Saturday 23 May 2020

Selamat Hari Raya Versi PKPB


Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2020 dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Di saat Covid19 masih melanda negara kita, diharapkan sambutan raya kalian tetap berjalan dengan meriah. Apa pun, jangan lupa pesanan dari Kementerian Kesihatan agar kita sentiasa menjaga jarak, amalkan kebersihan dan saling menjaga antara satu sama lain.

Di musim perayaan era PKPB ini, permintaan terhadap kereta sewa tetap berjalan seperti biasa. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan semua kereta sewa kami bersih dan dinyahkuman sebelum diserahkan kepada para penyewa. Jadi jangan risau untuk membuat tempahan kereta sewa dengan kami. 

Untuk memudahkan tempahan kali ini, kami telah memperkasakan sistem tempahan online kami. Boleh klik link Tempahan Online Kereta Sewa Tawau J3 bagi membuat tempahan online dengan kami. Kalau dulu, kami menggunakan jotform bagi borang tempahan kami. Kini kami telah beralih kepada google form yang lebih mesra pengguna. Selain tempahan online, anda semua juga boleh klik Borang Tempahan Whatsapp Kereta Sewa Tawau J3 untuk menghantar tempahan kereta sewa terus ke Whatsapp Kereta Sewa Tawau J3. Hanya perlu isi butiran. Bila klik send, borang tempahan anda akan terus masuk ke Whatsapp kami. Mudah kan?

Jadi itu antara perubahan yang telah dibuat bagi memudahkan tempahan kereta sewa. Semoga perubahan ini memudahkan urusan penyewaan anda semua ya. Itu sahaja dari kami buat masa ini. Akhir kata, Selamat Hari Raya untuk semua. Gembira selalu.



No comments:

Post a Comment