Thursday 11 July 2013

Siapa kata kami peniaga underground? Ada lesen bah ni..

Lesen berniaga kereta sewa Tawau

Ramai yang bertanya adakah Kereta Sewa Tawau J3 merupakan perniagaan kereta sewa yang berlesen. Kami dengan bangganya menjawab YA. Untuk makluman semua, Syarikat Kereta Sewa Tawau J3 merupakan satu entiti perniagaan yang berlesen dan dimiliki sepenuhnya oleh J3 Trade Enterprise.

Kepada mereka yang berurusan dengan kami, jangan takut. Kami bukan peniaga "underground". Kami menjalankan perniagaan secara sah dan mempunyai lesen perniagaan seperti yang ditetapkan oleh Ordinan Pelesenan Perdagangan tahun 1948.

Jadi mulai hari ini, anda tak perlu ragu-ragu lagi. Walaupun blog ini nampak sempoi sahaja, tapi sempoi-sempoi kami pun, ada lesen juga bah :)



No comments:

Post a Comment