Friday 1 February 2019

Selamat Tahun Baru Cina dari Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Murah Tawau
Tempah kereta sewa murah di Tawau - Hubungi 0149669359

Lagi beberapa hari saja lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Bagi yang pulang ke Tawau sempena cuti Tahun Baru Cina kali ini, adakah anda sudah menempah kereta sewa anda? Untuk makluman, hanya tinggal 1 buah kereta saja lagi yang available di musim cuti ini. Bagi yang betul-betul memerlukan kereta sewa pada bajet termurah di Tawau, sila hubungi kami dengan segera. Biar kami bantu anda. Anda semua boleh menghubungi kami di talian 0149669359 atau di talian 01139663963. Pastikan anda menyimpan nombor kami ya.

Seperti biasa, musim cuti perayaan adalah masa di mana tempahan kereta sewa sangat padat dan permintaan sangat tinggi. Maklumlah, ramai yang pulang ke kampung kan. Jadi ramai yang memerlukan kereta sewa untuk kegunaan harian. Pada tahun ini, tempahan kereta sewa untuk Tahun Baru Cina telah dibuat sejak seawal bulan Oktober tahun lepas lagi. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang telah membuat tempahan awal dengan kami. Kami berjanji akan buat sehabis baik untuk anda semua.

Untuk makluman, keadaan di Tawau pada tahun ini sangat meriah sekali. Untuk pertama kalinya Tawau ada bazaar Tahun Baru Cina di Kubota. Pihak berkuasa tempatan juga ada merangka pelbagai aktiviti dan program yang menarik di Tawau sepanjang Tahun Baru Cina ini. Kami yang berada di Tawau berasa begitu teruja sekali. Diharapkan mereka yang pulang bercuti ke Tawau sempena Tahun Baru Cina kali ini akan berasa teruja dan gembira juga berada di kampung halaman bersama keluarga tersayang. Harapan kami agar Tahun Baru Cina 2019 ini akan membawa rezeki dan kebahagiaan kepada semua yang meraikannya. Gong Xi Fa Cai!!


No comments:

Post a Comment