Sunday, 9 June 2013

Kami dah ada Facebook, sila LIKE :)

http://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau

Kami kini dah ada facebook. Sila LIKE kami di facebook untuk memudahkan lagi interaksi di antara kita okey. Taip "Kereta Sewa Tawau J3" di facebook search sekarang juga.

Sebarang pertanyaan sekarang boleh dibuat di laman facebook kami. Selain itu, seperti biasa, anda juga boleh menghubungi kami melalui email di j3trader@gmail.com atau call/sms kami di talian 013-5528523. Apa pun jenis perhubungan yang anda pilih, kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa memberi respon yang terbaik untuk anda. 

Friday, 7 June 2013

Sewa Kereta PERCUMA!!


Ini bukan gimik. Kami di Kereta Sewa J3 sentiasa menghargai pelanggan-pelanggan kami. Dan untuk itu, kami telah mengambil keputusan untuk memberi sewa kereta secara PERCUMA atau dalam Bahasa Inggerisnya, Free Of Charge kepada pelanggan-pelanggan kami yang menyewa kereta selama 8 hari.

Bagaimana caranya? Mudah saja. Dengan setiap sewaan selama 8 hari, pelanggan kami akan mendapat 1 hari percuma. Maksudnya, cuma perlu bayar untuk 7 hari sahaja. Hari yang ke-8, boleh pakai kereta tanpa bayaran 1 sen pun. Best kan?

Kadar sewa kami sentiasa yang terendah. Walaupun pun sewa rendah, tetapi kualiti perkhidmatan tetap yang terbaik. Dan sewa PERCUMA ini merupakan 1 lagi alternatif kami bagi memberi yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. 

Jadi tunggu apa lagi? tempah la kereta sewa kami hari ini bagi menikmati kadar sewa kereta yang paling rendah di seluruh Tawau (dan mungkin di seluruh Sabah juga). Dan jangan lupa dapatkan sewa PERCUMA dari kami apabila menyewa kereta sehingga 8 hari. Ingat, bayar 7 hari sahaja, hari yang ke-8 PERCUMA. Get it now okay ;)

Thursday, 6 June 2013

4 Cara Terbaik Elak Kereta Kena Curi


Semenjak dua menjak ni kes curi kereta semakin menjadi-jadi. Bukan setakat kereta mewah, tapi kereta buruk pun kena curi jugak. Pencuri bukan setakat mahu menjual kereta yang dicuri, tapi mereka pun turut menjual segala body-parts, spare-parts dan jugak audio system yang dipasang di dalam kereta. Dan jangan hairan la kalau kereta yang diparking depan rumah pun boleh hilang jugak, pencuri zaman sekarang semakin berani. Jadi jangan bagi mereka peluang. Jadi bagaimana nak elak agar kereta anda tak kena curi?

1. Kunci @ lock kereta anda
Ini perkara yang paling basic sekali. Tapi perkara basic ini ramai jugak yang tak buat, lebih-lebih lagi kalau kereta tu diparking di depan rumah. Punya la konfiden kan. Kadang-kadang ada jugak yang tak mengunci kereta kerana alarm kereta sudah habis bateri atau rosak. Kerana malas nak tukar bateri alarm @ baiki alarm, jadi kereta dibiar saja tanpa di lock. Ini kesilapan besar. Jadi pastikan anda sentiasa kunci kereta anda ok.

2. Kunci @ lock steering kereta anda
Ini memang cara yang cukup bagus. Kereta anda konfirm takkan di bawa lari. Jadi kalau ada duit, beli la 1 steering lock ni. Lebih-lebih lagi kalau kereta anda adalah kereta yang belum habis dibayar. Paling-paling dashyat pun pencuri tu akan curi DVD player kereta anda, itu saja. Jadi esok, pergi la beli steering lock untuk kereta anda ok.

3. Kunci @ lock gear kereta anda
Ini lebih kurang macam cara yang di atas. Cuma cara ini lebih mudah & gear lock pun tak la sebesar steering lock, jadi pemandu perempuan senang sikit nak pasang. Dengan adanya gear lock ni, konfirm pencuri tak boleh nak buat apa-apa pun kecuali pusing-pusing steering kereta. Gear lock ni tak mahal, jadi sila dapatkan 1 untuk kereta kesayangan anda ok.

4. Pasang GPS Tracker pada kereta anda
GPS Tracker ni bukan macam GPS yang ada map macam papago @ garmin tu ye. Itu GPS penunjuk arah. GPS Tracker pula fungsinya adalah untuk track kedudukan kereta. Kata la kereta anda dapat di bawa lari oleh pencuri, dengan adanya GPS Tracker anda boleh send sms ke kereta anda dan koordinat & kedudukan tepat kereta anda akan dihantar melalui SMS ke no telefon anda. Jadi, walaupun kereta anda di bawa lari ke Zimbabwe, ianya still dapat di track. GPS Tracker juga boleh diprogram untuk lock enjin kereta anda. Best kan? Walaupun GPS Tracker ini mahal sikit, tapi memang berbaloi untuk kereta anda.


Wednesday, 5 June 2013

4 Perkara Yang Paling Merisaukan Ketika Mengambil Keputusan Nak Mengecat Kereta


Mengecat kereta adalah perkara yang julung-julung kali dan jarang-jarang sekali dibuat. Kecuali la sudah terdesak kerana kereta terlibat dalam kemalangan dan perlu dibaiki dan di cat semula. Kalau just for fun rasanya jarang yang berlaku. Betul kan? Ada 4 perkara yang sebenarnya cukup merisaukan pemilik-pemilik kereta ketika mengambil keputusan untuk mengecat kereta. Mari kita baca sama-sama okey.


1. Kos
Biasanya di Tawau ni, kalau cat kereta tak sah kalau tak lebih dari RM 1k. Itu yang paling murah sudah tu. Ada yang boleh sampai RM 2k lebih. Tidak tahulah apa yang mahal tu, catnya ka atau upahnya. Kadang-kadang ongkos tak cukup kan. Mula-mula kita diberitahu bayarannya macam ini, bila sampai masa dihantar, tiba-tiba naik pulak harga. Mungkin sebab kereta kita tu sudah banyak lubang, banyak karat, ada kemek & scratch sana-sini. Jadi off cos la tiba-tiba jadi mahal. Tidak boleh blame juga tauke kedai cat sebab masa bertelefon tanya harga mesti dia sebut harga basic saja kan, dengan anggapan kereta kamu itu masih lagi hensem dan tiada lubang-lubang. Bila tengok depan mata, baru la tau perkara yang sebenar. Jadi salah satu hal yang sangat merisaukan kalau mau cat kereta ni sudah tentulah ongkosnya yang mencecah ribu-ribuan itu. 

2. Kualiti
Ini  memang sangat merisaukan. Lebih-lebih lagi kalau cat asal kereta kita tu sangat lah berkualiti tinggi & licin. Saya sendiri pernah kena bab kualiti ni. Pada suatu hari, saya pergi cat kereta saya di satu tempat di Tawau ni. Sebelum itu, saya pernah cat kereta di KK, oven bake lagi. Jadi kualitinya sangat lah bagus. Tapi setelah beberapa tahun, saya malas sudah dengan cat kereta saya tu. Mau jugak cat yang baru dan ikut trend. Jadi saya pun bawa lah pergi tempat ini. Punya la saya menyesal. Cat itu memang cantik, kereta saya jadi macam kereta baru. Tapi itu kalau dilihat dari jauh. Cuba datang dekat-dekat, fuhh.. memang sangat mengecewakan. Catnya tidak halus, masih ada lagi bintik-bintik kecil di beberapa tempat, seolah-olah area tu masih kotor & berpasir ketika di cat. Lepas itu ada gelembung udara di beberapa tempat kerana kereta itu dikeringkan secara manual. Sakit hati betul. Tapi sabarlah. Jadi orag yang pergi mengecat kereta mungkin ada yang macam saya juga, risau betul pasal kualiti, takut menyesal. Jadi sebelum pergi cat kereta, buat la dulu soal-seidik dengan kawan-kawan. Jangan gigit jari di kemudian hari.

3. Lambat siap
Ini lagi satu perkara yang merisaukan atau bikin takut. Ya lah, mungkin itu satu-satunya kereta yang kita ada. Kalau cat setakat 1 minggu, mungkin boleh tahan lagi. Pergi kerja boleh tumpang dengan kawan, jiran, adik-beradik. Tapi kalau lebih dari 1 minggu macam mana la? mungkin kawan, jiran, adik-beradik yang bagi kita tumpang keretanya pun tak berapa mau senyum sudah kerana terpaksa menumpangkan kita ketika pergi & balik kerja. Lebih-lebih lagi kalau tempat kerja kita jauh dengan mereka. Sudah lah di Tawau ni selalu jem, terpaksa lagi pergi mengambil orang yang menumpang kereta. Kita pun lama-lama jadi malu. Bos tempat cat kereta kita tu boleh saja janji cepat siap, tapi belum tentu lagi. Lebih-lebih lagi kalau dia terpaksa mengecat banyak kereta ataupun disebabkan cuaca tak bagus. Macam kes saya la, janji dua minggu siap, last-last mau dekat 1 bulan baru siap. Haru biru jugak la.

4.Tiada kereta lain
Ini lebih kurang macam kes di atas. Dan ini berlaku kalau kereta kita tu memang the one and only saja. Hati sudah betul-betul nekad mau tukar cat kereta. duit tabungan pun sudah lebih dari cukup. Tapi risau tak ada transport mau pergi kerja & hantar anak-anak ke sekolah kalau kereta masuk bengkel untuk di cat. Mau tumpang orang, susah. Anak-anak pun sekolahnya jauh. Jadi memang risau jugak la. Tekanan pun ada. Last-last kereta itu langsung tidak dihantar untuk di cat & duit tabungan pun habis di pakai membeli-belah di zalora dan lazada. Dalam hati masa tu mesti berkata, "kan best kalau aku ada kereta lagi 1".

Jadi itu adalah antara sebab yang paling merisaukan ketika mengambil keputusan untuk mengecat kereta. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang tidak dapat membantu untuk kes no.1 & no.2, kerana itu diluar bidang kuasa kami. Tapi untuk perkara no.3 & no.4 itu, kami memang dapat membantu kerana kami juga oernah berada dalam situasi yang sebegitu. Jadi bagaimana kami dapat membantu anda?? Kami dapat menyediakan kereta "spare" untuk anda sepanjang kereta anda berada di bengkel untuk di cat. Jangan risau mengenai sewa yang mahal. Kami tidak berminat menyusahkan anda. Dengan kami, semakin lama anda sewa kereta, semakin murah lagi kadar sewanya. Dan bila kami katakan murah, memang murah sangat-sangat ;)

Jadi kalau anda bercadang untuk mengecat kereta & risau tiada kereta untuk pergi kerja atau hantar anak-anak ke sekolah, hubungi saja kami untuk menempah kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Call 013-5528523 atau emel saja kami di j3trader@gmail.com, dilayan bah kalau kau ;)

Monday, 3 June 2013

Is this possible? Absolutely! The Four heavenly Island vs Oppa Gangnam Style!

Absolutely? Yes...... dengan Kereta Sewa Tawau J3, segala-galanya boleh. Sebelum tu, mesti anda semua pernah dengar pasal "The 4 Heavenly Island" di Semporna kan? Island atau pulau itu merupakan pulau-pulau yang cukup terkenal di seluruh dunia. Pada pendapat saya la kan, sebelum kita melawat Korea yang terkenal dengan "oppa gangnam style" tu, apa kata kita sebagai rakyat Malaysia pergi dulu melawat tempat-tempat menarik di negara kita, contohnya seperti "The 4 heavenly Island" ini. Bagi yang belum tahu, inilah "The 4 Heavenly Island" yang saya maksudkan.

Pulau Mabul

 Pulau Sipadan

 Kapalai

 Mataking

Jadi apa kaitan pulau-pulau ini dengan Kereta Sewa Tawau J3? Kami memudahkan perjalanan anda menuju ke pulau-pulau ini. Sekiranya anda ingin pergi ke Semporna, hubungi kami. Setibanya anda di Lapangan Terbang Tawau, kereta sewa kami sedia menunggu anda. Dengan kadar sewa yang begitu rendah, anda mampu menjimatkan wang sambil melawat "The 4 Heavenly Island" ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 013-5528523. Selamat bercuti ;)

Video Kemalangan Jalanraya Yang Menyayat Hati


Ini antara video-video kemalangan jalanraya yang sangat menyentuh perasaan. Di jalanraya, apa-apa pun boleh berlaku, samada kita dilanggar, kita melanggar, kita terlanggar. Kesan dari semua itu sudah pasti lah kehilangan nyawa. Anak boleh kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan macam-macam lagi. Dalam sekelip mata nyawa manusia boleh melayang.

Apa yang boleh kita lakukan bagi memastikan jalanraya menjadi tempat yang selamat untuk kita semua? Ada banyak yang boleh kita lakukan. Antaranya:

1. Jangan memandu melebihi had laju
2. Jangan memandu dalam keadaan mabuk
3. Jangan memotong kenderaan lain di selekoh tajam
4. Jangan bertelefon atau ber-sms semasa memandu

Sekiranya anda mampu melakukan semua perkara diatas, maka ucaplah tahniah pada diri anda sendiri kerana anda telah memainkan peranan dalam menyelamatkan nyawa anda & nyawa orang lain di jalanraya. Kami di Kereta Sewa J3 Tawau sentiasa memberi sokongan & rasa hormat kepada pemandu-pemandu yang berhemah di jalanraya. Pandu cermat jiwa selamat. 

Sunday, 2 June 2013

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Menyewa Kereta

Lapan Sebab Anda Perlu Menyewa Kereta di Tawau

Mengapa Anda Perlu Kereta Sewa di Tawau

Saya baru saja menyiapkan brosur iklan kereta sewa kami untuk market di Tawau. Sebab sebenarnya bukan orang yang dari luar daerah saja yang perlukan kereta sewa, orang dalam daerah pun perlu juga tu. Okey, mari kita tengok 8 sebab mengapa anda perlu menyewa kereta.

1. Untuk menghadiri majlis (tunang/kahwin./hari lahir/ aqiqah/ reunion)
Kadang-kadang kita sudah berkumpul 1 geng mau pergi ramai-ramai ke satu-satu majlis. Tiba-tiba baru perasan kereta tak cukup pulak untuk muat semua orang. Masa ni baru la tergaru kepala pikir mana lagi mau cari kereta ni?? Untuk hal-hal seperti ini, jangan susah hati. Call saja kami, kami bukan saja menyewakan kereta pada kadar harian, sewa ikut jam pun ada bah :)

2. Untuk pergi ke bandar/sekolah/kolej
Situasi ini sesuai untuk pelajar-pelajar IPG atau pelajar Kolej Komuniti. Majoriti pelajar-pelajar ini bukan asal orang Tawau. Kalau asal Tawau pun mungkin tiada kereta (walaupun sudah ada lesen). Untuk pergi ke bandar membeli barang-barang keperluan mungkin agak susah kalau naik bas. Lagipun, berat bah kan barang-barang tu. Jadi time macam ini la paling sesuai sewa kereta. Kongsi ramai-ramai untuk jimat kos & call kami untuk menyewa. Mudah kan?

3. Untuk pergi jalan-jalan di Kunak/Semporna
Kalau ada keluarga di Kunak atau Semporna, mungkin tidak relevan sudah tu kalau naik van pergi melawat keluarga dengan anak yang ramai. Bayar tambang van sudag berapa RM satu kepala. Jadi bagus lagi sewa kereta kan. Jimat dan selesa dapat bawa anak-anak pergi melawat keluarga. Untuk pelancong yang ingin ke Semporna pun sesuai sangat la ni. Kami jemput anda di airport Tawau, dan anda boleh terus pergi ke Semporna dengan selesa dengan kereta sewa kami.

4. Untuk hal kecemasan
Kadang-kadang malang tidak berbau, tiba-tiba saja kereta anda accident terlanggar kerbau. Kereta kemek dan terpaksa masuk bengkel. Masa itu mungkin anda sudah pening fikir macam mana mau pergi kerja dan hantar anak-anak ke sekolah kerana tiada transport. Jangan susah hati. Hubungi saja kami, kami akan menyediakan kereta sewa kami bagi mengatasi masalah anda. Lagi lama anda sewa lagi murah. Jadi jangan risau. Kalau anda mau cat kereta atau modified kereta pula, sekarang anda boleh buat tanpa mau tunggu cuti. Ini kerana anda tetap dapat pergi kerja dengan mudah dengan kereta sewa kami. 

5. Untuk menyambut perayaan
Tiada kereta atau tak cukup kereta untuk pergi ke rumah kawan/saudara masa CNY, raya, krismas & deepavali? jangan risau. Call saja kami. Kadang-kadang selalu terjadi kes tak cukup kenderaan masa hari perayaan. Sebab kita biasa pergi bertamu ramai-ramai kan? Dengan sewa ikut jam yang kami bagi, anda boleh saja sewa kereta kami dengan mudah. Murah-murah saja pun. Mahal lagi tambang teksi tu.

6. Untuk berjalan-jalan
Kadang-kadang rasa bosan di rumah, mau jalan-jalan dengan kawan pergi table atau Balung Eco Resort, tapi tiada kereta. Mau naik bas tapi malas. Sewa saja kereta dari kami dan ajak kawan-kawan anda pergi jalan-jalan di sekitar Tawau ini. 

7. Untuk orang dari luar Tawau
Ini pulak sebab utama orang bukan local menyewa kereta. Ada urusan di Tawau? Ada mesyuarat? Ada seminar? Atau datang ke Tawau untuk menghantar anak-anak masuk IPG Tawau. Ini masa paling sesuai untuk menyewa kereta. Ini untuk memudahkan anda membuat urusan sambil berjalan-jalan di Bandar Tawau ini. Takut sewa kereta mahal? jangan takut. Check saja rate kami, mesti terkejut :)

8. Untuk orang Tawau yang kerja jauh
Anda orang Tawau, tapi kerja di KL, KK, KB, Singapore dsb. Bukan setakat kerja di sana, tapi sudah berkeluarga di sana. Sekali-sekala balik Tawau melawat keluarga, mesti mau jugak bawak dorang jalan-jalan pergi belanja dan makan-makan kan? Tapi macam mana kalau tiada kereta di Tawau? Jangan susah hati, call saja kami & anda boleh sudah kasi keluar kereta sewa untuk membawa keluarga anda berjalan-jalan tanpa membazirkan wang. Ini kerana kereta sewa kami tidak akan mengempiskan poket anda :)

Demikianlah 8 sebab mengapa anda perlu menyewa kereta. Kadang-kadang orang tak pernah terfikir kemungkinan perkara-perkara ini, tapi disini kami mahu mencipta satu kesedaran yang kereta sewa bukan setakat untuk pelancong saja, tapi untuk banyak perkara lagi. Jadi dipendekkan cerita, kalau ada perkara diatas berlaku kepada anda, call saja kami di Kereta Sewa Tawau J3 di talian 013-5528523. Kami sedia membantu anda :)