Tuesday, 29 September 2015

Penyewa Kereta Dari Perancis

Kereta Sewa Tawau


Sempena cuti sekolah baru-baru ini Kereta Sewa Tawau J3 telah mendapat penyewa kereta dari Perancis. Ini merupakan kali kedua kami menyewakan kereta kepada warga Perancis. Mereka berdua merupakan saintis yang datang menjalankan kajian ke atas pokok-pokok dan tumbuhan di Taman Bukit Tawau. Sebagai warga Tawau, kami berasa amat bangga kerana ada juga saintis yang sudi datang dari jauh membuat kajian di tempat kami ini.

Bagaimana mereka menemui perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan? Semestinya melalui internet. Selain dari laman blog ini, kami turut mempunyai blog dalam Bahasa Inggeris di Tawau Low Cost Car Rental Service. Selain itu kami juga mempunyai blog rasmi syarikat kami yang juga ditulis dalam Bahasa Inggeris di J3 Trade Enterprise: Car Rental Service in Tawau, Sabah.

Blog berbahasa Inggeris inilah yang banyak membantu kami memperkenalkan servis kereta sewa yang kami tawarkan kepada masyarakat antarabangsa. Mengenai perhubungan pula, biasanya apabila warga asing dari luar negara menyewa kereta kami, mereka akan menghantar email kepada kami ataupun terus membuat tempahan kereta sewa di Borang Tempahan Kereta Sewa Online kami. Bagi penyewa kereta sewa dari Malaysia pula, cara yang paling baik adalah terus menghubungi kami melalui talian 014-9669-359. Kami menerima panggilan, sms dan juga whatsapp. Jadi tunggu apa lagi? Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling best di Tawau seperti warga Perancis ini, hubungi kami segera di talian 014-9669-359. Kami jamin anda pasti berpuashati.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment