Showing posts with label kereta sewa murah tawau. Show all posts
Showing posts with label kereta sewa murah tawau. Show all posts

Thursday, 9 December 2021

Sewa Kereta Murah Di Tawau Sempena Cuti Sekolah

Kereta Sewa Tawau

 

Esok (11 Disember 2021) cuti sekolah akan bermula. Pastinya ramai ibubapa yang menantikan cuti sekolah pada kali ini. Setelah 2 tahun kita dilanda pandemik Covid-19, akhirnya pada tahun ini kita diberi kelonggaran untuk merentas negeri & daerah bagi melawat keluarga yang tercinta.

Pada cuti sekolah kali ini, pastinya ramai juga ahli keluarga yang melangsungkan perkahwinan atau bertunang. Oleh kerana negara sudah beransur pulih, pastinya kepulangan semua ahli keluarga dan anak masing-masing amat dinantikan bagi memeriahkan majlis.

Di Kereta Sewa Tawau J3 kami amat memahami keperluan anda untuk bergerak ke sana sini bagi mengunjungi kaum keluarga. Kami juga tahu pentingnya sebuah kenderaan untuk membawa ahli keluarga berjalan-jalan di musim cuti ini. Oleh itu, kami bertekad untuk menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang murah pada kualiti terbaik untuk anda semua.

Sekiranya anda bakal bercuti di Tawau pada musim cuti sekolah kali ini, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 untuk mendapatkan kereta sewa yang terbaik untuk anda sekeluarga. Kami sedia membantu anda.



#tawaucarrental
#tawaubudgetcarrental
#keretasewatawau
#keretasewamurahtawau
#staysafe
#cutisekolah
#schoolholiday

Thursday, 28 October 2021

Kereta Sewa Murah Tawau Untuk Anda

Kereta Sewa Tawau

 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyewa kereta di Kereta Sewa Tawau J3 sejak kebenaran merentas daerah / negeri dibenarkan. Kami sangat-sangat menghargai sokongan anda semua. Semoga perkhidmatan kereta sewa yang kami berikan dapat memudahkan segala urusan anda semasa berada di Tawau.

Negara kita pun sudah semakin pulih dari Covid. Dan diharapkan keadaan yang baik ini akan berterusan. Bagi yang akan datang ke Tawau atas urusan keluarga atau urusan kerja, sekiranya memerlukan perkhidmatan kereta sewa yang berkualiti dan murah, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kami sedia membantu anda.


HP: +601139663963 / +60149669359
WA Line 1: bit.ly/WasapJ3
WA Line 2: bit.ly/J3Wasap
Tempahan Online: https://bit.ly/KeretaSewaTawauBooking
Online Booking: https://bit.ly/TawauCarRentalBooking

#tawaucarrental
#tawaubudgetcarrental
#keretasewatawau
#keretasewamurahtawau
#staysafe

Wednesday, 1 September 2021

Kereta Sewa Tawau, Tempahan Pantas Melalui Whatsapp!

Kereta Sewa Tawau

Hello September! Semoga di bulan September ini kes Covid semakin berkurangan dan kita semua dapat menjalani hidup normal seperti biasa. Kami bersyukur kerana di Kereta Sewa Tawau J3 berlaku peningkatan dalam penyewaan kereta pada bulan yang lepas. Terima kasih pada semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Semoga berpuashati dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami berikan.


Di Kereta Sewa Tawau J3 kami sentiasa membuat penambahbaikan bagi kemudahan semua pelanggan kami. Selain daripada membuat tempahan secara direct call dan juga membuat booking kereta sewa secara atas talian, kami juga menyediakan borang tempahan pantas untuk semua. Denga mengisi borang tempahan ini, semua tempahan akan masuk terus ke Whatsapp kami. Jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapat respon berkaitan tempahan kereta sewa yang telah dibuat. Bagi yang mahu membuat tempahan pantas terus ke Whatsapp kami boleh klik pautan ini https://bit.ly/KeretaSewaTawauBooking untuk borang tempahan Bahasa Melayu. Untuk borang tempahan Bahasa Inggeris, boleh klik di sini  https://bit.ly/TawauCarRentalBooking

Seperti biasa, anda juga boleh menghubungi kami menggunakan butiran yang tertera di bawah untuk info dan juga direct booking. Kami sedia membantu anda.

HP: +601139663963 / +60149669359
WA Line 1: bit.ly/WasapJ3
WA Line 2: bit.ly/J3Wasap

#tawaucarrental #tawaubudgetcarrental #keretasewatawau #keretasewamurahtawau #staysafe

Saturday, 6 June 2020

QRpay Kereta Sewa Tawau J3

QRpay Kereta Sewa Tawau J3


Senyum! Untuk makluman semua pelanggan yang kami hormati, kami di Kereta Sewa Tawau J3 sudah mula menerima bayaran kereta sewa dalam bentuk digital & E-wallet. 

Dan untuk makluman juga, semua operasi kami bermula dari booking, agreement & bayaran adalah secara atas talian semuanya. Ianya cepat, mudah & pantas.

Oh ya, kalau mahu sewa kereta yang paling murah di seluruh Tawau, jangan lupa hubungi kami laju-laju ya.

WA Line 1: bit.ly/WasapJ3
WA Line 2: bit.ly/J3Wasap
WA Booking: bit.ly/BookingJ3
Booking Online: bit.ly/TempahanOnlineJ3


#keretasewatawau
#keretasewamurahtawau
#tawaucarrental
#tawaubudgetcarrental
#Boost
#MaybankQRpay
#DuitNow

Sunday, 8 March 2020

Rate Kereta Sewa Murah Di Tawau

Kereta sewa murah di Tawau

Berapa agaknya rate kereta sewa yang murah di Tawau? Tanpa membuang masa, sila rujuk gambar di atas. Untuk lebih jelas, boleh klik pada gambar tersebut. Itu adalah senarai kereta dan juga senarai rate kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Rate ini merupakan tawaran kami pada anda semua. Bagaimana pula kalau anda menyewa untuk tempoh yang lebih lama? Jangan risau, kami di Kereta Sewa Tawau J3 pasti akan memberi diskaun yang special untuk anda. Untuk tempahan atau info yang lebih lanjut, boleh call / wasap kami dengan segera di talian 011-3966-3963 atau 014-9669-359. Kami sedia membantu anda. Anda juga boleh klik https://KeretaSewaTawauJ3.wasap.my atau https://wa.me/KeretaSewaTawauJ3 untuk menghantar wasap segera pada kami.

Untuk makluman, adalah lebih baik membuat tempahan awal kerana kereta kami selalu fully booked. Walau bagaimanapun, kami tetap menerima tempahan last minute juga. Tapi itu bergantung kepada jadual kami dan juga kereta yang ada semasa tempahan dibuat. Ada yang bertanya, bagaimana rate kereta sewa kami semasa musim cuti sekolah, masih murah juga atau lebih mahal lagi? Di Kereta Sewa Tawau J3, rate sewa kereta kami sentiasa konsisten murah. Tidak kira samada cuti sekolah, cuti perayaan ataupun semasa hujung minggu. Jadi jangan takut untuk membuat tempahan kereta sewa dengan kami pada bila-bila masa. 

Jadi jangan tunngu lama-lama. Sila hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 jika ingin menyewa kereta pada kadar yang paling murah di seluruh Tawau.

Wednesday, 5 June 2019

Selamat Hari Raya Tawau


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami di Kereta Sewa Tawau J3 untuk seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang musim perayaan ini. Untuk makluman, kereta kami semua fully booked beberapa hari sebelum hari raya hinggalah raya yang ke-4 nanti. Terima kasih banyak-banyak kepada semua penyewa kereta yang telah menyewa kereta dengan kami. Pastinya kami menjanjikan kadar sewa yang murah dan mampu bayar untuk anda semua. Sekiranya memerlukan kereta sewa bermula raya yang ke-4 nanti untuk jalan-jalan di Tawau, bolehlah hubungi kami dengan segera di talian 0149669359 atau 01139663963 untuk tempahan. Selain itu, tekan link Kereta Sewa Murah Tawau ini untuk menghantar pesanan melalui Whatsapp. Sekali lagi, terima kasih untuk sokongan dan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Wednesday, 27 February 2019

Hubungi Kereta Sewa Murah Tawau

Hubungi Kereta Sewa Murah Tawau


Bagaimana untuk menghubungi servis kereta sewa murah di Tawau? Cuba scan QR code di atas. Anda akan dapat terus berhubung dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3. Selain itu, kami juga boleh dihubungi apabila anda klik link Kereta Sewa Murah Tawau ini. Cuba lah. Di Kereta Sewa Tawau J3, kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan tidak membebankan kepada seluruh rakyat Malaysia mahupun pelancong-pelancong dari negara luar. Sejak beroperasi dari tahun 2013, kami telah memberikan perkhidmatan tanpa henti kepada semua.

Bagi yang ingin menghuungi kami secara langsung melalui panggilan telefon, boleh terus dail talian kami di +601139663963 ataupun +60149669359. Kami bersedia membantu anda. Sekiranya talian sibuk, boleh hubungi kami melaui whatsapp dengan mengimbas QR code pada kad kami di atas. Kad ini kami berikan kepada pelanggan-pelanggan kami bermula hari ini. 

Ramai yang bertanya, apa jenis kereta yang kami sediakan? Kami menyediakan pelbagai jenis kereta seperti Perodua Kancil, Perodua Myvi, Proton Saga, Perodua Bezza, Toyota Avanza, Toyota Unser dan lain-lain lagi. Semua pada harga yang paling rendah di seluruh Tawau. Tiada deposit dan tiada caj tersembunyi. Jadi kepada yang memerlukan kereta dengan segera, bolehlah berhubung dengan kami bagi mendapatkan kereta sewa pada harga murah dan berpatutan.

Thursday, 7 February 2019

Tempat-Tempat Menarik Di Tawau


Ramai pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 selalu bertanya di mana tempat yang menarik di Tawau ni? Kadang-kadang kami susah juga mahu explain. Maklumlah, Tawau ni ada banyak tempat menarik sebenarnya, cuma tidak di explore secara meluas lagi. Jadi mahu diterangkan tu macam susah jugalah. Syukurlah Sabah Tourism telah membuat video menarik mengenai Tawau. Dalam masa 2 minit lebih, kini semua orang sudah boleh tahu dan mendapat info mengenai tempat-tempat yang menarik di daerah Tawau dan tempat-tempat menarik yang patut dilawati semasa berada di Tawau. Best kan? Kalau tak percaya, cuba tonton video di atas. Semua yang terbaik di Tawau ada dipaparkan.

Kalau dah tonton video dan bercadang mahu datang ke Tawau, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 untuk menempah kereta sewa anda. Kami boleh dihubungi di talian 0149669359 atau 01139663963. Mahu hantar Whatsapp saja? Anda boleh menghantar pesanan Whatsapp kepada kami di http://KeretaSewaTawauJ3.wasap.my untuk tempahan segera. Bagi yang berminat menempah kereta sewa secara online, boleh klik butang tempahan online kami di sebelah kanan atas laman blog ini. Kami akan membantu anda melawat tempat-tempat menarik di Tawau dengan kereta sewa yang kami tawarkan. Harga sewa kereta yang murah memang konfirm punya. Selamat datang ke Tawau Bosku :)

Tuesday, 27 November 2018

Kereta Sewa Murah Tawau Semasa Cuti Sekolah

Kereta Sewa Tawau

Cuti sekolah sudah bermula. Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti dan "happy holiday" kepada semua. Di musim cuti sekolah bukan pelajar-pelajar sekolah sahaja yang akan bercuti, tetapi ramai juga ibubapa yang turut mengambil cuti bagi meluangkan masa berjalan-jalan dengan anak masing-masing kan?

Selain dari bercuti dan berjalan-jalan, di musim cuti ini ramai juga yang melangsungkan perkahwinan dan juga membuat majlis pertunangan dan lain-lain. Maklumlah, di musim cuti sekolah sahaja yang ramai orang mempunyai kelapangan. Pada masa-masa yang lain, biasanya orang akan sibuk dengan pekerjaan dan urusan masing-masing. Jadi semestinya, cuti sekolah adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua.

Di musim cuti ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ada menyediakan pelbagai pilihan kereta sewa untuk kegunaan anda semua. Harga sewa memang yang paling murah di seluruh Tawau. Kereta seperti Proton Saga dan Myvi hanya RM100/hari. Kereta Bezza pula hanya RM110/hari. Kereta sewa yang berharga kurang dari RM100/hari pun ada juga. Yang penting, makin lama anda sewa, makin murah sewa kereta yang anda perlu bayar. Jadi tunggu apa lagi??
 
Sila hubungi kami dengan segera di talian 0149669359 atau 01139663963  untuk membuat tempahan segera. Kalau anda memerlukan kereta sewa bajet di daerah Tawau ini, kami lah tempatnya. Kalau mahu kereta sewa yang mahal-mahal, maaf kami tidak menyediakanya. Kalau sudah bersedia untuk menyewa kereta pada kadar yang minimal, sekarang masanya untuk menghubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3.

Wednesday, 14 November 2018

Sewa Kereta di Tawau Semasa Cuti Sekolah


Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Seperti biasa kalau cuti sekolah ramai yang akan pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman. Anda pula bagaimana? Bagi yang akan bercuti atau balik kampung ke Tawau yang indah permai ini, selamat datang Kereta Sewa Tawau J3 ucapkan. Semoga urusan percutian dan urusan bertemu keluarga di Tawau berjalan lancar dan penuh gembira.

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang sentiasa bersiap sedia menantikan waktu cuti sekolah ini. Pada masa inilah tempahan berada pada kemuncak. Maklum saja lah, ramai yang memerlukan kereta sewa pada masa-masa ini untuk memudahkan urusan mahu pergi ke mana-mana. Bagi yang berminat mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang murah dengan kami, kami sarankan agar segera membuat tempahan lebih-lebih lagi di musim cuti ini.

Kami menyediakan kereta sewa pada harga sewa yang cukup murah. Kadang-kadang kami sampai tidak mampu menangani tempahan yang begitu banyak kerana jumlah kereta yang terhad. Jadi kami mohon pada semua yang memerlukan kereta, sila hubungi Kereta Sewa Tawau J3 dengan segera di talian 011-3966-3963 (Haikal) atau 014-9669-359 (Andrew) untuk lock tempahan anda. Untuk makluman, jika anda sewa kereta 7 hari dan ke atas, diskaun akan diberikan sebagai tanda penghargaan.  

Selamat bercuti semua dan jumpa anda di Tawau di musim cuti sekolah nanti.

Saturday, 3 February 2018

Sewa Kereta di Tawau Sempena Tahun Baru Cina

Kereta Sewa Tawau
Kereta Sewa Tawau J3: Hubungi 01139663963 / 0149669359

Berminat mahu sewa kereta di Tawau sempena cuti Tahun Baru Cina nanti? Tidak perlu susah-susah, hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 dengan segera (HP: 011-3966-3963 / 014-9669-359). Terdapat pelbagai jenis kereta untuk dipilih. Harga dijamin paling murah di seluruh Tawau. Selain daripada itu, tempahan juga boleh dibuat secara online dengan meng-klik butang tempahan di sebelah kanan laman blog ini.


Mungkin ramai yang mengambil kesempatan pulang ke Tawau di Cuti Tahun Baru Cina nanti kan? maklumlah, cuti sekolah pun agak panjang pada masa itu. Jadi sempatlah untuk pulang ke Tawau melawat keluarga di kampung. Bagi rakan-rakan yang menyambut Chinese New Year pula, mesti dah tak sabar-sabar untuk pulang menyambut perayaan ini dengan keluarga yang tersayang di kampung halaman kan?


Bagi semua yang pulang ke Tawau di musim cuti perayaan Tahun Baru Cina ini, kami sediakan anda kereta sewa yang bakal memudahkan anda semua melawat kaum keluarga dan berjalan-jalan di Tawau nanti. Tidak perlu susah-susah naik bas, teksi atau ber-grab. Sewa sahaja kereta dan bila-bila masa boleh start enjin dan berjalan. Mudah kan?? Jadi apa lagi? Sila buat tempahan kereta sewa anda sekarang. Siapa cepat, dia depat. Harga sewa pun murah dan sangat berpatutan. Hubungi Kereta Sewa Tawau J3 sekarang untuk membuat tempahan awal (HP: 011-3966-3963, Haikal / 014-9669-359, Andrew). 

Tuesday, 12 January 2016

Sewa Kereta Perodua Kancil Di Tawau

Kereta Sewa Tawau - Kancil


Anda berminat nak sewa kereta Perodua Kancil di Tawau? Jangan susah hati. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 ada menyediakan kereta ini untuk sewaan anda semua. Di awal tahun 2016 kami ada mengatakan yang kami akan menambah bilangan kereta sewa akibat dari permintaan yang begitu tinggi. Kereta Perodua Kancil ini merupakan antara kereta yang telah kami tambahkan jumlahnya di dalam senarai kereta sewa kami. Sewa kereta Perodua Kancil ini dijamin murah. Berikut adalah rate sewa kereta ini:

1-2 hari : RM70/hari
3-6 hari : RM60/hari
7 hari ke atas : RM50/hari

Sekiranya anda menyewa kereta ini lebih dari sepuluh hari, kami akan berikan anda menggunakannya selama 24 jam secara percuma sahaja. Seperti biasa, jika ingin menyewa kereta ini, boleh hubungi kami segera di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp) atau klik butang merah di sebelah kanan atas laman blog ini bagi membuat tempahan secara online. Suka kami nasihatkan agar anda semua membuat tempahan awal jika ingin menyewa kereta dengan kami bagi mengelakkan kekecewaan. 

Sekiranya memerlukan kereta-kereta lain selain dari kereta Perodua Kancil ini, boleh semak jenis dan rate kereta-kereta sewa kami yang dalam laman blog ini juga. Sila lihat tab di atas. Apa pun kereta yang anda pilih untuk disewa, kami beri jaminan harga yang rendah, murah dan mampu dibayar. Jadi silakan "explore" laman blog kami ini. Dan hubungi kami dengan segera untuk membuat tempahan yang pantas. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
Tempahan Online
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Thursday, 10 December 2015

Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 Yang Ohsem

Tawau Car Rental Supporters

Ini lah antara pelanggan kereta sewa Tawau J3 yang ohsem itu. Kami sangat gembira dan berbesar hati kerana sentiasa menjadi pilihan mereka-mereka yang datang ke Tawau untuk percutian, mahupun untuk bekerja. 

Kereta sewa yang kami tawarkan adalah yang paling murah di seluruh Tawau. Makin lama anda sewa kereta dengan kami, makin murah sewa yang perlu anda bayar. Untuk membuat tempahan, seperti biasa, hubungi kami di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp). Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan online dengan menekan butang tempahan online berwarna merah di sebelah kanan atas laman blog ini. Mudah sahaja.

Apa yang perlu anda sediakan untuk kalau hendak menyewa kereta kami? Kami cuma perlukan 2 jenis dokumen iaitu salinan kad pengenalan anda dan juga salinan lesen memandu anda. Tak lupa juga, full payment semasa mengambil kereta sewa. Jadi sekiranya hendak menyewa kereta dengan kami, pastikan dokumen yang kami minta disediakan dengan selengkapnya ya ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Tuesday, 17 November 2015

Tempat Menarik di Tawau

Tawau Car Rental at Tawau Hill Park

Ada banyak tempat menarik di Tawau, antaranya adalah Taman Bukit Tawau (juga dikenali sebagai Tawau Hill Park atau Table). Bagi pencinta alam, Taman Bukit Tawau adalah satu tempat yang wajib dilawati. Kawasan ini merupakan kawasan 100% flora dan fauna, dan tidak tercemar dengan pembangunan. Berbanding dengan Maliau Basin dan Lembah Danum, kos untuk melawat Taman Bukit Tawau adalah jauh lebih murah. Bayaran masuk adalah seperti berikut:

Pemegang Mykad 18 tahun ke bawah : RM1.00
Pemegang Mykad 18 tahun ke atas : RM3.00
Warganegara asing 18 tahun ke bawah: RM6.00
Waganegara asing 18 tahun ke atas: RM10.00

Jadi apa yang menarik sangat di Taman Bukit Tawau? Salah satu sebab kenapa begitu ramai orang pergi ke sana adalah untuk berkelah di kawasan sekitar air terjunnya yang amat cantik dan memukau pandangan mata.

Air Terjun Taman Bukit Tawau
 

Cantik kan? Bukan setakat air terjun ini saja yang cantik, tapi setiap langkah menuju ke pusat air terjun ini anda pasti akan dihidangkan dengan pemandangan yang hijau dan nyaman. Tapi, hati-hati ketika melangkah ya, ini kerana di sepanjang jalan Taman Bukit Tawau, ada kawasan yang banyak lintah. Kalau boleh, pakai lah stoking yang panjang bagi mengelakkan lintah-lintah ini melekat di kulit anda. 

Pokok tropika tertinggi di dunia

Selain daripada air terjun yang cantik dan keindahan flora, Taman Bukit Tawau juga sangat terkenal kerana merupakan "rumah" bagi pokok tropika yang tertinggi di dunia. Ketinggian pokok ini mencecah 88.34 meter dan mempunyai akar gergasi yang sangat besar. Sudah ramai pelancong dari dalam dan luar negera yang ber-selfie dan ber-wefie di depan pokok ini. Anda bila lagi?

Untuk pergi ke Taman Bukit Tawau, anda boleh menaiki teksi dengan bayaran RM30 (sehala). Memandangkan tempat ini agak jauh dari bandar, jadi memang tidak ada pengangkutan awam berjadual yang masuk ke sana. Sekiranya naik teksi, pastikan anda membuat janji dengan pemandu teksi untuk mengambil anda semasa pulang.

Selain teksi, anda juga boleh menyewa kereta. Untuk mendapatkan kereta sewa bajet bagi membawa anda ke Taman Bukit Tawau, boleh hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kami menawarkan pelbagai jenis kereta untuk kemudahan anda seisi keluarga. Rate sewa dijamin murah. Jika berminat naik kereta sewa ke Taman Bukit Tawau, sila dail 014-9669-359 ataupun klik butang tempahan di atas untuk membuat online booking dengan pantas.

Apa pun cara pengangkutan yang anda pilih, jangan sampai terlepas peluang melawat tempat yang menarik di Tawau ini semasa cuti sekolah nanti. Anda pasti kagum, percayalah.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Tuesday, 3 November 2015

Kereta Sewa MPV Murah di Tawau

Kereta Sewa MPV Murah Di Tawau


Bukan gimik, tapi kereta Toyota Unser di atas itu merupakan kereta sewa MPV yang paling murah di Tawau. Tiap kali cuti sekolah kami akan cadangkan kereta ini kepada penyewa-penyewa kereta kami. Maklum lah, di musim cuti sekolah biasanya kita tidak travelling alone, selalunya bawa satu keluarga ramai-ramai kan. Kemudian barang pun banyak juga. Itu sebabnya kami selalu cadangkan kereta sewa MPV ini pada semua.

Saiznya besar dan boleh muat 8 orang dewasa. Ruang belakang dan bawah seat belakang juga adalah cukup luas untuk menyimpan barang-barang. Jadi, daripada sewa dua buah kereta sedan, baik sewa MPV ini. Sewanya pun tersangat lah murah. Rate terkini bagi Toyota Unser ini adalah seperti berikut:

1-2 hari = RM180/hari
3-6 hari = RM170/hari
7 hari ke atas = RM160/hari

Buat masa ini kami ada kereta Unser transmisi automatik sahaja. Tapi rasanya orang zaman sekarang lebih suka bawa kereta auto kan. Jadi memang tak ada masalah lah kalau nak drive kereta ni, cuma tekan minyak dan tekan brek sahaja. Tak perlu nak main clutch sampai letih kaki. Biasanya kalau musim cuti sahaja, kereta ni akan jadi rebutan. Jadi kalau berminat mahu tempah kereta ni, jangan kasi lama. Nanti tak dapat.

Untuk menempah kereta sewa MPV yang paling murah di Tawau ni senang saja. Anda semua boleh buat tempahan secara online di blog ni. Lihat butang merah di atas sebelah kanan blog ni? klik sahaja di situ untuk terus membuat tempahan. Selain itu, anda juga boleh emel kami di j3trade.enterprise@gmail.com untuk tempahan. Last  but not least, anda juga boleh menghubungi kami di talian 014-9669-359 (sms/call/whatsapp) untuk booking kereta ini. Jangan tunggu lama-lama. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday, 14 August 2015

Kereta Sewa Bajet Proton Saga LMST



 Antara Kereta Sewa Bajet yang kami tawarkan di Kereta Sewa Tawau J3 adalah Kereta Proton Saga LMST. Anda boleh lihat kadar sewa yang kami tawarkan pada gambar diatas. Memang mampu bayar dan amat murah. Kereta ini mempunyai kapasiti muatan sebanyak 5 penumpang dewasa dan jimat minyak. Jika anda datang ke Tawau dan perlukan kereta sewa sedan pada harga yang rendah, jangan lupa dapatkan kereta sewa bajet Saga LMST ini. Kereta ini sentiasa mencapai status fully booked oleh itu kami sarankan agar anda menghubungi kami dengan segera di talian 014-9669-359 bagi menempah kereta ini secepat mungkin. Selain dari harga sewa yang murah, kereta Proton Saga LMST ini juga merupakan sebuah kereta yang hebat. Tak percaya? Teruskan membaca.

Proton Saga LMST (kereta kebal) telah diperkenalkan pada tahun 2003. Walaupun rekabentuknya luarannya banyak diambil dari Proton Iswara Aeroback, tetapi rekabentuk dalaman kereta Proton Saga LMST ini telah mengalami "total facelift" dan jauh beza dari Kereta Proton Iswara Aeroback sebelumnya. Kereta ini mempamerkan rekabentuk dashboard yang lebih baru dan lebih moden bagi menarik hati para pelanggan. Panel instrumen di dashboard pula lebih eksklusif dan dipaparkan dalam bentuk digital. Kereta yang boleh memuatkan 5 penumpang dewasa ini turut dilengkapi dengan lampu depan/belakang yang baru dan lebih menonjol. Kereta berkuasa 1300cc ini dikatakan jauh lebih hebat dari Iswara sebelumnya kerana ia mempunyai sistem ekzos baru yang mempunyai rating kuasa 83bhp (63 kw).

Pada awal tahun 2007 sahaja kereta Proton Saga LMST telah mencapai jualan sebanyak 15,000 tempahan. Ia berada di tempat kedua di belakang Perodua MYvi sebagai kereta yang terlaris di Malaysia pada tahun itu. Pada tahun 2007 juga Proton telah melakukan sedikit perubahan kosmetik pada rekabentuk keseluruhan Proton Saga LMST. Versi kereta Saga LMST 2007 merupakan versi kereta Proton Saga yang paling ringan dan paling laju diantara semua kereta-kereta Proton yang lain. Ia mampu mencapai kelajuan dari 0-100 dalam masa 12.5 saat dan mempunyai top speed pada kelajuan 185/kmj. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat hebat bagi kenderaan yang hanya mempunyai kuasa 1300cc sahaja.

Dah habis baca? Macam mana? hebat tak kereta Proton Saga LMST ni? Memang hebat kan. Sekali lagi, hubungi kami di talian 014-9669-359 untuk menempah kereta sewa bajet Proton Saga LMST ini. Siapa cepat, dia dapat ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459