Saturday 29 March 2014

Kereta Sewa Tawau J3 dan Miss Call



Hari ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan bercerita mengenai miss call. Harap maklum ya, kami tak ada niat nak promosikan handphone Nokia di atas, itu cuma contoh. Kalau nak tahu, purata jumlah panggilan telefon yang kami terima dalam sehari melebihi 50 panggilan. Ada yang buat panggilan telefon untuk minta kereta sekarang, ada pula yang call untuk booking di masa hadapan. Kadang-kadang dalam 1 masa boleh serentak hingga 7-8 panggilan telefon yang kami terima. 

Kerana begitu banyak panggilan yang kami terima, maka tidak hairan la banyak jugak miss call yang kami dapati di voice message kami. Untuk makluman, kami telah install sistem sms autoresponder pada handphone kami. Mana-mana customer yang call pada masa kami sedang sibuk di talian (atau sedang memandu) akan menjadi miss call dan anda akan menerima sms secara automatik mengatakan yang talian kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan melalui sms/whatsapp.

Mana-mana yang kami sempat call balik, kami akan call. Paling tidak pun, kami akan sms balik. Tapi ada juga customer yang memang tidak suka pada sms kan, mereka ini akan call hingga berpuluh-puluh kali walaupun sms sutoresponder kami sudah menghantar message yang mengatakan talian kami sedang sibuk. Akibatnya, miss call yang kami dapat akan mencecah hingga ke berpuluh-puluh panggilan. Kadang-kadang trauma juga melihatnya.

Nasihat kami pada pelanggan-pelanggan sekalian, jika tidak dapat hubungi kami melalui call, anda juga sebenarnya boleh menghubungi kami melalui sms dan whatsapp. Kami sebenarnya lebih prefer sms dan whatsapp kerana ada bukti bertulis dalam handphone kami dan juga handphone anda mengenai booking yang telah anda buat. Kadang-kadang kalau call ni, ada juga pelanggan yang boleh buat-buat lupa bila kita hantar kereta sewa pada dia.

Kami kalau boleh tidak mahu panggilan anda semua menjadi miss call, syarikat telco juga yang untung nanti. Tapi kami harap anda semua juga, setelah call 10x tak terjawab, tolonglah reply semula sms autoresponder kami. Setelah kami selesai bercakap dengan pelanggan yang terdahulu call, kami akan hubungi anda semula. Apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membuat panggilan kepada kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kami yakin, anda memilih kami kerana kami yang terbaik di mata anda. Semoga sokongan anda semua terhadap perkhidmatan kereta sewa kami di daerah Tawau ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya. Terima kasih dan maaf atas semua miss call yang tak terjawab itu ;)

No comments:

Post a Comment