Thursday, 14 August 2014

7 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

Hari ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin berkongsi 7 sebab mengapa enjin kereta tidak boleh start. Bagi pemandu kereta, ada satu masalah yang paling kita takuti bila drive kereta. Mati enjin. Rasanya semua orang yang drive kereta pernah terkena masalah ini kan? Awal pagi nak pergi kerja, bila masuk kereta, enjin pula tak mahu hidup. Puas tekan minyak dan pusing kunci, enjin masih juga tak mahu hidup. Stress kan? Last-last terpaksa telefon kawan minta tumpang. Jadi di bawah ini kami senaraikan 7 sebab mengapa enjin kereta anda tidak boleh start. Silakan membaca.



Kereta Sewa Tawau J3

1. Bateri kereta kong
Ini merupakan punca no 1 kenapa enjin kereta tak dapat hidup. Buat macam mana pun kereta tak mahu juga hidup, lepas kena jumper baru hidup. Itu maksudnya bateri kereta anda dah kong. Bila bateri kereta kong, ianya tak dapat mengecaj dan membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk start enjin. Jadi sila tukarkan bateri anda dengan segera. 



Kereta Sewa Tawau J3

2. Kabel bateri kotor
Bila start saja enjin, langsung tak ada bunyi. crank.. crank.. tak ada, bunyi klik pun tak ada. Ok, ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan kepala bateri kereta anda sudah berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran ini akan menyebabkan power dari bateri tak sampai pada kereta anda. Untuk atasi masalah, sila bersihkan kabel dan kepala bateri anda dari segala kekotoran.



Kereta Sewa Tawau J3

3. Spark plug rosak
Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank... lampu semua menyala, tapi enjin tak juga hidup-hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah rosak. Bila spark plug rosak, kereta tidak boleh ignite. Jadi jangan panik, telefon mekanik dan suruh mereka tukar spark plug. Kalau nak tahu, spark plug juga adalah antara punca kereta punya pick-up jatuh, terutamanya bila naik bukit. Kita tekan minyak macam mana pun, kereta tetap rasa slow dan berat. Itu petanda awal bagi kerosakan spark plug kereta anda. 



Kereta Sewa Tawau J3

4. Starter rosak
Starter berfungsi untuk menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Bila starter rosak, ia akan kehilangan tenaga untuk menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Akibatnya, pusing kunci macam mana pun, kereta takkan start. Ya lah, starter kan sudah rosak. Jadi kenalah ganti yang baru secepat mungkin.



Kereta Sewa Tawau J3

5. Fuel filter tersumbat
Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tidak akan dapat masuk ke dalam enjin kereta. Bila minyak kereta tidak dapat masuk ke dalam enjin, sistem pembakaran dan pergerakan piston tidak akan terhasil. Ini masalah kecil sahaja, tapi masalah ini tetap akan membuat kereta anda tidak dapat dihidupkan. Jadi sila pastikan fuel filter anda selalu diperiksa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.



Kereta Sewa Tawau J3

6. Fuel pump rosak
Ini lebih kurang macam sebab no.5 di atas, cuma kosnya pembaikannya lebih besar. Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak dari tangki minyak ke dalam enjin kereta. Bila minyak sudah berada di dalam enjin, barulah spark plug dapat membakar minyak tersebut bagi menggerakkan kereta. Bila pembakaran terjadi barulah kereta boleh bergerak. Sekiranya fuel pump rosak, minyak dari tangki tidak akan dapat dipam masuk ke dalam enjin. Bila tiada minyak, kereta anda tidak dapat dihidupkan.



Kereta Sewa Tawau J3

7. Minyak kereta habis
Percaya atau tidak, ramai pemandu yang tidak alert langsung dengan level minyak kereta mereka. Mereka memandu dengan penuh riang tiba-tiba kereta stop. Bila nak start balik, tak dapat. Kami pernah di telefon oleh penyewa kereta dan mereka mengatakan kereta yang mereka sewa tak boleh start. Bila kami tiba di sana dan memeriksa kereta tersebut, rupa-rupanya minyak tiada. Macam mana kereta mahu start enjin  kereta kalau tiada minyak kan? Jadi kehabisan minyak kereta juga adalah antara sebab kenapa enjin kereta anda tidak boleh start.

49 comments:

  1. Ada lg satu brooo .. Alternator rosakkk. Ni lagi sadis Dari habis minyak atau battery Kong...

    ReplyDelete
  2. MULA2 KERETA BOLEH LAGI JALAN PASTU TENGH JALAN KERETA MATI.. THEN BILA START CRANK2.. APE MASALAH DIE EK..

    ReplyDelete
  3. kalau kereta mati masa tgah jalan, then nak try start balik ada bunyi pastu meter RPM terbalik tp enjin tetap tak hidup. kenapa eh? ada masalah dgn bateri ke crankshaft sensor? sapa tahu mohon pencerahan. TQ

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kalau kereta mati masa tgah jalan, then nak try start balik ada bunyi pastu meter RPM terbalik tp enjin tetap tak hidup. kenapa eh? ada masalah dgn bateri ke crankshaft sensor? sapa tahu mohon pencerahan. TQ

    ReplyDelete
  6. Tolong jawap..sya ada kereta hilux..semasa sya nk teruskn perjalanan sya tiba-tiba enjin kereta sya mati...bila nk start semula pula ada bunyi chick2x..sya ada Tiga masalah di sni..mungkin masalah fuel fliter tersumbat,starter rosak atau bateri kosong..kebetulan sya berada di dalm hutan..tk de sesiapa..nk balik pn cm mana tk de kereta nk naik..keluarga pn sibuk....dah dua jam sya cari mana stu msalh..tolong bagi respon dengan cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bos...sy kena hal yang sama...ape masalahnya tu bos??? tlg kongsi jalan penyelesaian

      Delete
  7. Nk tnye start enjin tp x hdup2 lngsung n xda bunyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. same gak xada bunyi bateri rasa nya okey jee.. hmmm tolong sape2

      Delete
  8. salam .nak tanya.kereta sy second dah hampir 12 tahun.kancil.
    lately selalu susah nakstart.kalau boleh start pon bunyi mcm nak semput .pastu terus mati enjin.nak start balik punya payah..kena tekan minyak banyak2 kali lama2 baru boleh start..
    kenapa ye? apa effect kat kereta bila kita start dengan tekan minyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. masalah anda mugkin sy paham...samada anda perlu tukar enjin baru @ head je baru..klu head 2nd pun dlm 2 ribu..

      Delete
  9. masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ

    ReplyDelete
  10. Cik solehah kereta kancil awk kemungkinan choke kaburater sudah rosak

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. payah jaga kereta ni..kereta aku dh jaga elok2 cuci hari2 n isi air pump setiap masa pun ada gak problem! xleh leka n tersalah.. kesilapan aku adalah terlupa tutup penutup air pump! masalah besar smpai libatkan head n piston servide smpai 3 kali pun x ok!!!! baik beli rumah mahal dari kereta mahal sbb kereta ni harga jatuh n jaga elok2 pun mesti ada rosak @ exident!!!!!

    ReplyDelete
  13. sambung d crite atas.. aku jumpa formen 1- ckp head kena tukar baru harga 3 ribu trmasuk upah.. aku malas nk kuar duit byk pastu n try jumpa forman 2-dia ckp xpyh bazir beli head baru..dia leh repair harga 500 je..so aku percaya.. lepas 2 hari aku try kereta xok lh susah start n mati2 masa jln... repair lg ngn formen 2 ni n die ckp ring head kena tukar..aku tmbh lg 800 jd 1300... dah 2 hari aku amik kereta try bawak sama gak!!! last2 formen 2 ni ckp kena tukar head lh cmni...dlm hati aku amneda ni dr awal xnk ckp tukar head! aku dh byr 1300 kn!!! baik aku dgr ckp formen 1 tadi tukar je head baru hangus duit lantaklah!!! skrg aku repair ngn formen 3 lak try cmne last ni die ckp head ok cuma perlu grand valve je..klu xok gak baru final aku tukar head baru @ 2nd..klu xok gak aku jual je kereta aku ni

    ReplyDelete
  14. sambung crite atas... bapak aku nasihat jual je kereta trade in alza baru ke.. aku bukan xnk pkai kereta baru tp rasa cm bazir lak beli kereta baru pastu lg 10 tahun harga jatuh!!! baik aku pkai je kreta ni smpai bila2..rosak je repair rosak je repair!!! lantaklh..yg penting aku dh de rumah corner lot harga 180 ribu beli rumah lelong...alhamdulillah xde masalah klu kita beli rumah mahal.. tp klu anda beli kereta mahal pun jaga elok2 pun klu nak rosak enjin @ exident hmmmm sama gak...

    ReplyDelete
  15. salam..tumpang tanya..kenapa kereta tidak boleh start dengan bunyi krik2 bila nk start...beteri baru..adakah stacter??

    ReplyDelete
  16. 2hari bru kena ni..da kt kedai lagi ni bru nk scan kereta masalah apa

    ReplyDelete
  17. kereta saya enjin xboleh hidup , periksa2 last2 fuel pump prob, fius saja .. rm5 .. adoi

    ReplyDelete
  18. Assalam.. sy nak tnye tentang kereta sy.. dia xboleh idup.. crank semua ada.. api semua ada.. semua brg da try tkar dan brg keta sy masuk kat keta lain idup.. tp keta sy still x idup.. punce sbb ape yee? Bole mnx pencerahan ckit x? Smpi 3 pomen dtg pening pale pikir puncenye

    ReplyDelete
  19. Ade lg..knocking sensor rosak..

    ReplyDelete
  20. Ade lg..knocking sensor rosak..

    ReplyDelete
  21. salam. kete saya x boleh hidup bila dah jln.pasty matikan suis nak hiduo balik x boleh.kena tungu 3-4 jam lagi Baru okey. APA maslah nye

    ReplyDelete
  22. salam. kete saya x boleh hidup bila dah jln.pasty matikan suis nak hiduo balik x boleh.kena tungu 3-4 jam lagi Baru okey. APA maslah nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dgn kreta proton saga sya,ada poment kata cepital kena adjust minyak,tpi masalh ttp ada ,so,kreta kmu dah ok ?

      Delete
  23. salam. kereta saya tak boleh start, bila nak start bunyi mcm tak smpai pastu ada keluar asap dekat hood. saya tak pasti asap tu dtg dari component mana. ada sesiapa yg boleh bagi pencerahan kpd saya?

    ReplyDelete
  24. salam. kereta saya tak boleh start, bila nak start bunyi mcm tak smpai pastu ada keluar asap dekat hood. saya tak pasti asap tu dtg dari component mana. ada sesiapa yg boleh bagi pencerahan kpd saya?

    ReplyDelete
  25. Assalammuaikum.. sy ada msalah kereta viva 660 sukar nak hidup, xda bunyi crank, starter rosak atau msalah biasa yg di hadapi oleh sesetengah pihak, cuma apa yang sy kenal pasti ada 1 bunyi dlm dashboard bhagian penumpag depan d sebalik drawer.. susah ntuk sy start, kena pusing kunci bnyak kali baru boleh hidup.. mohon pencerahan ya.. betul2 minta tolong..

    ReplyDelete
  26. Assalammuaikum.. sy ada msalah kereta viva 660 sukar nak hidup, xda bunyi crank, starter rosak atau msalah biasa yg di hadapi oleh sesetengah pihak, cuma apa yang sy kenal pasti ada 1 bunyi dlm dashboard bhagian penumpag depan d sebalik drawer.. susah ntuk sy start, kena pusing kunci bnyak kali baru boleh hidup.. mohon pencerahan ya.. betul2 minta tolong..

    ReplyDelete
  27. Satu lg punca keta x boleh start...jd pd waja saya minggu lps....cip kunci rosak...

    ReplyDelete
  28. Satu lg punca keta x boleh start...jd pd waja saya minggu lps....cip kunci rosak...

    ReplyDelete
  29. Salam.saya ade masalah kereta viva.beteri pakai baru setahun lebih.bia tekan brek je redio stop lepas tu lampu semua kedip2.tp masih boleh jln.sampai rumah tutup enjin nak start balik tak boleh dah.mungkin kena tukar beteri baru atau ade masalah lain ye?sape2 boleh tlg x?kereta tu selalu sgt rosak kang dah tukar beteri tgok2 bnde lain yg rosak.tlg please

    ReplyDelete
  30. Nk tanya..kalau time pasang bateri kat kereta ..lps tu try start tk hidup2..kenape ye?.

    ReplyDelete
  31. slm nk tny..kete kncil sy ssh nk start..bl strt bnyi cm starter xok,,kne tggu 5..6 minit br blh start..starter da tkar..tp sme je..kdg kne ketuk2 kt starter tu br blh strt..pastu klu brek espcially kt traffiq light nt kete mati enjin..timing rendah ke?

    ReplyDelete
  32. slm nk tny..kete kncil sy ssh nk start..bl strt bnyi cm starter xok,,kne tggu 5..6 minit br blh start..starter da tkar..tp sme je..kdg kne ketuk2 kt starter tu br blh strt..pastu klu brek espcially kt traffiq light nt kete mati enjin..timing rendah ke?

    ReplyDelete
  33. Salam. kereta sy saga flx xdpt start. lepas jumper ja then matikan enjin lps tu cuba start balik trus xdpt. mslh berpunca drpd battery ka? sbb battery dua kali sdh ganti.

    ReplyDelete
  34. Salam... kereta sy pelik skit,,, kdg2 bila psg econ jd x blh nk start blk selepas matikan enjin... kena tggu 10/15 minit baru blh start... memang xde bunyi lansung time start,, kosong terus... mohon pandangan

    ReplyDelete
  35. Salam... kereta sy pelik skit,,, kdg2 bila psg econ jd x blh nk start blk selepas matikan enjin... kena tggu 10/15 minit baru blh start... memang xde bunyi lansung time start,, kosong terus... mohon pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam bro, pas tu apa solution nya? keta sy nk start kosong,.. kena tolak bru leh start. kadang ok jer boleh start... apa masalahnya erkk. kalau tngk sebab2 kat atas tu jatuh no 2.

      Delete
  36. Salam, semalam kereta saya tak boleh start. Lepas guna jumper baru boleh start. Then, bila saya dah sampai rumah saya matikan enjin, lepas 2 jam saya try start still tak boleh. Guna jumper pon dah tak boleh dah. Banyak kali try tu. Adakah masalah bateri yg kong atau starter yang rosak ye?

    ReplyDelete
  37. Baru2 ni aku kena.check punya2 check rupanya fuel pump.kena turun tangki minyak la jawabnya....

    ReplyDelete
  38. Ada mslh wiring kereta blh kol ni no 01135332676 ady

    ReplyDelete