Monday 25 January 2016

Penyewa Kereta Dari Luar Negara 2.0



Selain dari penyewa kereta di dalam negara, Kereta Sewa Tawau J3 juga memberikan perkhidmatan kereta sewa kepada penyewa kereta dari luar negara. Pada mulanya,  kami segan juga. Mana lah tahu sekiranya mereka yang dari luar negara ini mempunyai high expectation ataupun mempunyai permintaan yang tinggi yang tidak mampu kami tunaikan. Tapi syukurlah, selama kami menjalankan bisnes kereta sewa ini, belum ada lagi pelanggan dari negara luar ini yang boleh dikategorikan sebagai "fussy customer" semua baik-baik belaka.

Pelanggan luar negara yang pertama menyewa kereta sewa kami adalah Mr. Luigi dari Italy. Masa mula-mula menghantar kereta kepada beliau di sebuah hotel di bandar Tawau ini, kami agak gementar juga. Maklumlah, customer orang putih yang pertama. Ada bermacam-macam perkara bermain di minda.Yang lucunya, Mr. Luigi ni tak fasih sangat berbahasa Inggeris. Bila berbahasa Inggeris pula, slang Italy dia tu terlalu pekat sampai kami sukar betul memhami apa yang dia cuba sampaikan pada kami. 

Dipendekkan cerita, kami berjaya juga lah menghantar kereta yang ingin disewanya tanpa sebarang masalah. Masa tu dia sewa kereta kancil. Sebabnya dia nak kereta yang paling murah yang boleh kami berikan pada masa itu. Selama 4 hari dia sewa kereta kami, memang tiada masalah yang timbul, tiada komplen atau apa-apa yang tak baik. Semuanya bagus sahaja. Bila dia kembalikan kereta itu di airport Tawau dengan senyuman, kami LEGA sangat. 

Semenjak dari hari itu, kami dah mula menawarkan perkhidmatan kereta sewa kami secara meluas kepada mereka yang ada di luar Malaysia. Kami menulis blog dalam Bahasa Inggeris, kami ada Facebook page dalam Bahasa Ingggeris dan kami pun ada video di youtube dalam Bahasa Inggeris. Jadi pada masa itu, kami memang sudah bersedia untuk menerima tempahan dari luar negara. Bila dah ramai pelanggan dari luar negara ni, timbul pula masalah kekurangan kereta. Memang ramai yang terpaksa kami tolak apabila tiada kereta yang available

Apa pun kami akan usahakan agar kereta sewa kami akan sentiasa mencukupi untuk pelanggan-pelanggan kami, tak kira lah dari dalam negara atapun luar negara. Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, anda semua adalah sahabat kami. Terima kasih kerana menyokong kami selama ini ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment