Wednesday, 27 February 2019

Hubungi Kereta Sewa Murah Tawau

Hubungi Kereta Sewa Murah Tawau


Bagaimana untuk menghubungi servis kereta sewa murah di Tawau? Cuba scan QR code di atas. Anda akan dapat terus berhubung dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3. Selain itu, kami juga boleh dihubungi apabila anda klik link Kereta Sewa Murah Tawau ini. Cuba lah. Di Kereta Sewa Tawau J3, kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan tidak membebankan kepada seluruh rakyat Malaysia mahupun pelancong-pelancong dari negara luar. Sejak beroperasi dari tahun 2013, kami telah memberikan perkhidmatan tanpa henti kepada semua.

Bagi yang ingin menghuungi kami secara langsung melalui panggilan telefon, boleh terus dail talian kami di +601139663963 ataupun +60149669359. Kami bersedia membantu anda. Sekiranya talian sibuk, boleh hubungi kami melaui whatsapp dengan mengimbas QR code pada kad kami di atas. Kad ini kami berikan kepada pelanggan-pelanggan kami bermula hari ini. 

Ramai yang bertanya, apa jenis kereta yang kami sediakan? Kami menyediakan pelbagai jenis kereta seperti Perodua Kancil, Perodua Myvi, Proton Saga, Perodua Bezza, Toyota Avanza, Toyota Unser dan lain-lain lagi. Semua pada harga yang paling rendah di seluruh Tawau. Tiada deposit dan tiada caj tersembunyi. Jadi kepada yang memerlukan kereta dengan segera, bolehlah berhubung dengan kami bagi mendapatkan kereta sewa pada harga murah dan berpatutan.

Thursday, 7 February 2019

Tempat-Tempat Menarik Di Tawau


Ramai pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 selalu bertanya di mana tempat yang menarik di Tawau ni? Kadang-kadang kami susah juga mahu explain. Maklumlah, Tawau ni ada banyak tempat menarik sebenarnya, cuma tidak di explore secara meluas lagi. Jadi mahu diterangkan tu macam susah jugalah. Syukurlah Sabah Tourism telah membuat video menarik mengenai Tawau. Dalam masa 2 minit lebih, kini semua orang sudah boleh tahu dan mendapat info mengenai tempat-tempat yang menarik di daerah Tawau dan tempat-tempat menarik yang patut dilawati semasa berada di Tawau. Best kan? Kalau tak percaya, cuba tonton video di atas. Semua yang terbaik di Tawau ada dipaparkan.

Kalau dah tonton video dan bercadang mahu datang ke Tawau, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 untuk menempah kereta sewa anda. Kami boleh dihubungi di talian 0149669359 atau 01139663963. Mahu hantar Whatsapp saja? Anda boleh menghantar pesanan Whatsapp kepada kami di http://KeretaSewaTawauJ3.wasap.my untuk tempahan segera. Bagi yang berminat menempah kereta sewa secara online, boleh klik butang tempahan online kami di sebelah kanan atas laman blog ini. Kami akan membantu anda melawat tempat-tempat menarik di Tawau dengan kereta sewa yang kami tawarkan. Harga sewa kereta yang murah memang konfirm punya. Selamat datang ke Tawau Bosku :)

Friday, 1 February 2019

Selamat Tahun Baru Cina dari Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Murah Tawau
Tempah kereta sewa murah di Tawau - Hubungi 0149669359

Lagi beberapa hari saja lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Bagi yang pulang ke Tawau sempena cuti Tahun Baru Cina kali ini, adakah anda sudah menempah kereta sewa anda? Untuk makluman, hanya tinggal 1 buah kereta saja lagi yang available di musim cuti ini. Bagi yang betul-betul memerlukan kereta sewa pada bajet termurah di Tawau, sila hubungi kami dengan segera. Biar kami bantu anda. Anda semua boleh menghubungi kami di talian 0149669359 atau di talian 01139663963. Pastikan anda menyimpan nombor kami ya.

Seperti biasa, musim cuti perayaan adalah masa di mana tempahan kereta sewa sangat padat dan permintaan sangat tinggi. Maklumlah, ramai yang pulang ke kampung kan. Jadi ramai yang memerlukan kereta sewa untuk kegunaan harian. Pada tahun ini, tempahan kereta sewa untuk Tahun Baru Cina telah dibuat sejak seawal bulan Oktober tahun lepas lagi. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang telah membuat tempahan awal dengan kami. Kami berjanji akan buat sehabis baik untuk anda semua.

Untuk makluman, keadaan di Tawau pada tahun ini sangat meriah sekali. Untuk pertama kalinya Tawau ada bazaar Tahun Baru Cina di Kubota. Pihak berkuasa tempatan juga ada merangka pelbagai aktiviti dan program yang menarik di Tawau sepanjang Tahun Baru Cina ini. Kami yang berada di Tawau berasa begitu teruja sekali. Diharapkan mereka yang pulang bercuti ke Tawau sempena Tahun Baru Cina kali ini akan berasa teruja dan gembira juga berada di kampung halaman bersama keluarga tersayang. Harapan kami agar Tahun Baru Cina 2019 ini akan membawa rezeki dan kebahagiaan kepada semua yang meraikannya. Gong Xi Fa Cai!!