Friday 14 February 2014

Nak Cancel Booking Sewa Kereta?

Kereta Sewa Tawau J3

Hari ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan membincangkan mengenai isu nak cancel booking sewa kereta. Kalau mau tahu, isu cancel ni memang sangat memeningkan kepala, lebih-lebih lagi kalau customer cancel booking pada saat-saat akhir. Atau dalam erti kata lainnya, kensel last minit.

Benda ini sudah beberapa kali terjadi pada kami. Bayangkan, kami sudah reserve kereta sewa berkenaan dan tidak menerima lagi booking yang lain, tapi akhirnya orang yang awal-awal book ini telah cancel. Ada yang baik hati memberitahu. Tapi ada juga yang sungguh tidak bertanggungjawab dan diam-diam sahaja. Kami dah sampai airport menunggu dan menunggu tapi si DIA tidak muncul-muncul. Bila di call, barulah dia cakap dia nak cancel sewa kereta berkenaan. Sadis kan?

Untuk pelanggan yang begitu, dia akan kami blacklistkan. Itu saja yang mampu kami lakukan. Tapi bermula dari bulan Mac 2014, Kereta Sewa Tawau J3 akan menggunakan sistem slip dan penalti. Kami akan hantar slip confirmation kepada semua yang sudah confirm menyewa kereta dengan kami. Itu merupakan bukti black & white penyewaan kereta. Pelanggan boleh cancel dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh penyewaan tersebut. Sekiranya ada yang cancel senyap-senyap, maka denda dan penalti sewa sehari akan kami kenakan. Sekiranya tiada tindakan untuk membayar denda dari pihak pelanggan yang tidak bertanggungjawab ini, maka slip ini kami akan ajukan kepada laporan polis yang akan kami buat.

Kepada pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 yang jujur, anda semua tidak perlu risau. Ini merupakan langkah yang kami ambil untuk menyekat perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang suka melakukan perkara yang menyusahkan orang lain. Kami sangat berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia kami yang jujur dan saling bekerjasama dengan kami. Tanpa anda semua, Kereta sewa Tawau J3 tidak akan wujud.

Sekali lagi, terima kasih pada anda semua. Dan kepada bakal-bakal pelanggan yang kami hormati, sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, sila hubungi kami Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359. Kami jamin anda pasti berpuashati :)