Friday 24 August 2018

Online Booking Kereta Sewa Tawau J3

Online Booking Kereta Sewa Tawau

Selamat sejahtera kepada semua pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 yang dihormati. Setelah 5 tahun berkecimpung dalam perniagaan kereta sewa di Tawau, sedikit demi sedikit kami cuba membawa tahap perkhidmatan kami di tahap yang selaras dengan perkembangan zaman. Tahun lepas kami telah memperkenalkan sistem online booking Kereta Sewa Tawau J3. Ianya mendapat sambutan yang sangat luarbiasa.

Pelanggan rata-rata suka membuat tempahan secara online. Mungkin mudah, kerana tidak perlu text, tidak perlu call. Just straight to the point. Buat masa ini kami sedang berusaha mengintegrasikan kalendar booking kami dengan borang tempahan online kami. Harap-harap dapat diselaraskan dalam masa yang terdekat ini.

Bagi yang mahu membuat tempahan kereta sewa melalui Whatsapp, boleh hubungi Kereta Sewa Tawau J3 di www.wasap.my/60149669359 atau www.wasap.my/601139663963 dengan segera. Mahu membuat panggilan telefon pun boleh juga. Tempahan online juga amat dialu-alukan. Bagaimana caranya? Mudah saja? Klik tab Tempahan Kereta Sewa Online di atas ataupun boleh juga butang tempahan online di sebelah kanan atas lama web ini. Cukup mudah. Jadi tunggu apa lagi? Sekiranya anda semua memerlukan Kereta Sewa yang paling murah di seluruh Tawau, hari ini memang hari bertuah anda. Kami ada. Jadi hubungi kami dengan segera okey? Terima kasih!

Wednesday 22 August 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau J3

Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kepada pelanggan-pelanggan yang telahpun membuat tempahan untuk hari raya ini, kami akan menghantar kereta kepada anda semua seperti yang telah dijanjikan bagi memudahkan pergerakan anda sepanjang musim perayaan ini. Terima kasih banyak kami ucapkan kerana telah memilih Kereta Sewa Tawau J3 sebagai penyedia kereta sewa anda pada kali ini. Yang pastinya, kami akan cuba memberikan yang terbaik kepada anda semua.

Untuk makluman, kereta semua telah fully booked untuk Raya Haji kali ini. Pun begitu, sekiranya berminat membuat tempahan untuk penggunaan selepas hari raya ini, bolehlah berhubung terus dengan kami di talian 011-3966-3963 (Haikal) atau 014-9669-359 (Andrew) bagi membuat tempahan dengan segera. Jaminan harga terendah untuk semua jenis kereta. Yang penting, anda berpuashati dan kami juga mendapat sedikit pulangan. Bak kata orang putih "win-win" situation kan. 

Di kesempatan hari raya kali ini, suka kami ingatkan agar anda semua sentiasa berhati-hati di jalanraya. Pandu dengan cermat. Ingatlah dengan orang yang tersayang yang sedang menanti anda di rumah. Malang tidak berbau, sekelip mata nyawa boleh melayang akibat kelalaian yang sedikit sahaja. Sama-sama lah kita menjaga keselamatan dan nyawa masing-masing agar terhindar dari kecelakaan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sentiasa mendoakan keselamatan semua pelanggan kami khasnya dan seluruh pengguna jalanraya yang lain. Kereta boleh diganti, tapi nyawa yang melayang tidak akan kembali. Pesanan ikhlas dari kami semua. Hargai nyawa anda. Pandu cermat, jiwa selamat.

Friday 10 August 2018

Sewa Kereta Bezza Murah Di Tawau



Mahu datang ke Tawau tidak lama lagi? Perlukan kereta sewa yang murah-murah sahaja? Jangan risau. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan memenuhi keperluan anda semua. Tidak kira sama ada anda datang dari luar Tawau, atau memang orang Tawau, sekiranya anda perlukan kereta sewa yang murah, hubungi kami segera di talian 011-3966-3963 (Haikal) / 014-9669-359 (Andrew).

Sekarang ini, selain dari kereta sewa seperti Saga atau Myvi dll, kami juga turut menyewakan kereta Perodua Bezza. Harga sewa memang yang paling murah di seluruh Tawau. Sila lihat sendiri kadar sewa yang kami berikan untuk kereta Bezza ini:

1 Hari = RM110
7 Hari = RM100/hari
14 Hari = RM90/hari

Macam mana? Memang murah semurah-murahnya kan? Ini adalah cara kami membantu anda. Kami tahu keperluan kereta sewa memang tinggi. Kadang-kadang sewaan adalah melebihi sehari dua. Tidak semua mampu membayar harga yang mahal bagi sebuah keperluan. Dengan memberi kadar sewa yang rendah, kami berharap anda semua tidak akan terbeban dan boleh menggunakan lebihan duit yang ada untuk keperluan-keperluan lain yang lebih penting.

Untuk anda yang memerlukan kereta sewa yang murah, kami cadangkan untuk hubungi kami segera. Selain dari kereta Perodua Bezza ini, kami juga turut menyediakan kereta-kereta sewa yang lain. Semuanya pada harga mampu bayar. Jadi jangan bertangguh lagi, hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 di talian 01139663963 / 0149669359 segera untuk membuat tempahan kereta sewa anda. Terima kasih!