Thursday 4 February 2016

4 Sebab Mengapa Memandu Di Tawau Tidak Menyeronokkan

Sumber: google.com

Awas! Ini ada 4 sebab mengapa memandu di Tawau tidak menyeronokkan. Bagi yang baru pertama kali datang ke Tawau, baca ni betul-betul. Kepada yang dah berkali-kali datang ke Tawau, sila baca untuk info agar sentiasa beringat dan kepada warga Tawau, sila baca supaya kita dapat berbuat sesuatu untuk megurangkan benda-benda ini dari terus terjadi. Jadi apakah 4 sebab yang boleh menyebabkan anda tidak seronok ketika memandu di Tawau?


1. Keadaan Jalanraya Yang Tidak Standard (tiada kualiti)
Untuk makluman, jalanraya di Tawau ini tidak cantik seperti jalan di Semenanjung Malaysia. Contoh boleh lihat gambar di atas. Memang buruk dan tidak ada standard. Gambar di atas itu masih boleh dikira ok lagi sebenarnya. Kalau nak tahu, banyak lagi jalanraya di Tawau ini yang begitu daif. Berlubang sana sini, tidak rata dan membahayakan pengguna jalanraya lebih-lebih penunggang motosikal. Sekiranya anda memandu di Tawau ini, dinasihatkan tak perlulah bawa kereta laju-laju sebab kebarangkalian anda terlanggar lubang di tengah jalan atau di pinggir jalan adalah sangat tinggi. Kereta rosak, rim bengkok dan anda juga akan melambung dalam kereta. Akibatnya anda akan berasa tidak gembira langsung ketika memandu.

2. Sikap pemandu bas awam yang tidak ikut aturan
Kebanyakan warga Tawau bergantung harap kepada pengangkutan awam seperti bas atau bas mini untuk pergi kerja atau pergi ke bandar. Tapi dukcita dimaklumkan, pemandu-pemandu bas awam di Tawau ini kadang-kadang memandu tanpa memperdulikan pengguna jalanraya yang lain. Bas-bas ini biasanya berhenti di tepi-tepi jalan untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Sekiranya mereka ingin masuk semula ke jalanraya, ada kalanya langsung tak bagi singnal dan masuk melulu ke laluan. Mereka takkan peduli kereta kita ada di sebelah atau sedang laju dari belakang, mereka tetap masuk laluan juga. Kalau anda tak biasa, mungkin akan rasa terkejut dan geram. Bas itu akan menghimpit kereta anda agar mereka dapat masuk laluan. Ada kalanya di laluan yang agak sempit, mereka akan berhenti lebih kurang di tengah jalan untuk menurunkan penumpang dan kita di belakang kena tunggu sehingga mereka selesai. Memang selfish, tapi itulah cara pemandu bas di Tawau.

3. Tempat parking kereta yang terhad
Untuk makluman, tempat parking kereta di Tawau betul-betul terhad. Lebih-lebih lagi di kawasan yang sibuk seperti Fajar, Sabindo dan kawasan di sekitar pasar Tanjung dan pasar Ikan. Anda tidak perlu hairan kalau dah berpusing-pusing satu jam tapi masih tidak jumpa tempat parking. Semua orang di Tawau mengalami masalah yang sama. Sekiranya anda ada urusan di bandar Tawau atau ingin membeli belah di Pasar tanjung atau Pasar Gantung misalnya, sila datang awal sebelum jam 7 untuk mendapatkan tempat parking. Jam 7.45 pagi ke atas semua tempat parking akan penuh. Tapi kalau anda jenis yang tak kisah berjalan kaki jauh-jauh, anda boleh parking kereta di kawasan berdekatan Kastam dan juga di kawasan berdekatan Alliance bank. Di situ kadang-kadang ada tempat parking walaupun di masa peak hours. Tapi anda kena bertabah lah berjalan kaki ke destinasi yang lain-lain sekiranya meletakkan kenderaan di situ.

4. Double parking
Masalah double parking ini timbul akibat dari masalah tempat parking yang terhad. Oleh kerana susahnya mencari tempat parking di Tawau ini, maka ada orang yang selfish akan membuat double parking. Contoh tempat yang paling kerap terjadinya double parking di Tawau adalah di sekitar Maybank Fajar, CIMB, Milimewa dan Pasar Tanjung. Double parking ini memang menyusahkan semua pengguna jalanraya yang lain. Akibat mereka-mereka yang selfish ini, maka keadaan jem dan sesak di tempat-tempat yang disebutkan terjadi setiap hari dan hampir sepanjang masa kecuali pada waktu malam. Apa sebenarnya yang terjadi kalau double parking? Bila seseorang pemandu membuat double parking, dia sebenarnya telah "makan" jalan. Maka kenderaan lain yang berada di belakang kereta yang double parking itu kena tunggu sehingga laluan sebelah clear untuk mereka meneruskan perjalanan. Ini kerana laluan utama mereka telah di "block" oleh kereta yang double parking tadi, jadi mereka kena tunggu sehingga tiada kereta di laluan sebelah supaya mereka boleh memotong kereta yang "makan" jalan tadi bagi meneruskan perjalanan. Keadaan ini sering berlaku di tempat-tempat yang disebutkan tadi. Elakkan kawasan yang sering terjadi double parking ini untuk mengelakkan tekanan perasaan ketika memandu di Tawau.

Jadi itu adalah 4 sebab yang boleh menyebabkan anda tidak seronok ketika memandu di Tawau. Bagi penyewa-penyewa kereta kami di Kereta Sewa Tawau J3, suka kami nasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu di Tawau. Sentiasa rancang perjalanan lebih awal dan elakkan tempat-tempat yang sesak di Tawau ketika waktu puncak. Jika anda merancang perjalanan dengan baik, memandu dengan cermat dan elakkan tempat-tempat yang sentiasa sesak, pasti akan lebih seronok memandu di Tawau ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
Tempahan Online
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

1 comment:

  1. Yang sebenarnya kami penduduk tawau dah complain pasal Japan raya Yang berlubag-lubaNg tu tapi nda dipedulikan complain kami tu. Dah banyak Kali dah kami complain tapi nda dipedulikan sampai sekarang ini. Dorang Yang pekerjaan bikin jalan tu suka makan gaji. Dorang suka bikin asal siap. Baru tu yang double park tu kami dah minta untuk buat tempat parking kereta yang luas. Yang tempat parking nya Yang luas hanya di GIANTS

    ReplyDelete