Wednesday, 27 February 2019

Hubungi Kereta Sewa Murah Tawau

Hubungi Kereta Sewa Murah Tawau


Bagaimana untuk menghubungi servis kereta sewa murah di Tawau? Cuba scan QR code di atas. Anda akan dapat terus berhubung dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3. Selain itu, kami juga boleh dihubungi apabila anda klik link Kereta Sewa Murah Tawau ini. Cuba lah. Di Kereta Sewa Tawau J3, kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan tidak membebankan kepada seluruh rakyat Malaysia mahupun pelancong-pelancong dari negara luar. Sejak beroperasi dari tahun 2013, kami telah memberikan perkhidmatan tanpa henti kepada semua.

Bagi yang ingin menghuungi kami secara langsung melalui panggilan telefon, boleh terus dail talian kami di +601139663963 ataupun +60149669359. Kami bersedia membantu anda. Sekiranya talian sibuk, boleh hubungi kami melaui whatsapp dengan mengimbas QR code pada kad kami di atas. Kad ini kami berikan kepada pelanggan-pelanggan kami bermula hari ini. 

Ramai yang bertanya, apa jenis kereta yang kami sediakan? Kami menyediakan pelbagai jenis kereta seperti Perodua Kancil, Perodua Myvi, Proton Saga, Perodua Bezza, Toyota Avanza, Toyota Unser dan lain-lain lagi. Semua pada harga yang paling rendah di seluruh Tawau. Tiada deposit dan tiada caj tersembunyi. Jadi kepada yang memerlukan kereta dengan segera, bolehlah berhubung dengan kami bagi mendapatkan kereta sewa pada harga murah dan berpatutan.

Thursday, 7 February 2019

Tempat-Tempat Menarik Di Tawau


Ramai pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 selalu bertanya di mana tempat yang menarik di Tawau ni? Kadang-kadang kami susah juga mahu explain. Maklumlah, Tawau ni ada banyak tempat menarik sebenarnya, cuma tidak di explore secara meluas lagi. Jadi mahu diterangkan tu macam susah jugalah. Syukurlah Sabah Tourism telah membuat video menarik mengenai Tawau. Dalam masa 2 minit lebih, kini semua orang sudah boleh tahu dan mendapat info mengenai tempat-tempat yang menarik di daerah Tawau dan tempat-tempat menarik yang patut dilawati semasa berada di Tawau. Best kan? Kalau tak percaya, cuba tonton video di atas. Semua yang terbaik di Tawau ada dipaparkan.

Kalau dah tonton video dan bercadang mahu datang ke Tawau, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 untuk menempah kereta sewa anda. Kami boleh dihubungi di talian 0149669359 atau 01139663963. Mahu hantar Whatsapp saja? Anda boleh menghantar pesanan Whatsapp kepada kami di http://KeretaSewaTawauJ3.wasap.my untuk tempahan segera. Bagi yang berminat menempah kereta sewa secara online, boleh klik butang tempahan online kami di sebelah kanan atas laman blog ini. Kami akan membantu anda melawat tempat-tempat menarik di Tawau dengan kereta sewa yang kami tawarkan. Harga sewa kereta yang murah memang konfirm punya. Selamat datang ke Tawau Bosku :)

Friday, 1 February 2019

Selamat Tahun Baru Cina dari Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Murah Tawau
Tempah kereta sewa murah di Tawau - Hubungi 0149669359

Lagi beberapa hari saja lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Bagi yang pulang ke Tawau sempena cuti Tahun Baru Cina kali ini, adakah anda sudah menempah kereta sewa anda? Untuk makluman, hanya tinggal 1 buah kereta saja lagi yang available di musim cuti ini. Bagi yang betul-betul memerlukan kereta sewa pada bajet termurah di Tawau, sila hubungi kami dengan segera. Biar kami bantu anda. Anda semua boleh menghubungi kami di talian 0149669359 atau di talian 01139663963. Pastikan anda menyimpan nombor kami ya.

Seperti biasa, musim cuti perayaan adalah masa di mana tempahan kereta sewa sangat padat dan permintaan sangat tinggi. Maklumlah, ramai yang pulang ke kampung kan. Jadi ramai yang memerlukan kereta sewa untuk kegunaan harian. Pada tahun ini, tempahan kereta sewa untuk Tahun Baru Cina telah dibuat sejak seawal bulan Oktober tahun lepas lagi. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang telah membuat tempahan awal dengan kami. Kami berjanji akan buat sehabis baik untuk anda semua.

Untuk makluman, keadaan di Tawau pada tahun ini sangat meriah sekali. Untuk pertama kalinya Tawau ada bazaar Tahun Baru Cina di Kubota. Pihak berkuasa tempatan juga ada merangka pelbagai aktiviti dan program yang menarik di Tawau sepanjang Tahun Baru Cina ini. Kami yang berada di Tawau berasa begitu teruja sekali. Diharapkan mereka yang pulang bercuti ke Tawau sempena Tahun Baru Cina kali ini akan berasa teruja dan gembira juga berada di kampung halaman bersama keluarga tersayang. Harapan kami agar Tahun Baru Cina 2019 ini akan membawa rezeki dan kebahagiaan kepada semua yang meraikannya. Gong Xi Fa Cai!!


Sunday, 13 January 2019

Kereta Sewa Murah di Tawau tahun 2019

Kereta Sewa Paling Murah Seluruh Tawau

Sudah 2 minggu kita berada di tahun 2019. Syukur kerana kita semua masih lagi diberi peluang menikmati hidup ini. Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, kami amat bersyukur kerana pada tahun ini genap 7 tahun kami beroperasi sebagai sebuah syarikat kereta sewa yang berdaftar di daerah Tawau. Kami masih lagi di sini pada tahun 2019 kerana sokongan anda semua. Terima kasih!

Azam kami pada tahun ini adalah menambahkan kuantiti kereta-kereta sewa kami bagi menampung permintaan kereta sewa yang cukup banyak dari anda semua. Kami akan cuba sedaya upaya kami memenuhi semua permintaan anda semua. Pelbagai jenis kereta yang dicadangkan juga akan kami pertimbangkan. Percayalah, kami pasti akan melakukan penambahbaikan yang anda semua perlukan.

Harga sewa tetap pada harga yang terendah. Kami tidak ada perancangan untuk menaikkan kadar sewa kami. Kalau boleh, kami ingin rendahkan lagi harga untuk pelanggan-pelanggan setia kami. Kami sedar, tanpa sokongan dari anda semua, kami pasti tidak akan berada di sini pada hari ini. Justeru itu, kami mohon agar anda semua meneruskan sokongan anda pada kami di tahun 2019 ini. Boleh kan? Bagi yang memerlukan kereta sewa yang murah dari kami di Kereta Sewa Tawau J3, jangan lupa hubungi kami di talian 014-9669-359 atau 011-3966-3963 untuk tempahan. Anda juga boleh membuat tempahan online dengan meng-klik butang tempahan di sebelah kanan atas laman blog ini. Akhir kata, selamat tahu baru 2019 dan terima kasih kerana sentiasa setia bersama kami.

Monday, 10 December 2018

QRPAY di Kereta Sewa Tawau J3

Bayaran QRPAY Kereta Sewa Tawau J3

Berita Baik! Kereta Sewa Tawau J3 kini menerima bayaran melalui QRPAY. Bagi pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai akaun di Maybank, anda semua boleh memuat-turun aplikasi Maybank di Google Playstore. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda semua hanya perlu scan QR code kami seperti gambar di atas untuk membuat bayaran semasa mengambil kereta sewa nanti. Mudah kan?

Jadi anda semua tak perlulah membawa tunai banyak-banyak lagi. Yang anda perlukan hanyalah smartphone anda dan juga aplikasi Maybank tersebut. Keseluruhan transaksi hanya mengambil masa kurang dari seminit. Selain pantas, bayaran melalui QRPAY ini juga adalah selamat. Jadi tak perlu risau. Selain bayaran melalui QRPAY, Kereta Sewa Tawau J3 juga masih lagi menerima bayaran wang tunai dan juga online banking transfer. Bagi bayaran melalui online banking transfer, anda semua boleh menghubungi kami di http://KeretaSewaTawau3.wasap.my untuk mendapatkan nombor akaun bank syarikat kami. Selepas membuat online transfer, jangan lupa medapatkan screenshot transaksi untuk rujukan kami. 

Dari masa ke semasa kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan cuba meningkatkan lagi kemudahan bayaran kami untuk anda semua. Kami sentiasa menyokong transaksi cashless payment untuk kemudahan anda semua. Jangan lupa teruskan sokongan anda pada kami. Tanpa anda semua, siapalah kami. Terima kasih dan jangan lupa hubungi kami di talian http://www.wasap.my/60149669359 atau http://www.wasap.my/601139663963 sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. 

Saturday, 8 December 2018

Kereta Sewa Bajet di Tawau Perodua Bezza

Perodua Bezza adalah salah sebuah kereta terbaru keluaran Perodua. Ia adalah sebuah kereta sedan yang boleh memuatkan 5 penumpang (termasuk pemandu) dan boleh memuatkan banyak bagasi. Bagaimana jika kami memberitahu anda bahawa anda boleh menyewa kereta ini di Tawau pada kadar sewa yang paling rendah? Bagaimana dengan RM110/hari? Hebat bukan?

Kereta Sewa Tawau J3 telah lama menyediakan perkhidmatan kereta sewa bajet di Tawau. Kami mempunyai semua kereta yang anda perlukan pada kadar sewa terendah. Itulah sebabnya sekarang kami terus menawarkan harga yang terendah bagi kereta sewa ini dengan jenama baru Perodua Bezza. Kami boleh jamin bahawa anda tidak akan dapat mencari kereta yang hebat ini pada harga RM110/hari di tempat lain.

Jadi, jika anda fikir anda mahu menjimatkan belanjawan anda dengan menyewa kereta hebat ini, hubungi kami dengan segera di 0149669359 atau 01139663963. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rate sewa kereta lain yang kami tawarkan? Klik kadar bajet Sewa Kereta Tawau dan lihat. Anda mungkin terkejut dengan kadar sewa yang rendah yang kami tawarkan. Jadi tunggu apa lagi? Mahu dapatkan kereta sewa bajet di Tawau? Kereta Sewa Tawau J3 menanti panggilan anda sekarang.

Kereta sewa murah Tawau

Tuesday, 27 November 2018

Kereta Sewa Murah Tawau Semasa Cuti Sekolah

Kereta Sewa Tawau

Cuti sekolah sudah bermula. Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti dan "happy holiday" kepada semua. Di musim cuti sekolah bukan pelajar-pelajar sekolah sahaja yang akan bercuti, tetapi ramai juga ibubapa yang turut mengambil cuti bagi meluangkan masa berjalan-jalan dengan anak masing-masing kan?

Selain dari bercuti dan berjalan-jalan, di musim cuti ini ramai juga yang melangsungkan perkahwinan dan juga membuat majlis pertunangan dan lain-lain. Maklumlah, di musim cuti sekolah sahaja yang ramai orang mempunyai kelapangan. Pada masa-masa yang lain, biasanya orang akan sibuk dengan pekerjaan dan urusan masing-masing. Jadi semestinya, cuti sekolah adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua.

Di musim cuti ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ada menyediakan pelbagai pilihan kereta sewa untuk kegunaan anda semua. Harga sewa memang yang paling murah di seluruh Tawau. Kereta seperti Proton Saga dan Myvi hanya RM100/hari. Kereta Bezza pula hanya RM110/hari. Kereta sewa yang berharga kurang dari RM100/hari pun ada juga. Yang penting, makin lama anda sewa, makin murah sewa kereta yang anda perlu bayar. Jadi tunggu apa lagi??
 
Sila hubungi kami dengan segera di talian 0149669359 atau 01139663963  untuk membuat tempahan segera. Kalau anda memerlukan kereta sewa bajet di daerah Tawau ini, kami lah tempatnya. Kalau mahu kereta sewa yang mahal-mahal, maaf kami tidak menyediakanya. Kalau sudah bersedia untuk menyewa kereta pada kadar yang minimal, sekarang masanya untuk menghubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3.