Thursday, 16 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Kereta Sewa Tawau J3

Kemeriahan hari raya sudah mula terasa. Kelihatan begitu ramai kanak-kanak yang sedang bergembira bermain bunga api di perkarangan rumah. Itu tandanya esok hari raya. Atas kesempatan ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 kepada anda semua tidak kira di mana jua anda berada.

Semoga sambutan hari raya di tahun ini akan lebih bermakna di samping keluarga yang tersayang. Buat warga Tawau dan para pelanggan kami khasnya, sentiasalah berhati-hati di jalanraya. Pandu cermat, jiwa pasti selamat. Sentiasalah ingat orang yang tersayang lebih-lebih lagi di hari lebaran ini. Hari yang penuh gembira dan sukacita. 

Untuk makluman juga, kami tidak bercuti di sepanjang hari raya ini bagi memenuhi keperluan anda semua. Pun begitu, kereta sewa telahpun habis ditempah sehingga hari raya ke-2 nanti. Pada hari raya ke-3 barulah ada kereta yang boleh disewa. Jika perlukan kereta sewa pada hari raya yang ke-3, hubungi kami segera di talian 014-9669-359. Akhir kata, andai ada salah dan silap tolong maafkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Iklhas dari kami semua di Kereta Sewa Tawau J3 :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
 
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459


No comments:

Post a comment