Wednesday 22 August 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau J3

Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kepada pelanggan-pelanggan yang telahpun membuat tempahan untuk hari raya ini, kami akan menghantar kereta kepada anda semua seperti yang telah dijanjikan bagi memudahkan pergerakan anda sepanjang musim perayaan ini. Terima kasih banyak kami ucapkan kerana telah memilih Kereta Sewa Tawau J3 sebagai penyedia kereta sewa anda pada kali ini. Yang pastinya, kami akan cuba memberikan yang terbaik kepada anda semua.

Untuk makluman, kereta semua telah fully booked untuk Raya Haji kali ini. Pun begitu, sekiranya berminat membuat tempahan untuk penggunaan selepas hari raya ini, bolehlah berhubung terus dengan kami di talian 011-3966-3963 (Haikal) atau 014-9669-359 (Andrew) bagi membuat tempahan dengan segera. Jaminan harga terendah untuk semua jenis kereta. Yang penting, anda berpuashati dan kami juga mendapat sedikit pulangan. Bak kata orang putih "win-win" situation kan. 

Di kesempatan hari raya kali ini, suka kami ingatkan agar anda semua sentiasa berhati-hati di jalanraya. Pandu dengan cermat. Ingatlah dengan orang yang tersayang yang sedang menanti anda di rumah. Malang tidak berbau, sekelip mata nyawa boleh melayang akibat kelalaian yang sedikit sahaja. Sama-sama lah kita menjaga keselamatan dan nyawa masing-masing agar terhindar dari kecelakaan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sentiasa mendoakan keselamatan semua pelanggan kami khasnya dan seluruh pengguna jalanraya yang lain. Kereta boleh diganti, tapi nyawa yang melayang tidak akan kembali. Pesanan ikhlas dari kami semua. Hargai nyawa anda. Pandu cermat, jiwa selamat.

No comments:

Post a Comment