Wednesday, 14 November 2018

Sewa Kereta di Tawau Semasa Cuti Sekolah


Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Seperti biasa kalau cuti sekolah ramai yang akan pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman. Anda pula bagaimana? Bagi yang akan bercuti atau balik kampung ke Tawau yang indah permai ini, selamat datang Kereta Sewa Tawau J3 ucapkan. Semoga urusan percutian dan urusan bertemu keluarga di Tawau berjalan lancar dan penuh gembira.

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang sentiasa bersiap sedia menantikan waktu cuti sekolah ini. Pada masa inilah tempahan berada pada kemuncak. Maklum saja lah, ramai yang memerlukan kereta sewa pada masa-masa ini untuk memudahkan urusan mahu pergi ke mana-mana. Bagi yang berminat mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang murah dengan kami, kami sarankan agar segera membuat tempahan lebih-lebih lagi di musim cuti ini.

Kami menyediakan kereta sewa pada harga sewa yang cukup murah. Kadang-kadang kami sampai tidak mampu menangani tempahan yang begitu banyak kerana jumlah kereta yang terhad. Jadi kami mohon pada semua yang memerlukan kereta, sila hubungi Kereta Sewa Tawau J3 dengan segera di talian 011-3966-3963 (Haikal) atau 014-9669-359 (Andrew) untuk lock tempahan anda. Untuk makluman, jika anda sewa kereta 7 hari dan ke atas, diskaun akan diberikan sebagai tanda penghargaan.  

Selamat bercuti semua dan jumpa anda di Tawau di musim cuti sekolah nanti.

Wednesday, 5 September 2018

Kereta Sewa Murah Tawau

Kereta Sewa Murah Tawau
Hubungi 0149669359 / 01139663963 Untuk Booking

Kereta Sewa Tawau J3 memang terkenal sebagai syarikat kereta sewa yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Ramai penyewa-penyewa kami sering bertanya, ada untung ke bagi sewa murah-murah berbanding syarikat kereta sewa yang lain? Dalam perniagaan, tidak ada yang tidak mahu keuntungan. Begitu juga dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3. Keuntungan kami memang kecil, tak mengapa janji customer puashati. Tapi walaupun untung sedikit, tapi volume penyewa kami memang tinggi. Kalau kita bagi servis pada harga yang berpatutan, orang akan datang. Jadi bila dah ramai pelanggan, secara tidak langsung nilai untung yang sedikit itu akan menjadi seimbang juga. Sila klik Kereta Sewa Murah Tawau untuk tempahan kereta sewa online sekarang.

Kenapa kami berani bagi harga sewa yang rendah? Sebab kami tahu tidak semua mampu membayar harga yang tinggi untuk menyewa sebuah kereta. Kereta sewa merupakan satu keperluan. Orang tak akan sewa kalau tak perlu kan? Di sini kami ingin memudahkan urusan semua orang. Sambil meringankan beban yang perlu dibayar. No hassle, no problem. Fast and easy. Itu yang kami tekankan. Kami hanya mahu pelanggan-pelanggan kami puashati dan senang berurusan dengan kami. Harga yang sewa yang rendah sudah banyak membantu mereka-mereka yang memerlukan kereta untuk sebarang urusan. Terus terang, kami amat berbesar hati dapat membantu anda semua dalam menyediakan kereta sewa yang mampu bayar.

Sokongan yang berterusan setakat ini membuatkan kami masih ada lagi dalam industri ini walaupun kini semakin banyak persaingan yang sihat. Apa yang kami mohon, teruskan memberi sokongan agar kami juga dapat terus memberi perkhidmatan kereta sewa pada kadar yang paling murah. Sama-sama kita pastikan agar kadar kereta sewa di Tawau ini tidak terlalu tinggi dan sentiasa stabil untuk kebaikan bersama. 

Sekiranya berminat mendapatkan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, boleh Whatsapp kami di Kereta Sewa Tawau J3 atau hubungi kami di talian 0149669359 / 01139663963 untuk fast booking. Untuk membaca laman web ini di dalam Bahasa Inggeris, sila layari J3 Tawau Car Rental. Terima kasih atas sokongan!

Friday, 24 August 2018

Online Booking Kereta Sewa Tawau J3

Online Booking Kereta Sewa Tawau

Selamat sejahtera kepada semua pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 yang dihormati. Setelah 5 tahun berkecimpung dalam perniagaan kereta sewa di Tawau, sedikit demi sedikit kami cuba membawa tahap perkhidmatan kami di tahap yang selaras dengan perkembangan zaman. Tahun lepas kami telah memperkenalkan sistem online booking Kereta Sewa Tawau J3. Ianya mendapat sambutan yang sangat luarbiasa.

Pelanggan rata-rata suka membuat tempahan secara online. Mungkin mudah, kerana tidak perlu text, tidak perlu call. Just straight to the point. Buat masa ini kami sedang berusaha mengintegrasikan kalendar booking kami dengan borang tempahan online kami. Harap-harap dapat diselaraskan dalam masa yang terdekat ini.

Bagi yang mahu membuat tempahan kereta sewa melalui Whatsapp, boleh hubungi Kereta Sewa Tawau J3 di www.wasap.my/60149669359 atau www.wasap.my/601139663963 dengan segera. Mahu membuat panggilan telefon pun boleh juga. Tempahan online juga amat dialu-alukan. Bagaimana caranya? Mudah saja? Klik tab Tempahan Kereta Sewa Online di atas ataupun boleh juga butang tempahan online di sebelah kanan atas lama web ini. Cukup mudah. Jadi tunggu apa lagi? Sekiranya anda semua memerlukan Kereta Sewa yang paling murah di seluruh Tawau, hari ini memang hari bertuah anda. Kami ada. Jadi hubungi kami dengan segera okey? Terima kasih!

Wednesday, 22 August 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau J3

Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kepada pelanggan-pelanggan yang telahpun membuat tempahan untuk hari raya ini, kami akan menghantar kereta kepada anda semua seperti yang telah dijanjikan bagi memudahkan pergerakan anda sepanjang musim perayaan ini. Terima kasih banyak kami ucapkan kerana telah memilih Kereta Sewa Tawau J3 sebagai penyedia kereta sewa anda pada kali ini. Yang pastinya, kami akan cuba memberikan yang terbaik kepada anda semua.

Untuk makluman, kereta semua telah fully booked untuk Raya Haji kali ini. Pun begitu, sekiranya berminat membuat tempahan untuk penggunaan selepas hari raya ini, bolehlah berhubung terus dengan kami di talian 011-3966-3963 (Haikal) atau 014-9669-359 (Andrew) bagi membuat tempahan dengan segera. Jaminan harga terendah untuk semua jenis kereta. Yang penting, anda berpuashati dan kami juga mendapat sedikit pulangan. Bak kata orang putih "win-win" situation kan. 

Di kesempatan hari raya kali ini, suka kami ingatkan agar anda semua sentiasa berhati-hati di jalanraya. Pandu dengan cermat. Ingatlah dengan orang yang tersayang yang sedang menanti anda di rumah. Malang tidak berbau, sekelip mata nyawa boleh melayang akibat kelalaian yang sedikit sahaja. Sama-sama lah kita menjaga keselamatan dan nyawa masing-masing agar terhindar dari kecelakaan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sentiasa mendoakan keselamatan semua pelanggan kami khasnya dan seluruh pengguna jalanraya yang lain. Kereta boleh diganti, tapi nyawa yang melayang tidak akan kembali. Pesanan ikhlas dari kami semua. Hargai nyawa anda. Pandu cermat, jiwa selamat.

Friday, 10 August 2018

Sewa Kereta Bezza Murah Di Tawau



Mahu datang ke Tawau tidak lama lagi? Perlukan kereta sewa yang murah-murah sahaja? Jangan risau. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan memenuhi keperluan anda semua. Tidak kira sama ada anda datang dari luar Tawau, atau memang orang Tawau, sekiranya anda perlukan kereta sewa yang murah, hubungi kami segera di talian 011-3966-3963 (Haikal) / 014-9669-359 (Andrew).

Sekarang ini, selain dari kereta sewa seperti Saga atau Myvi dll, kami juga turut menyewakan kereta Perodua Bezza. Harga sewa memang yang paling murah di seluruh Tawau. Sila lihat sendiri kadar sewa yang kami berikan untuk kereta Bezza ini:

1 Hari = RM110
7 Hari = RM100/hari
14 Hari = RM90/hari

Macam mana? Memang murah semurah-murahnya kan? Ini adalah cara kami membantu anda. Kami tahu keperluan kereta sewa memang tinggi. Kadang-kadang sewaan adalah melebihi sehari dua. Tidak semua mampu membayar harga yang mahal bagi sebuah keperluan. Dengan memberi kadar sewa yang rendah, kami berharap anda semua tidak akan terbeban dan boleh menggunakan lebihan duit yang ada untuk keperluan-keperluan lain yang lebih penting.

Untuk anda yang memerlukan kereta sewa yang murah, kami cadangkan untuk hubungi kami segera. Selain dari kereta Perodua Bezza ini, kami juga turut menyediakan kereta-kereta sewa yang lain. Semuanya pada harga mampu bayar. Jadi jangan bertangguh lagi, hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 di talian 01139663963 / 0149669359 segera untuk membuat tempahan kereta sewa anda. Terima kasih!

Monday, 21 May 2018

Selamat Berpuasa Dari Kereta Sewa Tawau J3

tawau car rental


Hari ini adalah hari ke-5 berpuasa. Selamat berpuasa dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Untuk makluman, kami beroperasi seperti biasa di bulan puasa ini. Maklumlah, keperluan terhadap kereta sewa memang ada setiap hari tanpa mengira keadaan. Jadi bagi memastikan anda semua sentiasa mendapat perkhidmatan kereta sewa dari kami, maka operasi dijalankan seperti biasa.

Ramai yang bertanya mengenai tempahan kereta sewa pada Hari Raya nanti. Untuk makluman, hanya tinggal 2 unit kereta sahaja lagi yang boleh ditempah. Kereta-kereta yang lain semuanya telah habis ditempah sehingga Hari Raya yang ke-5. Bagi mengetahui apa jenis kereta yang masih ada untuk tempahan Hari Raya, sila hubungi Kereta Sewa Tawau J3 di talian 01139663963 (Haikal) / 0149669359 (Andrew).

Seperti biasa; siapa cepat, dia dapat. Kami menerima tempahan tanpa deposit dan anda hanya perlu mengisi borang ringkas yang kami akan hantar melalui Whatsapp. Selain itu, jangan lupa menyertakan sekali imej (gambar) salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu yang sah dan belum tamat tempoh ketika membuat tempahan nanti ya.

Mengenai harga sewa, jangan risau. Kami masih mengekalkan harga yang amat murah dan lebih berbaloi untuk anda semua. Untuk mengetahui jenis dan harga sewa kereta, boleh tekan butang Rate Sewa Kereta diatas. Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa dan bagi yang telah membuat tempahan raya, jumpa anda semua di Hari Raya nanti. Terima kasih atas sokongan! Ikhlas dari kami di Kereta Sewa Tawau J3.


Saturday, 3 February 2018

Sewa Kereta di Tawau Sempena Tahun Baru Cina

Kereta Sewa Tawau
Kereta Sewa Tawau J3: Hubungi 01139663963 / 0149669359

Berminat mahu sewa kereta di Tawau sempena cuti Tahun Baru Cina nanti? Tidak perlu susah-susah, hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 dengan segera (HP: 011-3966-3963 / 014-9669-359). Terdapat pelbagai jenis kereta untuk dipilih. Harga dijamin paling murah di seluruh Tawau. Selain daripada itu, tempahan juga boleh dibuat secara online dengan meng-klik butang tempahan di sebelah kanan laman blog ini.


Mungkin ramai yang mengambil kesempatan pulang ke Tawau di Cuti Tahun Baru Cina nanti kan? maklumlah, cuti sekolah pun agak panjang pada masa itu. Jadi sempatlah untuk pulang ke Tawau melawat keluarga di kampung. Bagi rakan-rakan yang menyambut Chinese New Year pula, mesti dah tak sabar-sabar untuk pulang menyambut perayaan ini dengan keluarga yang tersayang di kampung halaman kan?


Bagi semua yang pulang ke Tawau di musim cuti perayaan Tahun Baru Cina ini, kami sediakan anda kereta sewa yang bakal memudahkan anda semua melawat kaum keluarga dan berjalan-jalan di Tawau nanti. Tidak perlu susah-susah naik bas, teksi atau ber-grab. Sewa sahaja kereta dan bila-bila masa boleh start enjin dan berjalan. Mudah kan?? Jadi apa lagi? Sila buat tempahan kereta sewa anda sekarang. Siapa cepat, dia depat. Harga sewa pun murah dan sangat berpatutan. Hubungi Kereta Sewa Tawau J3 sekarang untuk membuat tempahan awal (HP: 011-3966-3963, Haikal / 014-9669-359, Andrew).