Mengenai Tawau


Tawau merupakan sebuah bandar yang sedang pesat membangun di negeri Sabah. Ia mempuyai keluasan seluas 6125 kilometer persegi. Tawau didiami oleh masyarakat yang berbilang kaum & agama. Semuanya hidup bersama dengan aman damai.

Tawau juga merupakan kawasan tarikan pelancong yang datang ke negeri Sabah. Antara tarikan utama Tawau adalah makanan lautnya yang murah & berkualiti. Selain itu, mutiara Sabah yang terkenal di seluruh Malaysia ini juga boleh didapati di daerah Tawau ini. Harganya pun jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Biasanya pelancong yang datang tidak akan melepaskan peluang memborong mutiara-mutiara ini dengan kuantiti yang banyak. Rumpai laut pula jadi rebutan para pelancong, jarang ada pelancong yang pulang dari Tawau tanpa memborong rumpai ini berkilo-kilo banyaknya. Mungkin untuk diniagakan semula agaknya.

Tawau juga tidak kurang dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Antara tempat-tempat yang menarik di Tawau adalah:


Jadi jangan lupa datang ke Tawau, banyak tempat menarik untuk dilawati & banyak barang yang boleh dibeli sebagai ole-ole. Ada masalah pengangkutan semasa di Tawau? jangan risau kerana kami menyediakan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau.  Kami ingin membantu anda menjimatkan wang sambil berjalan-jalan di tempat-tempat menarik di Tawau ini. Jadi, selamat datang & enjoy your stay :)

No comments:

Post a comment