Wednesday 29 May 2013

AES ada di Tawau sudah..


Kalau mau tau, AES sudah masuk Sabah ya. Dan untuk daerah Tawau, lokasi AES adalah di batu 11 Jalan Apas. Jadi siapa-siapa yang selalu limpas sana tu, pandai-pandai la bawa diri ya. Ok, apa itu AES? AES adalah Automated Enforcement System. AES digunakan oleh JPJ sebagai salah satu kaedah penguatkuasaan undang-undang di jalanraya. Ramai yang tidak setuju dengan AES ni, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bagi saya la kan, AES ni bagus untuk menangkap pesalah-pesalah yang selalu melanggar undang-undang jalanraya. Boleh semak video di bawah ni bagaiamana AES berfungsi.


AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan di bawah ini di masa depan:

1. Memotong di garisan berkembar
2. Memotong di sebelah kiri jalan
3. Lebih muatan
4. Potong barisan
5. Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki bandar
6. Penguatkuasaan laluan bas.

Kalau tengok macam best kan? Lagipun AES tidak akan mengakibatkan kesesakan lalulintas. Ia juga berfungsi 24 jam dalam apa jenis cuaca pun. Lain-lain  maklumat mengenai AES ini boleh di baca di Portal Rasmi JPJ. Anda pula bagaimana? setuju dengan AES?



No comments:

Post a Comment