Saturday 6 February 2016

Selamat Tahun Baru Cina 2016

Selamat Tahun Baru Cina dari Kereta Sewa Tawau J3


Lagi 2 hari saja lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Selamat Tahun Baru Cina 2016 dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Sebagai rakyat Malaysia kami sangat bangga kerana dapat merayakan pelbagai jenis perayaan di negara ini. Masyarakat kita yang majmuk dan terdiri daripada berbilang bangsa, kaum dan agama memungkinkan kita semua dapat meayakan pelbagai perayaan yang meriah sepanjang tahun.

Untuk makluman, Tahun Baru Cina kali ini adalah amat meriah di Tawau. Sejak awal lagi daerah Tawau disajikan dengan pertandingan tarian naga di Dewan Masyarakat Tawau. Disamping itu, festival Tahun Baru Cina juga akan berlangsung di padang bandaran Tawau. Di mana pada masa kini padang bandaran Tawau bercahaya disirami dengan cahaya-cahaya tanglung yang sangat cantik sekali. Selain itu, pada tahun ini juga sambutan terhadap kereta sewa kami amat luarbiasa. Kereta semua telah habis di tempah sempena Tahun Baru Cina ini. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan.

Kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan semua pelanggan kami yang merayakan Tahun Baru Cina, di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan semoga tahun monyet api ini akan membawa lebih banyak rezeki dan kekayaan dan tuah buat anda semua. Ikhlas dari kami di Kereta Sewa Tawau J3 ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment