Tuesday 6 August 2013

Tawau Banjir Lagi

Banjir di Tawau

Selamat pagi semua. Hari ini cuaca di Tawau amat sejuk. Hujan lebat dari semalam belum menampakkan tanda-tanda mahu berhenti. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 pun terpaksa menunda kerja-kerja menghantar kereta pada pagi ini berikutan cuaca yang tidak baik. Bukan sahaja cuaca tidak baik, tetapi beberapa kawasan utama di daerah Tawau ini juga telah dilanda banjir.

Apa pun, kami bersyukur kerana tiada kereta-kereta sewa kami ditenggelami air, baik yang berada dalam simpanan kami, mahupun yang sekarang ini sedang disewa oleh pelanggan-pelanggan kami. Cuaca buruk seperti ini sedikit sebanyak mempengaruhi perniagaan kami. Ada yang positif, ada yang negatif.

Yang positifnya, kami mendapat beberapa panggilan di sekitar Tawau untuk menyewa kereta kerana ramai yang sukar mendapat teksi untuk pergi berbelanja menjelang hari raya nanti. Bagus juga tu. Maksudnya hujan pun membawa "income" juga untuk kami. Tapi yang negatifnya pula, kami pun sebenarnya sukar untuk bergerak ke tempat penyewa kerana hujan yang sangat lebat dan jalan yang sangat "jem" akibat dari hujan yang tak tau berhenti ini.

Jadi, disinilah kami, masih menunggu hujan ini reda sedikit. Kepada pemanggil-pemanggil yang ingin menyewa kereta itu, sabar ya. Sebentar lagi kalau hujan reda sedikit kami akan pergi ke tempat kamu. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan memastikan kami dapat memberikan yang terbaik walaupun hari hujan. Kepada warga Tawau khasnya yang mana rumah mereka dinaiki air itu, harap banyakkan bersabar. Memang beginilah Tawau ni kan, sikit-sikit banjir. Harap-harap di masa depan hal seperti banjir ini hanya akan tinggal kenangan saja. Sama-sama kita doakan :)

1 comment:

  1. kami adalah pengusaha kereta sewa di shah alam..
    kami berminat untuk membuat pertukaran link dengan anda..
    cara nye anda promosikan link kami di blog anda dan kami juga sebaliknya..
    tujuannya adalah untuk improve trafik kedua blog kami dan anda..
    kalau berminat boleh email kami di onesms85@gmail.com

    ReplyDelete