Sunday 15 September 2013

Berbaloi Ke Menyewa Kereta Di Tawau Dengan Kami?


Ramai orang yang datang dan pergi di Tawau ni. Ada yang datang atas urusan bisnes, ada juga yang datang semata-mata nak makan seafood. Mungkin orang kaya la tu kan? Tapi seafood di Tawau ni memang murah dan sedap. Apa pun, kedatangan anda semua sangat dialu-alukan. Tiap kali datang sudah tentu anda semua ingin bershopping sakan dan berjalan-jalan hingga ke Semporna. Dan anda semua sudah tentu memerlukan pengangkutan. Tapi mana lebih jimat, naik teksi atau sewa kereta? Jawapannya sangat mudah. Naik kereta sewa lebih JIMAT. Kalau nak tau, di Tawau ni tambang teksi dari airport ke bandar Tawau je sudah mencecah RM45. Jadi anda semua pun boleh berfikir sendiri mengenai hal itu ;)



Tapi ada banyak pilihan di Tawau sebenarnya. Syarikat kereta sewa bukan ada 1 sahaja. Selain syarikat kereta sewa yang berlesen, ada juga ramai individu yang menyewakan kereta secara part-time bagi mendapatkan side-income. Jadi kalau anda datang ke Tawau, jangan risau pasal kereta sewa. Di sini ada banyak. Tapi apa yang membezakan kami dengan yang lain? Jawapan kami,  Harga & Fleksibiliti. Ini bukan auta ya, kami memang menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di Tawau. Selain murah, kami juga mempunyai sistem harga yang fleksibel. Makin lama anda sewa kereta dengan kami, rate sewanya makin rendah.



Jadi berbaloi ke menyewa kereta dengan kami di Tawau ni? Jawapannya adalah YA. Bukan sebab bias atau apa, tapi kami tidak berminat menafikan sesuatu yang benar. Kalau anda berminat untuk menyewa kereta dan dalam pada masa yang sama ingin menjimatkan duit, pilihlah kami. Kami bukan setakat menjimatkan sedikit, tapi kami menjanjikan penjimatan yang cukup besar. Bagi yang tidak percaya, anda boleh check sendiri rate kereta sewa di Tawau ini dan buat perbandingan sendiri. 

Bagi yang sudah pernah menyewa kereta dengan kami, berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan. Sokongan anda pada kereta sewa yang mempunyai nilai jimat ini akan membantu mereka-mereka yang lain di masa hadapan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda. Misi kami adalah untuk menyediakan kereta sewa kos rendah di Tawau untuk anda semua :)


No comments:

Post a Comment