Showing posts with label Borang Tempahan Kereta Sewa Online.. Show all posts
Showing posts with label Borang Tempahan Kereta Sewa Online.. Show all posts

Friday, 16 February 2024

Terokai Tawau Bersama Sewa Kereta J3 Tawau


 

Anda merancang untuk melancong ke Tawau, Sabah, dan mencari cara yang murah dan berpatutan untuk meneroka bandar dan kawasan sekitarnya yang indah? Tidak perlu cari lagi! Kereta Sewa Tawau J3 ada di sini untuk menjadikan perjalanan anda mudah dan menjimatkan.

Di Kereta Sewa Tawau J3, kami memahami kepentingan mempunyai pengangkutan yang boleh dipercayai tanpa menghancurkan bank anda. Sama ada anda seorang pelancong solo atau keluarga yang bercuti, kami mempunyai kenderaan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.


Kenapa Pilih Kereta Sewa Tawau J3?

Kadar Berpatutan: Kami menawarkan kadar yang paling kompetitif di Tawau tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan atau keadaan kenderaan kami. Dengan Kereta Sewa Tawau J3, anda boleh menikmati kebebasan meneroka Tawau dengan harga yang tidak akan menjejaskan dompet anda.

Pelbagai Jenis Kenderaan: Daripada kereta kompak untuk meneroka bandar hingga SUV yang luas untuk pengembaraan keluarga, kami mempunyai pelbagai kenderaan yang dijaga dengan baik untuk dipilih. Apa sahaja pilihan atau keperluan anda, kami mempunyai kenderaan yang sempurna untuk anda.

Proses Tempahan Mudah: Sistem tempahan dalam talian kami menjadikan proses tempahan kereta sewa anda lebih mudah dan selesa. Anda hanya perlu melawat laman web kami, memilih tarikh dan kenderaan yang anda inginkan, dan menyelesaikan proses tempahan dengan hanya beberapa klik. Anda juga boleh menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami yang mesra untuk bantuan.

Pilihan Sewaan Fleksibel: Sama ada anda memerlukan kereta untuk sehari, seminggu, atau lebih lama, kami menawarkan pilihan sewaan yang fleksibel untuk menyesuaikan jadual anda. Anda boleh memilih dari pakej sewaan harian, mingguan, dan bulanan, memastikan anda hanya bayar untuk masa yang anda perlukan.

Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang: Di Kereta Sewa Tawau J3, kami mengutamakan kepuasan pelanggan di atas segala-galanya. Pasukan kami berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan dan bantuan yang luar biasa sepanjang pengalaman sewaan anda. Daripada membantu anda memilih kenderaan yang sesuai hingga memberikan tip-tip untuk menavigasi jalan-jalan di Tawau, kami di sini untuk memastikan perjalanan anda lancar dan menyeronokkan.



Terokai Tawau Mengikut Keselesaan Anda

Dengan kereta Sewa Tawau J3, anda akan mempunyai kebebasan untuk meneroka Tawau dan tarikan sekitarnya mengikut keselesaan anda. Temui keindahan Tawau Hills Park yang menakjubkan, mulakan perjalanan yand adventerous di sepanjang Lebuhraya Tawau-Kalabakan, atau celikkan diri anda dalam budaya tempatan di Pasar Tanjung.

Tidak kira ke mana pengembaraan anda membawa anda, anda boleh bergantung pada Kereta Sewa Tawau J3 untuk menyediakan pengangkutan yang boleh dipercayai dengan harga yang tidak dapat ditandingi. Tempah kereta sewa anda hari ini dan bersedia untuk mengalami yang terbaik di Tawau tanpa mengosongkan poket anda.

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka Tawau dengan bajet. Pilih Kereta Sewa Tawau J3 untuk kadar sewa yang berpatutan, kenderaan berkualiti, dan perkhidmatan yang hebat. Tempah kereta sewa anda hari ini dan mulakan pengembaraan anda!


Kereta Sewa Tawau J3 telah menerima banyak ulasan dan penilaian positif dari pelanggan kami, yang memuji harga berpatutan, perkhidmatan cemerlang, dan kenderaan yang dijaga dengan baik kami. Hubungi kami untuk menempah kereta anda sekarang!


HP: +601139663963 / +60149669359

WA Line 1: bit.ly/WasapJ3

WA Line 2: bit.ly/J3Wasap

Tempahan Online: https://bit.ly/KeretaSewaTawauBooking

Online Booking: https://bit.ly/TawauCarRentalBooking


#tawaucarrental

#tawaubudgetcarrental

#keretasewatawau

#keretasewamurahtawau

Tuesday, 2 June 2020

Scan Untuk Tempah Kereta Sewa Di Tawau

Kereta Sewa Tawau

Bermula hari ini, kerajaan negeri Sabah telah membuka semula pintu masuk ke Sabah bagi semua. Termasuk lah juga ke Tawau. Jadi di sini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengucapkan selamat datang ke Tawau bagi anda yang bakal datang ke Tawau tidak lama lagi. Welcome!

Selaras dengan "new norm" atau norma baru bagi mengatasi Covid-19 ini, kami akan cuba memudahkan proses tempahan kereta sewa kami. Selain daripada tempahan kereta sewa melalui Whatsapp, anda juga kini boleh scan sahaja QR code kami seperti gambar di atas bagi membuat tempahan terus. Anda hanya perlu isi beberapa butiran diri termasuk kereta yang ingin disewa, klik submit dan kami akan uruskan semua selepas itu. Jadi lepas ni kalau mahu booking kereta sewa yang paling murah di Tawau, scan saja QR code kami itu ya.

Mudahkan? Selain tu, anda juga boleh mengisi borang tempahan kereta sewa online Kereta Sewa Tawau J3 yang tersedia di laman blog ini. Berkenaan sewa yang kami tawarkan pula, sila semak harga sewa kami di tab rate kereta sewa yang juga ada di dalam blog ini. Semua maklumat dihujung jari. Untuk bercakap dengan kami, jangan lupa dail +601139663963 atau +60149669359 , selain itu anda juga boleh Whatsaapp kami di bit.ly/WasapJ3



Saturday, 23 May 2020

Selamat Hari Raya Versi PKPB


Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2020 dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Di saat Covid19 masih melanda negara kita, diharapkan sambutan raya kalian tetap berjalan dengan meriah. Apa pun, jangan lupa pesanan dari Kementerian Kesihatan agar kita sentiasa menjaga jarak, amalkan kebersihan dan saling menjaga antara satu sama lain.

Di musim perayaan era PKPB ini, permintaan terhadap kereta sewa tetap berjalan seperti biasa. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan semua kereta sewa kami bersih dan dinyahkuman sebelum diserahkan kepada para penyewa. Jadi jangan risau untuk membuat tempahan kereta sewa dengan kami. 

Untuk memudahkan tempahan kali ini, kami telah memperkasakan sistem tempahan online kami. Boleh klik link Tempahan Online Kereta Sewa Tawau J3 bagi membuat tempahan online dengan kami. Kalau dulu, kami menggunakan jotform bagi borang tempahan kami. Kini kami telah beralih kepada google form yang lebih mesra pengguna. Selain tempahan online, anda semua juga boleh klik Borang Tempahan Whatsapp Kereta Sewa Tawau J3 untuk menghantar tempahan kereta sewa terus ke Whatsapp Kereta Sewa Tawau J3. Hanya perlu isi butiran. Bila klik send, borang tempahan anda akan terus masuk ke Whatsapp kami. Mudah kan?

Jadi itu antara perubahan yang telah dibuat bagi memudahkan tempahan kereta sewa. Semoga perubahan ini memudahkan urusan penyewaan anda semua ya. Itu sahaja dari kami buat masa ini. Akhir kata, Selamat Hari Raya untuk semua. Gembira selalu.



Monday, 23 September 2019

Sewa Kereta Murah di Tawau


Ini adalah antara penyewa-penyewa kereta di Kereta Sewa Tawau J3 baru-baru ini. Berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada anda semua kerana telah memilih kami. Kepada yang bakal datang ke Tawau tak lama lagi, pastikan anda memilih Kereta Sewa Tawau J3 sebagai penyedia kereta sewa anda kerana kami bakal memberikan anda kadar sewa kereta yang paling murah di seluruh Tawau. Itu jaminan kami untuk anda semua. 

Pelbagai jenis kereta pada kadar sewa yang sangat murah menanti anda. Untuk melihat kadar sewa kereta kami, sila klik laman Facebook Kereta Sewa Tawau J3 sekarang. Selain info semasa, anda juga boleh melihat senarai harga kami pada hampir semua post yang telah kami siarkan. Dah tengok kadar sewa kami? Berminat membuat tempahan? Terdapat beberapa cara mudah untuk membuat tempahan dengan kami. Sila teruskan membaca.

Pertama sekali, cara yang paling mudah untuk membuat tempahan kereta sewa dengan kami adalah melalui Whatsapp. Kami sudah sediakan templat tempahan, anda cuma perlu isi beberapa butiran ringkas untuk mengesahkan tempahan. Klik Tempahan Whatsapp Kereta Sewa Tawau J3 untuk menghantar Whatsapp pada kami sekarang, Selain daripada itu, tempahan pantas melalui online booking juga boleh dibuat dengan mengisi borang tempahan pada link Tempahan Online Kereta Sewa Tawau J3. Akhir sekali, anda juga boleh terus menghubungi kami di talian 0149669359 atau 01139663963 untuk membuat tempahan. Sekiranya anda menggunakan Smartphone anda sekarang, sila klik Hubungi Kereta Sewa Tawau J3 untuk terus membuat panggilan kepada kami.

Memandangkan kami menerima tempahan kereta sewa yang begitu banyak setiap hari, kami menyarankan agar anda semua dapat menghubungi kami beberapa hari lebih awal sebelum tarikh menggunakan kereta untuk membuat tempahan. Sudah ramai yang terlepas peluang menyewa kereta dengan kami hanya kerana lambat membuat tempahan. Jadi, jangan tunggu lama-lama. Sekiranya anda sudah mengesahkan tarikh penggunaan, sila hubungi Kereta Sewa Tawau J3 dengan segera. Kami sedia membantu anda.

Tuesday, 16 July 2019

Tempahan Kereta Sewa Murah Tawau


Apa Khabar? Lama kami tidak mengupdate post di laman blog Kereta Sewa Tawau J3 ini akibat dari kesibukan yang teramat sangat. Selepas Hari Raya hari tu, kami tidak putus-putus menerima tempahan dari anda semua. Terima kasih banyak kami ucapkan. Apa yang kami perhatikan, tempahan selepas raya mendadak naik berbanding semasa sebelum puasa. Nampaknya ramai yang merancang percutian selepas berhari raya kan?

Bagi menampung permintaan yang semakin tinggi, kami telah menambah beberapa unit kereta Proton Saga dan Perodua Bezza bagi kegunaan anda semua. Kadar sewa masih lagi seperti dulu. Walaupun harga barang naik, harga sewa di Kereta Sewa Tawau J3 tetap yang paling murah di seluruh Tawau. Ini bagi memastikan semua orang mampu menyewa kereta di Tawau tanpa perlu risau tentang bayaran yang mahal.

Untuk membuat tempahan kereta sewa dengan kami, boleh terus klik butang tempahan online di sebelah kanan atas laman  blog ini. Klik butang tersebut dan isi beberapa maklumat ringkas untuk membuat tempahan segera dengan Kereta Sewa Tawau J3. Selain dari itu, tempahan juga boleh dibuat melalui pesanan Whatsapp. Sila klik link Tempahan Whatsapp Kereta Sewa Tawau J3 untuk info atau membuat tempahan pantas melalui Whatsapp sekarang. Kami juga boleh dihubungi di talian 01139663963 atau 0149669359. Walau bagaimanapun, kerena pergerakan kami tidak menentu setiap masa, kami amat menggalakkan sebarang pertanyaan atau tempahan melalui Whatsapp ataupun secara online sahaja. Terima kasih.

Thursday, 7 February 2019

Tempat-Tempat Menarik Di Tawau


Ramai pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 selalu bertanya di mana tempat yang menarik di Tawau ni? Kadang-kadang kami susah juga mahu explain. Maklumlah, Tawau ni ada banyak tempat menarik sebenarnya, cuma tidak di explore secara meluas lagi. Jadi mahu diterangkan tu macam susah jugalah. Syukurlah Sabah Tourism telah membuat video menarik mengenai Tawau. Dalam masa 2 minit lebih, kini semua orang sudah boleh tahu dan mendapat info mengenai tempat-tempat yang menarik di daerah Tawau dan tempat-tempat menarik yang patut dilawati semasa berada di Tawau. Best kan? Kalau tak percaya, cuba tonton video di atas. Semua yang terbaik di Tawau ada dipaparkan.

Kalau dah tonton video dan bercadang mahu datang ke Tawau, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 untuk menempah kereta sewa anda. Kami boleh dihubungi di talian 0149669359 atau 01139663963. Mahu hantar Whatsapp saja? Anda boleh menghantar pesanan Whatsapp kepada kami di http://KeretaSewaTawauJ3.wasap.my untuk tempahan segera. Bagi yang berminat menempah kereta sewa secara online, boleh klik butang tempahan online kami di sebelah kanan atas laman blog ini. Kami akan membantu anda melawat tempat-tempat menarik di Tawau dengan kereta sewa yang kami tawarkan. Harga sewa kereta yang murah memang konfirm punya. Selamat datang ke Tawau Bosku :)

Sunday, 13 January 2019

Kereta Sewa Murah di Tawau tahun 2019

Kereta Sewa Paling Murah Seluruh Tawau

Sudah 2 minggu kita berada di tahun 2019. Syukur kerana kita semua masih lagi diberi peluang menikmati hidup ini. Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, kami amat bersyukur kerana pada tahun ini genap 7 tahun kami beroperasi sebagai sebuah syarikat kereta sewa yang berdaftar di daerah Tawau. Kami masih lagi di sini pada tahun 2019 kerana sokongan anda semua. Terima kasih!

Azam kami pada tahun ini adalah menambahkan kuantiti kereta-kereta sewa kami bagi menampung permintaan kereta sewa yang cukup banyak dari anda semua. Kami akan cuba sedaya upaya kami memenuhi semua permintaan anda semua. Pelbagai jenis kereta yang dicadangkan juga akan kami pertimbangkan. Percayalah, kami pasti akan melakukan penambahbaikan yang anda semua perlukan.

Harga sewa tetap pada harga yang terendah. Kami tidak ada perancangan untuk menaikkan kadar sewa kami. Kalau boleh, kami ingin rendahkan lagi harga untuk pelanggan-pelanggan setia kami. Kami sedar, tanpa sokongan dari anda semua, kami pasti tidak akan berada di sini pada hari ini. Justeru itu, kami mohon agar anda semua meneruskan sokongan anda pada kami di tahun 2019 ini. Boleh kan? Bagi yang memerlukan kereta sewa yang murah dari kami di Kereta Sewa Tawau J3, jangan lupa hubungi kami di talian 014-9669-359 atau 011-3966-3963 untuk tempahan. Anda juga boleh membuat tempahan online dengan meng-klik butang tempahan di sebelah kanan atas laman blog ini. Akhir kata, selamat tahu baru 2019 dan terima kasih kerana sentiasa setia bersama kami.

Wednesday, 5 September 2018

Kereta Sewa Murah Tawau

Kereta Sewa Murah Tawau
Hubungi 0149669359 / 01139663963 Untuk Booking

Kereta Sewa Tawau J3 memang terkenal sebagai syarikat kereta sewa yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Ramai penyewa-penyewa kami sering bertanya, ada untung ke bagi sewa murah-murah berbanding syarikat kereta sewa yang lain? Dalam perniagaan, tidak ada yang tidak mahu keuntungan. Begitu juga dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3. Keuntungan kami memang kecil, tak mengapa janji customer puashati. Tapi walaupun untung sedikit, tapi volume penyewa kami memang tinggi. Kalau kita bagi servis pada harga yang berpatutan, orang akan datang. Jadi bila dah ramai pelanggan, secara tidak langsung nilai untung yang sedikit itu akan menjadi seimbang juga. Sila klik Kereta Sewa Murah Tawau untuk tempahan kereta sewa online sekarang.

Kenapa kami berani bagi harga sewa yang rendah? Sebab kami tahu tidak semua mampu membayar harga yang tinggi untuk menyewa sebuah kereta. Kereta sewa merupakan satu keperluan. Orang tak akan sewa kalau tak perlu kan? Di sini kami ingin memudahkan urusan semua orang. Sambil meringankan beban yang perlu dibayar. No hassle, no problem. Fast and easy. Itu yang kami tekankan. Kami hanya mahu pelanggan-pelanggan kami puashati dan senang berurusan dengan kami. Harga yang sewa yang rendah sudah banyak membantu mereka-mereka yang memerlukan kereta untuk sebarang urusan. Terus terang, kami amat berbesar hati dapat membantu anda semua dalam menyediakan kereta sewa yang mampu bayar.

Sokongan yang berterusan setakat ini membuatkan kami masih ada lagi dalam industri ini walaupun kini semakin banyak persaingan yang sihat. Apa yang kami mohon, teruskan memberi sokongan agar kami juga dapat terus memberi perkhidmatan kereta sewa pada kadar yang paling murah. Sama-sama kita pastikan agar kadar kereta sewa di Tawau ini tidak terlalu tinggi dan sentiasa stabil untuk kebaikan bersama. 

Sekiranya berminat mendapatkan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, boleh Whatsapp kami di Kereta Sewa Tawau J3 atau hubungi kami di talian 0149669359 / 01139663963 untuk fast booking. Untuk membaca laman web ini di dalam Bahasa Inggeris, sila layari J3 Tawau Car Rental. Terima kasih atas sokongan!

Friday, 24 August 2018

Online Booking Kereta Sewa Tawau J3

Online Booking Kereta Sewa Tawau

Selamat sejahtera kepada semua pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 yang dihormati. Setelah 5 tahun berkecimpung dalam perniagaan kereta sewa di Tawau, sedikit demi sedikit kami cuba membawa tahap perkhidmatan kami di tahap yang selaras dengan perkembangan zaman. Tahun lepas kami telah memperkenalkan sistem online booking Kereta Sewa Tawau J3. Ianya mendapat sambutan yang sangat luarbiasa.

Pelanggan rata-rata suka membuat tempahan secara online. Mungkin mudah, kerana tidak perlu text, tidak perlu call. Just straight to the point. Buat masa ini kami sedang berusaha mengintegrasikan kalendar booking kami dengan borang tempahan online kami. Harap-harap dapat diselaraskan dalam masa yang terdekat ini.

Bagi yang mahu membuat tempahan kereta sewa melalui Whatsapp, boleh hubungi Kereta Sewa Tawau J3 di www.wasap.my/60149669359 atau www.wasap.my/601139663963 dengan segera. Mahu membuat panggilan telefon pun boleh juga. Tempahan online juga amat dialu-alukan. Bagaimana caranya? Mudah saja? Klik tab Tempahan Kereta Sewa Online di atas ataupun boleh juga butang tempahan online di sebelah kanan atas lama web ini. Cukup mudah. Jadi tunggu apa lagi? Sekiranya anda semua memerlukan Kereta Sewa yang paling murah di seluruh Tawau, hari ini memang hari bertuah anda. Kami ada. Jadi hubungi kami dengan segera okey? Terima kasih!

Saturday, 15 April 2017

Kereta Sewa pilihan ramai di Tawau

Selamat sejahtera! Dah lama kami tak online. Manalah tahu ada yang terlupa, kami merupakan Kereta Sewa Tawau J3 iaitu sebuah syarikat kereta sewa yang sentiasa menjadi pilihan ramai di Tawau. Berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Pada regular customer yang sentiasa menyokong kami, trimas for your support! Tanpa anda semua, siapalah kami. Beberapa bulan ini kami sangat sibuk mengaturkan tempahan kereta sewa yang begitu banyak. Maaf seandainya ada yang tak sempat kami uruskan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa cuba memberi yang terbaik pada anda semua.

Sejak 2017 ini kami dapati begitu ramai pemyewa dari luar negara yang menyewa kereta dengan kami. Ada yang datang dari Poland, Jepun, Ukraine, Italy dll. Kami bersyukur kerana sentiasa menjadi pilihan walaupun kami cuma sebuah syarikat kereta sewa yang biasa-biasa saja di Tawau ini. Penyewa dari Malaysia juga semakin hari semakin bertambah. Sokongan seperti ini membuat kami berasa sungguh terharu dan ingin berusaha lebih lagi untuk anda semua. Kalau boleh kami ingin mengucapkan terima kasih satu-persatu kepada anda semua, kalaulah boleh kan? Di bawah ini kami ingin kongsikan gambar penyewa kereta kami yang sempat kami ambil baru-baru ini. 

Kereta Sewa Tawau J3


Kereta Sewa Tawau J3

Kalau boleh kami ingin kogsikan semua wajah-wajah gembira semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan. Mana yang sempat, pasti kami akan kongsikan pada semua. Kepada anda yang ingin menjadi sebahagian dari penyewa kereta kami, silakan. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda. Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, cuma kami janjikan kereta sewa untuk kemudahan anda, pada harga sewa yang tidak membebankan sama sekali. Itu janji kami. Sekiranya berminat dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami sediakan di Bandar Tawau ini, hubungi kami segera di talian 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sma/whatsapp) atau klik Borang Tempahan Online Kereta Sewa Tawau J3 . Terima kasih ya, dan teruskan sokongan anda ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Thursday, 22 October 2015

Aplikasi Booking Kereta Sewa Tawau

Aplikasi Booking Kereta Sewa Tawau

Kini Kereta Sewa Tawau J3 sudah mempunyai aplikasi booking (android) untuk membuat tempahan kereta sewa terus dari smartphone anda. Tidak perlu lagi call, sms atau whatsapp. Tidak perlu lagi buka laptop untuk mengisi online booking form, tidak perlu lagi susah-susah semata-mata nak buat tempahan kereta sewa dengan kami.

Anda hanya perlu download aplikasi ini dengan mengimbas QR code yang ada di dalam gambar diatas. Selain itu juga ada boleh download Aplikasi Booking Kereta Sewa Tawau di sini. Kami tahu ramai yang sibuk dengan aktiviti seharian. Dengan adanya aplikasi ini anda semua boleh membuat tempahan kereta sewa dengan mudah dan pantas.

Apabila anda membuat  tempahan menggunakan aplikasi booking itu, segala butiran yang anda submit akan terus dihantar pada kami serta-merta. Kami akan membuat semakan kekosongan kereta sewa berdasarkan tarikh sewaan yang anda pilih. Sekiranya ada atau tiada kekosongan, kami akan maklumkan anda dalam tempoh 5-10 minit selepas menerima booking notification dari anda. Cepat kan?

Jadi pada yang ada smartphone, kami amat menggalakkan anda semua menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan di Kereta Sewa Tawau J3. Ia bakal menjimatkan masa kita semua. Pun begitu, kami masih lagi menerima sms, whatsapp dan panggilan telefon di talian 014-9669-359 seperti biasa. Apa pun cara anda membuat tempahan, kami tetap menerimanya dengan hati yang gembira :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Tuesday, 29 September 2015

Penyewa Kereta Dari Perancis

Kereta Sewa Tawau


Sempena cuti sekolah baru-baru ini Kereta Sewa Tawau J3 telah mendapat penyewa kereta dari Perancis. Ini merupakan kali kedua kami menyewakan kereta kepada warga Perancis. Mereka berdua merupakan saintis yang datang menjalankan kajian ke atas pokok-pokok dan tumbuhan di Taman Bukit Tawau. Sebagai warga Tawau, kami berasa amat bangga kerana ada juga saintis yang sudi datang dari jauh membuat kajian di tempat kami ini.

Bagaimana mereka menemui perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan? Semestinya melalui internet. Selain dari laman blog ini, kami turut mempunyai blog dalam Bahasa Inggeris di Tawau Low Cost Car Rental Service. Selain itu kami juga mempunyai blog rasmi syarikat kami yang juga ditulis dalam Bahasa Inggeris di J3 Trade Enterprise: Car Rental Service in Tawau, Sabah.

Blog berbahasa Inggeris inilah yang banyak membantu kami memperkenalkan servis kereta sewa yang kami tawarkan kepada masyarakat antarabangsa. Mengenai perhubungan pula, biasanya apabila warga asing dari luar negara menyewa kereta kami, mereka akan menghantar email kepada kami ataupun terus membuat tempahan kereta sewa di Borang Tempahan Kereta Sewa Online kami. Bagi penyewa kereta sewa dari Malaysia pula, cara yang paling baik adalah terus menghubungi kami melalui talian 014-9669-359. Kami menerima panggilan, sms dan juga whatsapp. Jadi tunggu apa lagi? Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling best di Tawau seperti warga Perancis ini, hubungi kami segera di talian 014-9669-359. Kami jamin anda pasti berpuashati.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459