ini sedang disewa oleh pelanggan-pelanggan kami. Cuaca buruk seperti ini sedikit sebanyak mempengaruhi perniagaan kami. Ada yang positif, ada yang negatif.

Yang positifnya, kami mendapat beberapa panggilan di sekitar Tawau untuk menyewa kereta kerana ramai yang sukar mendapat teksi untuk pergi berbelanja menjelang hari raya nanti. Bagus juga tu. Maksudnya hujan pun membawa "income" juga untuk kami. Tapi yang negatifnya pula, kami pun sebenarnya sukar untuk bergerak ke tempat penyewa kerana hujan yang sangat lebat dan jalan yang sangat "jem" akibat dari hujan yang tak tau berhenti ini.

Jadi, disinilah kami, masih menunggu hujan ini reda sedikit. Kepada pemanggil-pemanggil yang ingin menyewa kereta itu, sabar ya. Sebentar lagi kalau hujan reda sedikit kami akan pergi ke tempat kamu. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan memastikan kami dapat memberikan yang terbaik walaupun hari hujan. Kepada warga Tawau khasnya yang mana rumah mereka dinaiki air itu, harap banyakkan bersabar. Memang beginilah Tawau ni kan, sikit-sikit banjir. Harap-harap di masa depan hal seperti banjir ini hanya akan tinggal kenangan saja. Sama-sama kita doakan :)

Friday 2 August 2013

Sila Pulangkan Di Sini....


Sila lihat tanda segiempat berwarna hitam pada peta diatas. Untuk makluman semua penyewa kereta & bakal penyewa kereta kami, disitulah tempat anda akan memulangkan kereta selepas habis dipinjam. Dalam erti kata lain, disitulah pusat pemulangan kereta sewa untuk Kereta Sewa Tawau J3.  Tempat ini terletak di Taman Berkeley Tawau, iaitu di bahagian belakang pejabat & showroom Universal Motor. Rasanya semua tahu di mana Universal Motor kan? Ianya terletak di Batu 1 setengah jalan Apas, Tawau. Kami boleh menghantar kereta sewa di mana-mana sahaja dia dalam kawasan bandar Tawau dengan percuma & airport (caj RM20). Tapi pengembalian semula mesti dilakukan di Universal Motor untuk memudahkan kami memeriksa semula kenderaan yang dikembalikan.

Untuk makluman juga, kami TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan menghantar semula penyewa kereta ke rumah masing-masing semasa penyewa menghantar kereta untuk pemulangan. Itu merupakan tanggungjawab penyewa sendiri. Kecualilah bagi penyewa yang meminta kereta sewa dipulangkan dan diambil oleh kami di airport, maka kami akan ke airport mengambil kereta tersebut.

Sejak kebelakangan ini ramai penyewa yang memulangkan kereta meminta kami menghantar mereka balik ke rumah masing-masing. Ini agak sukar kerana kekangan masa disebabkan oleh kesibukan kami menghantar kereta yang hendak disewa ke sana sini. Harap penyewa & bakal penyewa maklum mengenai perkara ini. Kami dengan sukacitanya menyediakan peta arah Universal Motor di Taman Berkeley untuk memudahkan anda semua merancang perjalanan nanti. Untuk makluman juga, tempat ini tidak jauh dari bandar Tawau dan amat senang untuk mendapatkan teksi dan bas disini :)