Tuesday 7 July 2015

Kereta Sewa Tawau Fully Booked

SMS Tawau Car Rental

Printscreen di atas merupakan SMS yang kami terima 2 hari yang lepas. Orang ni nak sewa van raya nanti, tapi tu la, semua kereta sewa Tawau J3 fully booked sudah. Bukan setakat kereta kecil-kecil seperti Perodua Kancil dan Viva saja yang sudah fully booked, tapi semua kereta-kereta besar termasuk van dan MPV juga sudah habis di booking.

Hal ini memang selalu terjadi setiap kali musim perayaan tiba. Tak kira la Hari Raya ke, Krismas, Tahun Baru Cina, memang semua kereta sewa akan fully booked. Cuma Hari Deepavali saja kurang sikit kerana tidak ramai kaum berketurunan India (Hindu) yang ada di Tawau ni. Kadang-kadang pada hari kebangsaan tu pun kereta licin habis juga. Begitu juga di musim cuti persekolahan. Oleh itu, suka kami ingatkan pada semua, sekiranya tidak ingin terlepas peluang mendapatkan kereta sewa di musim perayaan, silalah buat tempahan seawal yang mungkin.

Berbalik kepada SMS diatas, sebenarnya kami kesian juga pada orang ni. Adik dia bakal berkahwin raya ni. Family belah lelaki ramai yang akan datang ke Tawau dari Semenanjung bagi menghadiri majlis tersebut. Itu sebab mereka memerlukan sebuah van sewa. Kalau sewa van murah sikit berbanding nak sewa 3-4 buah kereta sedan untuk memuatkan 15 orang. Tapi itulah, mereka lambat sangat SMS. Kereta sewa pun semuanya dah fully booked. 

Jadi, untuk mengelakkan hal sedemikian terjadi, kami mohon sangat-sangat, tolonglah buat tempahan awal. Tak rugi pun. Kalau hendak buat tempahan kereta sewa, boleh baca di sini, Cara Buat Tempahan Kereta Sewa di Kereta Sewa Tawau J3. Kalau nak direct hubungi kami pun boleh. Macam biasalah, untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi kami di talian 014-9669-359 ataupun hantar email ke j3trader@gmail.com


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
 
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459


No comments:

Post a Comment