Thursday 6 June 2013

4 Cara Terbaik Elak Kereta Kena Curi


Semenjak dua menjak ni kes curi kereta semakin menjadi-jadi. Bukan setakat kereta mewah, tapi kereta buruk pun kena curi jugak. Pencuri bukan setakat mahu menjual kereta yang dicuri, tapi mereka pun turut menjual segala body-parts, spare-parts dan jugak audio system yang dipasang di dalam kereta. Dan jangan hairan la kalau kereta yang diparking depan rumah pun boleh hilang jugak, pencuri zaman sekarang semakin berani. Jadi jangan bagi mereka peluang. Jadi bagaimana nak elak agar kereta anda tak kena curi?

1. Kunci @ lock kereta anda
Ini perkara yang paling basic sekali. Tapi perkara basic ini ramai jugak yang tak buat, lebih-lebih lagi kalau kereta tu diparking di depan rumah. Punya la konfiden kan. Kadang-kadang ada jugak yang tak mengunci kereta kerana alarm kereta sudah habis bateri atau rosak. Kerana malas nak tukar bateri alarm @ baiki alarm, jadi kereta dibiar saja tanpa di lock. Ini kesilapan besar. Jadi pastikan anda sentiasa kunci kereta anda ok.

2. Kunci @ lock steering kereta anda
Ini memang cara yang cukup bagus. Kereta anda konfirm takkan di bawa lari. Jadi kalau ada duit, beli la 1 steering lock ni. Lebih-lebih lagi kalau kereta anda adalah kereta yang belum habis dibayar. Paling-paling dashyat pun pencuri tu akan curi DVD player kereta anda, itu saja. Jadi esok, pergi la beli steering lock untuk kereta anda ok.

3. Kunci @ lock gear kereta anda
Ini lebih kurang macam cara yang di atas. Cuma cara ini lebih mudah & gear lock pun tak la sebesar steering lock, jadi pemandu perempuan senang sikit nak pasang. Dengan adanya gear lock ni, konfirm pencuri tak boleh nak buat apa-apa pun kecuali pusing-pusing steering kereta. Gear lock ni tak mahal, jadi sila dapatkan 1 untuk kereta kesayangan anda ok.

4. Pasang GPS Tracker pada kereta anda
GPS Tracker ni bukan macam GPS yang ada map macam papago @ garmin tu ye. Itu GPS penunjuk arah. GPS Tracker pula fungsinya adalah untuk track kedudukan kereta. Kata la kereta anda dapat di bawa lari oleh pencuri, dengan adanya GPS Tracker anda boleh send sms ke kereta anda dan koordinat & kedudukan tepat kereta anda akan dihantar melalui SMS ke no telefon anda. Jadi, walaupun kereta anda di bawa lari ke Zimbabwe, ianya still dapat di track. GPS Tracker juga boleh diprogram untuk lock enjin kereta anda. Best kan? Walaupun GPS Tracker ini mahal sikit, tapi memang berbaloi untuk kereta anda.


2 comments:

  1. Cara yang ke4 tu ada kelemahanya jika tak digunakan dengan kaedah yg betul tau..hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    PENTING SILA BACA KALAU ANDA ADA KERETA, SYARIKAT YANG MEMPUNYAI BANYAK KENDERAAN, SUPERBIKE, MOTORSIKAL DAN APA JUA JENIS KENDERAAN BERMOTOR.

    TAJUK UTAMA - kes kereta hilang makin banyak tak percaya nie ha link berita kehilangan kereta 2015

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

    jadi untuk elakkan perkara ini terjadi pada anda semua tolong la buat seperti arahan berikut kerana maklumat penting dalam gambar dan link yang diberikan jadi nasihat saya ikutlah arahan yang diberikan untuk memudahkan anda yer.

    1. klik / lihat gambar. Jika tidak jelas sila save/download dahulu
    2. klik pada link yang diberikan

    * https://www.katsana.com/
    * PART 1 - https://www.youtube.com/watch?v=a2ylQNgA60Y
    * PART 2 - https://www.youtube.com/watch?v=3Imi2kXUVzo

    ok dah selesaikan jadi cepat la hubungi saya 017 - 484 7241 En Shahrul untuk elakkan anda dan keluarga dari ancaman dan kerugian dimasa akan datang. Bagi syarikat pun sama call cepat jangan tangguh bukan apa mungkin dapat kurangkan kos Operating Expense anda. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati dan setiap saat bermakna.

    sekian terima kasih

    ReplyDelete