Monday 7 October 2013

Lagi Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 Yang Berpuashati!

Kereta Sewa Tawau Car Rental
Mereka Berpuashati!

Dua lagi pelanggan yang berpuashati dengan pekhidmatan kereta sewa yang kami Tawarkan. Mereka adalah Mr. Ahchin dan Mr. Ilangoven dari AirAsia. Mereka telah menyewa kereta kancil kami selama 2 minggu (21/9/2013 - 5/10/2013) dengan kadar yang paling murah di seluruh Tawau. Menurut mereka, setelah puas mencari, hanya Kereta Sewa Tawau J3 yang menawarkan sewa paling murah berbanding tempat lain. 

Yang menariknya menurut mereka, hanya Kereta Sewa Tawau J3 juga yang tak kisah mereka membuat bayaran ansuran selama 2x untuk sewaan 2 minggu itu. Di tempat lain menurut mereka, tiada fleksibiliti seperti itu. Apa pun, kami di Kereta Sewa Tawau J3 turut berterima kasih kepada mereka atas kepercayaan yang diberi. Dan semoga kita dapat berurusan lagi di lain masa. 

Bagi bakal-bakal pelanggan kami yang lain, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang mengamalkan fleksibiliti dalam perkhidmatan kami. Apabila menyewa kereta, anda semua memang diharapkan untuk membuat bayaran penuh dahulu sebelum kunci kereta sewa diserahkan. Walau bagaimanapun, kami juga memahami keadaan kewangan pelanggan kami, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menyewa kereta dalam jangka waktu yang lama. Perkara itu semuanya boleh runding.

Jadi tunggu apa lagi? sudah ramai yang berpuashati dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa di Tawau, jangan ragu-ragu untuk menjadikan kami pilihan anda. Kami jamin anda juga akan berpuashati :)

No comments:

Post a Comment