Showing posts with label tempahan kereta sewa melalui Whatsapp. Show all posts
Showing posts with label tempahan kereta sewa melalui Whatsapp. Show all posts

Wednesday, 1 September 2021

Kereta Sewa Tawau, Tempahan Pantas Melalui Whatsapp!

Kereta Sewa Tawau

Hello September! Semoga di bulan September ini kes Covid semakin berkurangan dan kita semua dapat menjalani hidup normal seperti biasa. Kami bersyukur kerana di Kereta Sewa Tawau J3 berlaku peningkatan dalam penyewaan kereta pada bulan yang lepas. Terima kasih pada semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Semoga berpuashati dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami berikan.


Di Kereta Sewa Tawau J3 kami sentiasa membuat penambahbaikan bagi kemudahan semua pelanggan kami. Selain daripada membuat tempahan secara direct call dan juga membuat booking kereta sewa secara atas talian, kami juga menyediakan borang tempahan pantas untuk semua. Denga mengisi borang tempahan ini, semua tempahan akan masuk terus ke Whatsapp kami. Jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapat respon berkaitan tempahan kereta sewa yang telah dibuat. Bagi yang mahu membuat tempahan pantas terus ke Whatsapp kami boleh klik pautan ini https://bit.ly/KeretaSewaTawauBooking untuk borang tempahan Bahasa Melayu. Untuk borang tempahan Bahasa Inggeris, boleh klik di sini  https://bit.ly/TawauCarRentalBooking

Seperti biasa, anda juga boleh menghubungi kami menggunakan butiran yang tertera di bawah untuk info dan juga direct booking. Kami sedia membantu anda.

HP: +601139663963 / +60149669359
WA Line 1: bit.ly/WasapJ3
WA Line 2: bit.ly/J3Wasap

#tawaucarrental #tawaubudgetcarrental #keretasewatawau #keretasewamurahtawau #staysafe

Tuesday, 2 June 2020

Scan Untuk Tempah Kereta Sewa Di Tawau

Kereta Sewa Tawau

Bermula hari ini, kerajaan negeri Sabah telah membuka semula pintu masuk ke Sabah bagi semua. Termasuk lah juga ke Tawau. Jadi di sini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengucapkan selamat datang ke Tawau bagi anda yang bakal datang ke Tawau tidak lama lagi. Welcome!

Selaras dengan "new norm" atau norma baru bagi mengatasi Covid-19 ini, kami akan cuba memudahkan proses tempahan kereta sewa kami. Selain daripada tempahan kereta sewa melalui Whatsapp, anda juga kini boleh scan sahaja QR code kami seperti gambar di atas bagi membuat tempahan terus. Anda hanya perlu isi beberapa butiran diri termasuk kereta yang ingin disewa, klik submit dan kami akan uruskan semua selepas itu. Jadi lepas ni kalau mahu booking kereta sewa yang paling murah di Tawau, scan saja QR code kami itu ya.

Mudahkan? Selain tu, anda juga boleh mengisi borang tempahan kereta sewa online Kereta Sewa Tawau J3 yang tersedia di laman blog ini. Berkenaan sewa yang kami tawarkan pula, sila semak harga sewa kami di tab rate kereta sewa yang juga ada di dalam blog ini. Semua maklumat dihujung jari. Untuk bercakap dengan kami, jangan lupa dail +601139663963 atau +60149669359 , selain itu anda juga boleh Whatsaapp kami di bit.ly/WasapJ3



Tuesday, 16 July 2019

Tempahan Kereta Sewa Murah Tawau


Apa Khabar? Lama kami tidak mengupdate post di laman blog Kereta Sewa Tawau J3 ini akibat dari kesibukan yang teramat sangat. Selepas Hari Raya hari tu, kami tidak putus-putus menerima tempahan dari anda semua. Terima kasih banyak kami ucapkan. Apa yang kami perhatikan, tempahan selepas raya mendadak naik berbanding semasa sebelum puasa. Nampaknya ramai yang merancang percutian selepas berhari raya kan?

Bagi menampung permintaan yang semakin tinggi, kami telah menambah beberapa unit kereta Proton Saga dan Perodua Bezza bagi kegunaan anda semua. Kadar sewa masih lagi seperti dulu. Walaupun harga barang naik, harga sewa di Kereta Sewa Tawau J3 tetap yang paling murah di seluruh Tawau. Ini bagi memastikan semua orang mampu menyewa kereta di Tawau tanpa perlu risau tentang bayaran yang mahal.

Untuk membuat tempahan kereta sewa dengan kami, boleh terus klik butang tempahan online di sebelah kanan atas laman  blog ini. Klik butang tersebut dan isi beberapa maklumat ringkas untuk membuat tempahan segera dengan Kereta Sewa Tawau J3. Selain dari itu, tempahan juga boleh dibuat melalui pesanan Whatsapp. Sila klik link Tempahan Whatsapp Kereta Sewa Tawau J3 untuk info atau membuat tempahan pantas melalui Whatsapp sekarang. Kami juga boleh dihubungi di talian 01139663963 atau 0149669359. Walau bagaimanapun, kerena pergerakan kami tidak menentu setiap masa, kami amat menggalakkan sebarang pertanyaan atau tempahan melalui Whatsapp ataupun secara online sahaja. Terima kasih.