Tuesday 27 November 2018

Kereta Sewa Murah Tawau Semasa Cuti Sekolah

Kereta Sewa Tawau

Cuti sekolah sudah bermula. Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti dan "happy holiday" kepada semua. Di musim cuti sekolah bukan pelajar-pelajar sekolah sahaja yang akan bercuti, tetapi ramai juga ibubapa yang turut mengambil cuti bagi meluangkan masa berjalan-jalan dengan anak masing-masing kan?

Selain dari bercuti dan berjalan-jalan, di musim cuti ini ramai juga yang melangsungkan perkahwinan dan juga membuat majlis pertunangan dan lain-lain. Maklumlah, di musim cuti sekolah sahaja yang ramai orang mempunyai kelapangan. Pada masa-masa yang lain, biasanya orang akan sibuk dengan pekerjaan dan urusan masing-masing. Jadi semestinya, cuti sekolah adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua.

Di musim cuti ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ada menyediakan pelbagai pilihan kereta sewa untuk kegunaan anda semua. Harga sewa memang yang paling murah di seluruh Tawau. Kereta seperti Proton Saga dan Myvi hanya RM100/hari. Kereta Bezza pula hanya RM110/hari. Kereta sewa yang berharga kurang dari RM100/hari pun ada juga. Yang penting, makin lama anda sewa, makin murah sewa kereta yang anda perlu bayar. Jadi tunggu apa lagi??
 
Sila hubungi kami dengan segera di talian 0149669359 atau 01139663963  untuk membuat tempahan segera. Kalau anda memerlukan kereta sewa bajet di daerah Tawau ini, kami lah tempatnya. Kalau mahu kereta sewa yang mahal-mahal, maaf kami tidak menyediakanya. Kalau sudah bersedia untuk menyewa kereta pada kadar yang minimal, sekarang masanya untuk menghubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3.

Wednesday 14 November 2018

Sewa Kereta di Tawau Semasa Cuti Sekolah


Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Seperti biasa kalau cuti sekolah ramai yang akan pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman. Anda pula bagaimana? Bagi yang akan bercuti atau balik kampung ke Tawau yang indah permai ini, selamat datang Kereta Sewa Tawau J3 ucapkan. Semoga urusan percutian dan urusan bertemu keluarga di Tawau berjalan lancar dan penuh gembira.

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang sentiasa bersiap sedia menantikan waktu cuti sekolah ini. Pada masa inilah tempahan berada pada kemuncak. Maklum saja lah, ramai yang memerlukan kereta sewa pada masa-masa ini untuk memudahkan urusan mahu pergi ke mana-mana. Bagi yang berminat mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang murah dengan kami, kami sarankan agar segera membuat tempahan lebih-lebih lagi di musim cuti ini.

Kami menyediakan kereta sewa pada harga sewa yang cukup murah. Kadang-kadang kami sampai tidak mampu menangani tempahan yang begitu banyak kerana jumlah kereta yang terhad. Jadi kami mohon pada semua yang memerlukan kereta, sila hubungi Kereta Sewa Tawau J3 dengan segera di talian 011-3966-3963 (Haikal) atau 014-9669-359 (Andrew) untuk lock tempahan anda. Untuk makluman, jika anda sewa kereta 7 hari dan ke atas, diskaun akan diberikan sebagai tanda penghargaan.  

Selamat bercuti semua dan jumpa anda di Tawau di musim cuti sekolah nanti.