Sunday 12 February 2017

Tips Memandu Dalam Hujan oleh Kereta Sewa Tawau J3


Kereta Sewa Tawau


Best kan bermain dalam hujan? Tetapi bagaimana pula kalau memandu dalam hujan? Dalam hujan lebat pula tu. Best ke? Bagi sesetengah orang, memandu dalam hujan adalah satu kebimbangan. Secara purata terdapat lebih daripada 45,000 kemalangan setiap tahun akibat dari keadaan jalanraya yang licin dan basah, menyebabkan kira-kira 4,700 kematian dan kecederaan.

Tetapi untuk pengetahuan semua, memandu di dalam hujan yang lebat tidak perlu menjadi pengalaman yang mengerikan. Di sini, Kereta Sewa Tawau J3 ingin berkongsikan tips dari Brent Praeter, seorang jurulatih dan pakar pemanduan untuk membantu anda memandu kereta anda, mahupun kereta sewa anda dalam keadaan hujan yang sangat lebat:

Tips pertama, Berfikir. Nampak seperti mudah kan? "Ramai orang memandu separa sedar, kerana kebiasaan," kata Praeter. "Dan apabila hujan, mereka sering tidak mengubah pemikiran mereka." Apabila keadaan adalah kurang daripada yang ideal terutamanya ketika hujan sangat lebat, pemandu perlu sentiasa berwaspada, fokus dan memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka. Jangan lalai dan mengelamun. Fokus dan fikirkan tentang keadaan sekeliling. 

Tips kedua, Menghidupkan lampu kereta. Menghidupkan lampu kereta apabila jarak penglihatan adalah rendah adalah satu tindakan yang boleh menyelamatkan nyawa ketika memandu di dalam hujan lebat. Ini akan memastikan kereta yang bergerak di hadapan dan belakang anda sedar tentang kedudukan kereta yang anda pandu. Ia dapat mengelakkan berlakunya perlanggaran ketika memandu dalam hujan yang sangat lebat. Praeter juga turut mengatakan bahawa wipers kereta mesti berkeadaan baik dan tayar juga tidak botak bagi memastikan anda sentiasa selamat ketika memandu dalam hujan.

Tips ketiga, Berhati-hati dengan hidroplaning. Itulah istilah teknikal bagi apa yang berlaku apabila tayar anda bergeser di atas permukaan lapisan air berbanding bergeser dengan jalanraya itu sendiri. Apabila hydroplaning berlaku, kereta anda akan mula tergelincir tanpa kawalan. Dengan hanya 1/12 inci lapisan air hujan di jalanraya dan kelajuan hanya lebih daripada 35 batu sejam, anda boleh mengalami hydroplaning. Jadi pandu kereta dengan perlahan ketika berada di dalam hujan. Jika anda mula hydroplane, jangan panik dan sila lepaskan pedal minyak perlahan-lahan dan teruskan memandu tanpa menekan minyak sehingga anda mendapatkan semula kawalan kereta anda.

Okey, mudah kan? Diharapkan perkongsian tips ini akan dapat membantu anda semua apabila memandu di dalam hujan nanti. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang dapat membantu anda memandu dengan selamat di dalam hujan, sekaligus dapat menjimatkan duit sewa kereta, jangan segan dan jangan malu dan terus sahaja hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359 / 011-3966-3963. Kami menyediakan pelbagai jenis kereta sewa pada harga yang cukup murah untuk anda semua. 


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459