Showing posts with label Kereta Sewa Tawau J3. Show all posts
Showing posts with label Kereta Sewa Tawau J3. Show all posts

Thursday, 9 December 2021

Sewa Kereta Murah Di Tawau Sempena Cuti Sekolah

Kereta Sewa Tawau

 

Esok (11 Disember 2021) cuti sekolah akan bermula. Pastinya ramai ibubapa yang menantikan cuti sekolah pada kali ini. Setelah 2 tahun kita dilanda pandemik Covid-19, akhirnya pada tahun ini kita diberi kelonggaran untuk merentas negeri & daerah bagi melawat keluarga yang tercinta.

Pada cuti sekolah kali ini, pastinya ramai juga ahli keluarga yang melangsungkan perkahwinan atau bertunang. Oleh kerana negara sudah beransur pulih, pastinya kepulangan semua ahli keluarga dan anak masing-masing amat dinantikan bagi memeriahkan majlis.

Di Kereta Sewa Tawau J3 kami amat memahami keperluan anda untuk bergerak ke sana sini bagi mengunjungi kaum keluarga. Kami juga tahu pentingnya sebuah kenderaan untuk membawa ahli keluarga berjalan-jalan di musim cuti ini. Oleh itu, kami bertekad untuk menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang murah pada kualiti terbaik untuk anda semua.

Sekiranya anda bakal bercuti di Tawau pada musim cuti sekolah kali ini, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 untuk mendapatkan kereta sewa yang terbaik untuk anda sekeluarga. Kami sedia membantu anda.



#tawaucarrental
#tawaubudgetcarrental
#keretasewatawau
#keretasewamurahtawau
#staysafe
#cutisekolah
#schoolholiday

Thursday, 28 October 2021

Kereta Sewa Murah Tawau Untuk Anda

Kereta Sewa Tawau

 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyewa kereta di Kereta Sewa Tawau J3 sejak kebenaran merentas daerah / negeri dibenarkan. Kami sangat-sangat menghargai sokongan anda semua. Semoga perkhidmatan kereta sewa yang kami berikan dapat memudahkan segala urusan anda semasa berada di Tawau.

Negara kita pun sudah semakin pulih dari Covid. Dan diharapkan keadaan yang baik ini akan berterusan. Bagi yang akan datang ke Tawau atas urusan keluarga atau urusan kerja, sekiranya memerlukan perkhidmatan kereta sewa yang berkualiti dan murah, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kami sedia membantu anda.


HP: +601139663963 / +60149669359
WA Line 1: bit.ly/WasapJ3
WA Line 2: bit.ly/J3Wasap
Tempahan Online: https://bit.ly/KeretaSewaTawauBooking
Online Booking: https://bit.ly/TawauCarRentalBooking

#tawaucarrental
#tawaubudgetcarrental
#keretasewatawau
#keretasewamurahtawau
#staysafe

Friday, 15 October 2021

Kebenaran Rentas Daerah di Sabah

Kereta Sewa Tawau

 

YAB Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan media yang bertarikh 13 Oktober 2021 telah memberikan kebenaran untuk rentas daerah  di seluruh negeri Sabah bermula  14 Oktober 2021 kepada semua individu yang telah lengkap divaksin. Ini merupakan satu berita baik yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat di negeri Sabah.

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat datang ke Tawau kepada semua yang bakal berkunjung ke sini tidak lama lagi. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah semasa berada di Tawau nanti, hubungi kami segera untuk mendapatkan the best deal yea 😁

HP: +601139663963 / +60149669359
WA Line 1: bit.ly/WasapJ3
WA Line 2: bit.ly/J3Wasap
Tempahan Online: https://bit.ly/KeretaSewaTawauBooking
Online Booking: https://bit.ly/TawauCarRentalBooking

#tawaucarrental
#tawaubudgetcarrental
#keretasewatawau
#keretasewamurahtawau
#staysafe

Wednesday, 1 September 2021

Kereta Sewa Tawau, Tempahan Pantas Melalui Whatsapp!

Kereta Sewa Tawau

Hello September! Semoga di bulan September ini kes Covid semakin berkurangan dan kita semua dapat menjalani hidup normal seperti biasa. Kami bersyukur kerana di Kereta Sewa Tawau J3 berlaku peningkatan dalam penyewaan kereta pada bulan yang lepas. Terima kasih pada semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Semoga berpuashati dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami berikan.


Di Kereta Sewa Tawau J3 kami sentiasa membuat penambahbaikan bagi kemudahan semua pelanggan kami. Selain daripada membuat tempahan secara direct call dan juga membuat booking kereta sewa secara atas talian, kami juga menyediakan borang tempahan pantas untuk semua. Denga mengisi borang tempahan ini, semua tempahan akan masuk terus ke Whatsapp kami. Jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapat respon berkaitan tempahan kereta sewa yang telah dibuat. Bagi yang mahu membuat tempahan pantas terus ke Whatsapp kami boleh klik pautan ini https://bit.ly/KeretaSewaTawauBooking untuk borang tempahan Bahasa Melayu. Untuk borang tempahan Bahasa Inggeris, boleh klik di sini  https://bit.ly/TawauCarRentalBooking

Seperti biasa, anda juga boleh menghubungi kami menggunakan butiran yang tertera di bawah untuk info dan juga direct booking. Kami sedia membantu anda.

HP: +601139663963 / +60149669359
WA Line 1: bit.ly/WasapJ3
WA Line 2: bit.ly/J3Wasap

#tawaucarrental #tawaubudgetcarrental #keretasewatawau #keretasewamurahtawau #staysafe

Saturday, 21 August 2021

Sewa Kereta Murah di Tawau Sempena Bulan Kebangsaan

Kereta Sewa Tawau


Selamat menyambut Bulan Kebangsaan kawan-kawan. Bulan Kebangsaan kali ini adalah lain dari yang lain kerana pandemik yang melanda. Oleh itu, jangan lupa patuhi SOP. Sekiranya memerlukan perkhidmatan kereta sewa yang paling best dan paling murah di Tawau pada Bulan Kebangsaan ini, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 ya.


#tawaucarrental
#tawaubudgetcarrental
#keretasewatawau
#keretasewamurahtawau
#staysafe
#kitamestimenang

 

Sunday, 15 August 2021

Kereta Sewa Murah Tawau. Bersih & Fully Sanitized!



 


Semakin ramai yang telah divaksin & tidak lama lagi kita akan mencapai "herd immunity". Semoga negara kita akan semakin pulih. Disebalik pandemik yang melanda ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 tetap komited memberikan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik & termurah untuk semua.

Untuk makluman, semua anggota kerja Kereta Sewa Tawau J3 telah pun divaksin. Bagi kereta sewa pula, setiap kereta yang kami sewakan akan disanitasi & dibersihkan sepenuhnya sebelum diserahkan kepada para penyewa.

Untuk pembayaran penyewaan, kami amat menggalakkan pembayaran melalui Boost & pembayaran secara online banking. Walau bagaimanapun, kami masih juga menerima pembayaran secara tunai. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah diseluruh Tawau, jangan lupa hubungi kami ya.


HP: +601139663963 / +60149669359
WA Line 1: bit.ly/WasapJ3
WA Line 2: bit.ly/J3Wasap
Tempahan Online: https://bit.ly/KeretaSewaTawauBooking
Online Booking: https://bit.ly/TawauCarRentalBooking


#tawaucarrental
#tawaubudgetcarrental
#keretasewatawau
#keretasewamurahtawau

Sunday, 12 January 2020

Kereta Sewa Murah Tawau Tahun 2020

Kereta Sewa Murah Tawau

Rasanya belum terlambat lagi kami di Kereta Sewa Tawau J3 mengucapkan selamat tahun baharu 2020 kepada semua. Semoga tahun ini membawa rahmat dan rezeki kepada kita semua. Di tahun 2020 ini, genaplah sudah 7 tahun kami beroperasi sebagai sebuah syarikat kereta sewa di daerah Tawau ini. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah menyokong kami selama ini. Tanpa anda semua, kami tidak akan berada di sini pada hari ini. Terima kasih ya, teruskan memberikan sokongan.

Tahun ini kami ada rancangan untuk menambah beberapa buah kereta sewa lagi bagi menampung permintaan yang tinggi daripada anda semua. Kesemua kereta itu nanti bakal disewakan dengan harga yang paling rendah di seluruh Tawau. Itu jaminan kami pada anda. Walaupun harga barang dan lain-lain ada yang sudah naik, tapi kami di Kereta Sewa Tawau J3 komited memberikan anda sewa kereta pada tahap mampu bayar dan tidak menyusahkan. 

Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang murah di Tawau, anda harus menghubungi kami dengan kadar segera. 

HP: +601139663963 / +60149669359
WA Line 1: bit.ly/WasapJ3
WA Line 2: bit.ly/J3Wasap
WA Booking: bit.ly/BookingJ3
Booking Online: bit.ly/TempahanOnlineJ3


Harga sewa dijamin sangat murah. Selamat Tahun Baharu 2020 :)

Monday, 23 September 2019

Sewa Kereta Murah di Tawau


Ini adalah antara penyewa-penyewa kereta di Kereta Sewa Tawau J3 baru-baru ini. Berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada anda semua kerana telah memilih kami. Kepada yang bakal datang ke Tawau tak lama lagi, pastikan anda memilih Kereta Sewa Tawau J3 sebagai penyedia kereta sewa anda kerana kami bakal memberikan anda kadar sewa kereta yang paling murah di seluruh Tawau. Itu jaminan kami untuk anda semua. 

Pelbagai jenis kereta pada kadar sewa yang sangat murah menanti anda. Untuk melihat kadar sewa kereta kami, sila klik laman Facebook Kereta Sewa Tawau J3 sekarang. Selain info semasa, anda juga boleh melihat senarai harga kami pada hampir semua post yang telah kami siarkan. Dah tengok kadar sewa kami? Berminat membuat tempahan? Terdapat beberapa cara mudah untuk membuat tempahan dengan kami. Sila teruskan membaca.

Pertama sekali, cara yang paling mudah untuk membuat tempahan kereta sewa dengan kami adalah melalui Whatsapp. Kami sudah sediakan templat tempahan, anda cuma perlu isi beberapa butiran ringkas untuk mengesahkan tempahan. Klik Tempahan Whatsapp Kereta Sewa Tawau J3 untuk menghantar Whatsapp pada kami sekarang, Selain daripada itu, tempahan pantas melalui online booking juga boleh dibuat dengan mengisi borang tempahan pada link Tempahan Online Kereta Sewa Tawau J3. Akhir sekali, anda juga boleh terus menghubungi kami di talian 0149669359 atau 01139663963 untuk membuat tempahan. Sekiranya anda menggunakan Smartphone anda sekarang, sila klik Hubungi Kereta Sewa Tawau J3 untuk terus membuat panggilan kepada kami.

Memandangkan kami menerima tempahan kereta sewa yang begitu banyak setiap hari, kami menyarankan agar anda semua dapat menghubungi kami beberapa hari lebih awal sebelum tarikh menggunakan kereta untuk membuat tempahan. Sudah ramai yang terlepas peluang menyewa kereta dengan kami hanya kerana lambat membuat tempahan. Jadi, jangan tunggu lama-lama. Sekiranya anda sudah mengesahkan tarikh penggunaan, sila hubungi Kereta Sewa Tawau J3 dengan segera. Kami sedia membantu anda.

Wednesday, 27 February 2019

Hubungi Kereta Sewa Murah Tawau

Hubungi Kereta Sewa Murah Tawau


Bagaimana untuk menghubungi servis kereta sewa murah di Tawau? Cuba scan QR code di atas. Anda akan dapat terus berhubung dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3. Selain itu, kami juga boleh dihubungi apabila anda klik link Kereta Sewa Murah Tawau ini. Cuba lah. Di Kereta Sewa Tawau J3, kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan tidak membebankan kepada seluruh rakyat Malaysia mahupun pelancong-pelancong dari negara luar. Sejak beroperasi dari tahun 2013, kami telah memberikan perkhidmatan tanpa henti kepada semua.

Bagi yang ingin menghuungi kami secara langsung melalui panggilan telefon, boleh terus dail talian kami di +601139663963 ataupun +60149669359. Kami bersedia membantu anda. Sekiranya talian sibuk, boleh hubungi kami melaui whatsapp dengan mengimbas QR code pada kad kami di atas. Kad ini kami berikan kepada pelanggan-pelanggan kami bermula hari ini. 

Ramai yang bertanya, apa jenis kereta yang kami sediakan? Kami menyediakan pelbagai jenis kereta seperti Perodua Kancil, Perodua Myvi, Proton Saga, Perodua Bezza, Toyota Avanza, Toyota Unser dan lain-lain lagi. Semua pada harga yang paling rendah di seluruh Tawau. Tiada deposit dan tiada caj tersembunyi. Jadi kepada yang memerlukan kereta dengan segera, bolehlah berhubung dengan kami bagi mendapatkan kereta sewa pada harga murah dan berpatutan.

Wednesday, 22 August 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau J3

Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kepada pelanggan-pelanggan yang telahpun membuat tempahan untuk hari raya ini, kami akan menghantar kereta kepada anda semua seperti yang telah dijanjikan bagi memudahkan pergerakan anda sepanjang musim perayaan ini. Terima kasih banyak kami ucapkan kerana telah memilih Kereta Sewa Tawau J3 sebagai penyedia kereta sewa anda pada kali ini. Yang pastinya, kami akan cuba memberikan yang terbaik kepada anda semua.

Untuk makluman, kereta semua telah fully booked untuk Raya Haji kali ini. Pun begitu, sekiranya berminat membuat tempahan untuk penggunaan selepas hari raya ini, bolehlah berhubung terus dengan kami di talian 011-3966-3963 (Haikal) atau 014-9669-359 (Andrew) bagi membuat tempahan dengan segera. Jaminan harga terendah untuk semua jenis kereta. Yang penting, anda berpuashati dan kami juga mendapat sedikit pulangan. Bak kata orang putih "win-win" situation kan. 

Di kesempatan hari raya kali ini, suka kami ingatkan agar anda semua sentiasa berhati-hati di jalanraya. Pandu dengan cermat. Ingatlah dengan orang yang tersayang yang sedang menanti anda di rumah. Malang tidak berbau, sekelip mata nyawa boleh melayang akibat kelalaian yang sedikit sahaja. Sama-sama lah kita menjaga keselamatan dan nyawa masing-masing agar terhindar dari kecelakaan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sentiasa mendoakan keselamatan semua pelanggan kami khasnya dan seluruh pengguna jalanraya yang lain. Kereta boleh diganti, tapi nyawa yang melayang tidak akan kembali. Pesanan ikhlas dari kami semua. Hargai nyawa anda. Pandu cermat, jiwa selamat.

Saturday, 3 February 2018

Sewa Kereta di Tawau Sempena Tahun Baru Cina

Kereta Sewa Tawau
Kereta Sewa Tawau J3: Hubungi 01139663963 / 0149669359

Berminat mahu sewa kereta di Tawau sempena cuti Tahun Baru Cina nanti? Tidak perlu susah-susah, hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 dengan segera (HP: 011-3966-3963 / 014-9669-359). Terdapat pelbagai jenis kereta untuk dipilih. Harga dijamin paling murah di seluruh Tawau. Selain daripada itu, tempahan juga boleh dibuat secara online dengan meng-klik butang tempahan di sebelah kanan laman blog ini.


Mungkin ramai yang mengambil kesempatan pulang ke Tawau di Cuti Tahun Baru Cina nanti kan? maklumlah, cuti sekolah pun agak panjang pada masa itu. Jadi sempatlah untuk pulang ke Tawau melawat keluarga di kampung. Bagi rakan-rakan yang menyambut Chinese New Year pula, mesti dah tak sabar-sabar untuk pulang menyambut perayaan ini dengan keluarga yang tersayang di kampung halaman kan?


Bagi semua yang pulang ke Tawau di musim cuti perayaan Tahun Baru Cina ini, kami sediakan anda kereta sewa yang bakal memudahkan anda semua melawat kaum keluarga dan berjalan-jalan di Tawau nanti. Tidak perlu susah-susah naik bas, teksi atau ber-grab. Sewa sahaja kereta dan bila-bila masa boleh start enjin dan berjalan. Mudah kan?? Jadi apa lagi? Sila buat tempahan kereta sewa anda sekarang. Siapa cepat, dia depat. Harga sewa pun murah dan sangat berpatutan. Hubungi Kereta Sewa Tawau J3 sekarang untuk membuat tempahan awal (HP: 011-3966-3963, Haikal / 014-9669-359, Andrew). 

Saturday, 15 April 2017

Kereta Sewa pilihan ramai di Tawau

Selamat sejahtera! Dah lama kami tak online. Manalah tahu ada yang terlupa, kami merupakan Kereta Sewa Tawau J3 iaitu sebuah syarikat kereta sewa yang sentiasa menjadi pilihan ramai di Tawau. Berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Pada regular customer yang sentiasa menyokong kami, trimas for your support! Tanpa anda semua, siapalah kami. Beberapa bulan ini kami sangat sibuk mengaturkan tempahan kereta sewa yang begitu banyak. Maaf seandainya ada yang tak sempat kami uruskan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa cuba memberi yang terbaik pada anda semua.

Sejak 2017 ini kami dapati begitu ramai pemyewa dari luar negara yang menyewa kereta dengan kami. Ada yang datang dari Poland, Jepun, Ukraine, Italy dll. Kami bersyukur kerana sentiasa menjadi pilihan walaupun kami cuma sebuah syarikat kereta sewa yang biasa-biasa saja di Tawau ini. Penyewa dari Malaysia juga semakin hari semakin bertambah. Sokongan seperti ini membuat kami berasa sungguh terharu dan ingin berusaha lebih lagi untuk anda semua. Kalau boleh kami ingin mengucapkan terima kasih satu-persatu kepada anda semua, kalaulah boleh kan? Di bawah ini kami ingin kongsikan gambar penyewa kereta kami yang sempat kami ambil baru-baru ini. 

Kereta Sewa Tawau J3


Kereta Sewa Tawau J3

Kalau boleh kami ingin kogsikan semua wajah-wajah gembira semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan. Mana yang sempat, pasti kami akan kongsikan pada semua. Kepada anda yang ingin menjadi sebahagian dari penyewa kereta kami, silakan. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda. Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, cuma kami janjikan kereta sewa untuk kemudahan anda, pada harga sewa yang tidak membebankan sama sekali. Itu janji kami. Sekiranya berminat dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami sediakan di Bandar Tawau ini, hubungi kami segera di talian 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sma/whatsapp) atau klik Borang Tempahan Online Kereta Sewa Tawau J3 . Terima kasih ya, dan teruskan sokongan anda ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Thursday, 11 February 2016

Video Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3



Ini merupakan video pelanggan kami di Kereta Sewa Tawau J3 yang telah kami muat-naik ke youtube baru-baru ini. Kami sedar betapa pentingnya sokongan pelanggan-pelanggan kami selama ini. Tanpa sokongan mereka, kami pasti akan gulung tikar. Jadi terima kasih banyak kami ucapkan pada mereka yang telah menyewa kereta dengan kami sebelum ini. Sokongan anda semua amat bermakna pada kami.

Kami sebenarnya suka menangkap gambar-gambar pelanggan kami sebagai kenang-kenangan. Dan sebahagian dari gambar-gambar itu pernah kami siarkan di blog ini dan juga di Facebook Kereta Sewa Tawau J3. Memandangkan proses membuat video begitu mudah sekarang ni, maka kami pun mengambil kesempatan mengabadikan sebahagian kecil gambar-gambar ini ke dalam bentuk video. Untuk makluman, kami buat slideshow video ini menggunakan handphone sahaja. Tapi kami berpuashati dengan hasilnya.

Apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kepada "bintang" sebenar video ini kerana memilih kami sebagai pembekal kereta sewa mereka. Sokongan mereka, termasuk semua pelanggan-pelanggan kami dari dahulu sehingga sekarang begitu penting kepada kami di Kereta Sewa Tawau J3. Teruskan sokongan anda semua. Tanpa sokongan anda, maka sukar bagi kami untuk meneruskan perkhidmatan kereta sewa yang murah di Tawau ini. Teruskan memberi sokongan dan terima kasih atas segalanya ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Tuesday, 12 January 2016

Sewa Kereta Perodua Kancil Di Tawau

Kereta Sewa Tawau - Kancil


Anda berminat nak sewa kereta Perodua Kancil di Tawau? Jangan susah hati. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 ada menyediakan kereta ini untuk sewaan anda semua. Di awal tahun 2016 kami ada mengatakan yang kami akan menambah bilangan kereta sewa akibat dari permintaan yang begitu tinggi. Kereta Perodua Kancil ini merupakan antara kereta yang telah kami tambahkan jumlahnya di dalam senarai kereta sewa kami. Sewa kereta Perodua Kancil ini dijamin murah. Berikut adalah rate sewa kereta ini:

1-2 hari : RM70/hari
3-6 hari : RM60/hari
7 hari ke atas : RM50/hari

Sekiranya anda menyewa kereta ini lebih dari sepuluh hari, kami akan berikan anda menggunakannya selama 24 jam secara percuma sahaja. Seperti biasa, jika ingin menyewa kereta ini, boleh hubungi kami segera di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp) atau klik butang merah di sebelah kanan atas laman blog ini bagi membuat tempahan secara online. Suka kami nasihatkan agar anda semua membuat tempahan awal jika ingin menyewa kereta dengan kami bagi mengelakkan kekecewaan. 

Sekiranya memerlukan kereta-kereta lain selain dari kereta Perodua Kancil ini, boleh semak jenis dan rate kereta-kereta sewa kami yang dalam laman blog ini juga. Sila lihat tab di atas. Apa pun kereta yang anda pilih untuk disewa, kami beri jaminan harga yang rendah, murah dan mampu dibayar. Jadi silakan "explore" laman blog kami ini. Dan hubungi kami dengan segera untuk membuat tempahan yang pantas. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
Tempahan Online
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday, 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Kereta Sewa Tawau Car Rental


Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3. Ini merupakan post pertama kami di tahun 2016. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyewa kereta dengan kami di sepanjang tahun 2015. Mohon maaf atas salah dan silap dan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberi. Percayalah, sokongan anda semua menjadi inspirasi kepada kami untuk membuat yang lebih baik pada tahun ini.

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lepas, tahun ini kami mengambil keputusan untuk menambahkan lagi bilangan kereta sewa kami. Di tahun lepas kami melihat sendiri begitu ramainya penyewa kereta yang terpaksa kami tolak akibat dari kekurangan kereta. Tahun ini kami mengambil keputusan untuk tidak membenarkan perkara seperti itu berlaku lagi. Kereta sewa yang bakal kami tambah adalah kereta-kereta yang "popular" di kalangan penyewa-penyewa semua.

Di tahun 2015 ada beberapa penambahbaikan yang telah kami lakukan kami memudahkan semua pelanggan membuat tempahan. Antaranya, kami memperkenalkan sistem booking online dan juga sistem mobile booking. Di mana para pelanggan hanya perlu mengisi butiran di borang tempahan online bagi mendapatkan kereta sewa yang diingini. Pada tahun ini mungkin akan ada lagi inovasi yang kami akan lakukan. Tapi semuanya masih dalam peringkat perancangan dan akan kami umumkan secara berperingkat.

Apa yang pasti, tahun 2015 merupakan tahun yang hebat untuk Kereta Sewa Tawau J3. Kami mengharapkan sokongan yang padu dari anda semua bagi tahun ini untuk membolehkan kami meneruskan usaha kami dalam memberikan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di daerah Tawau. Akhir kata, terima kasih atas sokongan yang diberikan pada tahun 2015 dan semoga anda semua dimurahkan rezeki.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Thursday, 24 December 2015

Selamat Hari Krismas dari Kereta Sewa Tawau J3



Selamat Hari Krismas dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Sebagai rakyat Malaysia yang duduk di negara yang berbilang bangsa, agama dan keturunan; adalah menjadi satu kebanggaan pada kita kerana dapat merayakan pelbagai jenis perayaan di negara kita ini.

Janganlah kerana perbezaan kita berpecah-belah, tapi jadikanlah perbezaan itu sebagai satu keunikan yang menyatukan kita semua. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 berbesar hati mengucapkan selamat Hari Krismas kepada semua rakan-rakan di seluruh Malaysia yang merayakan Hari Krismas. Semoga sambutan Krismas 2015 disambut dengan meriah disamping Keluarga yang tersayang. Sekiranya rakan-rakan memerlukan kereta sewa untuk mengunjungi rumah sanak-saudara di Tawau sempena Krismas ini, jangan lupa hubungi kami di talian 014-966-359 (call/sms/whatsapp). Merry Christmas ya kawan2 ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Thursday, 22 October 2015

Aplikasi Booking Kereta Sewa Tawau

Aplikasi Booking Kereta Sewa Tawau

Kini Kereta Sewa Tawau J3 sudah mempunyai aplikasi booking (android) untuk membuat tempahan kereta sewa terus dari smartphone anda. Tidak perlu lagi call, sms atau whatsapp. Tidak perlu lagi buka laptop untuk mengisi online booking form, tidak perlu lagi susah-susah semata-mata nak buat tempahan kereta sewa dengan kami.

Anda hanya perlu download aplikasi ini dengan mengimbas QR code yang ada di dalam gambar diatas. Selain itu juga ada boleh download Aplikasi Booking Kereta Sewa Tawau di sini. Kami tahu ramai yang sibuk dengan aktiviti seharian. Dengan adanya aplikasi ini anda semua boleh membuat tempahan kereta sewa dengan mudah dan pantas.

Apabila anda membuat  tempahan menggunakan aplikasi booking itu, segala butiran yang anda submit akan terus dihantar pada kami serta-merta. Kami akan membuat semakan kekosongan kereta sewa berdasarkan tarikh sewaan yang anda pilih. Sekiranya ada atau tiada kekosongan, kami akan maklumkan anda dalam tempoh 5-10 minit selepas menerima booking notification dari anda. Cepat kan?

Jadi pada yang ada smartphone, kami amat menggalakkan anda semua menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan di Kereta Sewa Tawau J3. Ia bakal menjimatkan masa kita semua. Pun begitu, kami masih lagi menerima sms, whatsapp dan panggilan telefon di talian 014-9669-359 seperti biasa. Apa pun cara anda membuat tempahan, kami tetap menerimanya dengan hati yang gembira :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Thursday, 27 August 2015

Gen-2 dan Myvi di Kereta Sewa Tawau J3

Baru-baru ini kami telah menambahkan kereta sewa jenis Gen-2 dan juga Myvi ke dalam list kereta sewa yang kami sewakan di Kereta Sewa Tawau J3. Ini berikutan respon dan permintaan yang amat tinggi daripada pelanggan-pelanggan kami terhadap kereta-kereta berkenaan. Untuk tidak mengecewakan mereka, maka kami dengan berbesar hati telah menambahkan kereta berkenaan ke dalam senarai kami. Harga sewa yang kami tawarkan juga adalah yang paling murah di seluruh Tawau. Mari kita semak harga sewa kereta Gen-2 dan juga Myvi yang kami tawarkan.

kereta sewa tawau car rental

kereta sewa tawau car rental

Mungkin anda perasan yang rate bagi kedua-dua kereta Gen-2 dan Myvi ini adalah sama murah kan? Kami memang sengaja memberi rate yang sama rendah dan sama murah bagi memudahkan anda mennyewa kereta ini tanpa merasa terbeban, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana GST sedang berkuatkuasa. Tapi untuk makluman, semua rate kereta sewa kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang murah dan mampu bayar. Dan sudah tentu yang paling murah di seluruh Tawau. Itu memang sukar untuk dinafikan. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui mengenai rate kereta-kereta sewa kami yang lain, boleh klik di tab bahagian atas laman blog ini atapun klik link rate kereta sewa murah di Tawau ini. Anda pasti berpuashati dengan rate kereta sewa murah yang kami tawarkan.

Jadi tunggu apa lagi? kalau berminat mahu menyewa kereta Gen-2 ataupun kereta Myvi yang sangat-sangat murah ini, sila berhubung terus dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3 ;)
  

Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau