Selamat Hari Krismas kami di Kereta Sewa Tawau J3 ucapkan kepada para pembaca blog serta pelanggan-pelanggan dan penyewa-penyewa kereta kami yang menyambut Hari Krismas. Semoga Krismas tahun ini disambut dengan meriah dan penuh keceriaan di samping keluarga yang tersayang. Happy Holiday to all and hohoho....!!!
Selamat datang ke blog kereta sewa paling murah di seluruh Tawau!
Pages
- Home
- Tempahan Kereta Sewa Online
- Mengenai Kami
- Mengenai Tawau
- Baca Ini Dulu Sebelum Menyewa Kereta
- Rate Kereta Sewa
- Dokumen & Deposit
- Cara Booking Kereta
- Caj Penghantaran Ke Airport
- Caj Lewat Pemulangan
- Tempat Pengambilan & Pemulangan Kereta Sewa 1
- Tempat Pengambilan & Pemulangan Kereta Sewa 2
- Koleksi Gambar Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3
- Testimoni Pelanggan
Monday, 23 December 2013
Friday, 20 December 2013
Nombor Telefon Baru Kereta Sewa Tawau J3
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada para pembaca blog Kereta Sewa Tawau J3. Untuk makluman, kini kami di Kereta Sewa Tawau J3 sudah ada nombor telefon baru. Memandangkan jumlah panggilan, sms dan whatsapp kian meningkat setiap hari, maka kami mengambil keputusan untuk mewujudkan talian baru ini khas hanya untuk menjawab segala persoalan mengenai kereta sewa dan juga bagi memudahkan para pelanggan dan bakal penyewa membuat tempahan kereta sewa.
Oleh itu, talian lama kami di 013-5528523 tidak akan digunakan lagi bagi sebarang urusan mengenai kereta sewa kami. Untuk sebarang pertanyaan, info dan tempahan, sila hubungi kami di talian 014-9669-359. Talian ini akan mula digunakan sepenuhnya bermula pada hari Isnin, 23 Disember 2013. Harap maklum :)
Wednesday, 11 December 2013
Kereta Sewa Tawau J3 Suka Freebies - PERCUMA
Ya, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka freebies, atau dalam Bahasa Melayunya, benda-benda FREE. Ya la, siapa yang tak suka benda percuma kan? Lagi-lagi kalau benda percuma itu membolehkan kita menambah lagi duit poket dan keuntungan. Sebelum itu, salam sejahtera semua. Dah nak dekat 3 minggu kami tak update blog ni. Dah berhabuk dah pun. Tapi nak buat macam mana, kami di Kereta Sewa Tawau J3 sekarang sangat sibuk dan tak menang tangan melayan pelanggan. Maklum la, sekarang musim cuti, jadi ramai yang memerlukan kereta sewa di bandar Tawau ini. Dan semestinya mereka akan mencari kami di Kereta Sewa Tawau J3.
Berbalik kepada topik freebies, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka sangat menggunakan kemudahan di internet yang percuma bagi mempromosikan perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan. Cuba lihat banner di bawah ni, menarik kan? Banner yang kelihatan profesional ini kami dapat siapakan dalam masa 5 minit sahaja di http://www.realcheapsigns.com dan yang paling best sekali, ianya percuma!
Cuba lihat iklan Kereta Sewa Tawau J3 yang seterusnya
Nampak macam terer je buat kan? sama seperti iklan banner diatas, iklan yang ini pun kami buat dengan percuma di http://www.postermywall.com . Memang tak dinafikan, postermywall menyediakan grafik-grafik yang menarik untuk membantu kita membuat iklan banner, poster atau flyer dengan kemas dan bergaya. Masa untuk menyiapkan iklan ini tak sampai pun 10 minit. Sungguh mudah.
Akhir sekali, selain dari banner berbentuk grafik, kami di Kereta Sewa Tawau J3 juga gemar membuat iklan berbentuk video. Iklan video lebih cepat menarik perhatian & banyak info dapat disampaikan dengan jelas kepada pelanggan. Untuk iklan video, kami di Kereta Sewa Tawau J3 menggunakan videoscribe di http://www.sparkol.com . Cuba lihat screenshot iklan video kami ini
Kalau perasan, tak lama dulu iklan maxis di kaca tv pun ada menggunakan iklan video seperti yang kami tunjukkan ini. Untuk membuat iklan video seperti ini anda hanya perlu mendaftar di sparkol.com dan terus mendownload aplikasi video ini secara percuma. Nak buat video ini memang mudah. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sendiri terkejut sebab ianya terlalu simple dan mudah tapi hasilnya amat profesional dan nampak macam mahal je nak buat. Apa kata anda semua try lihat iklan video Kereta Sewa Tawau J3 ini di sini http://www.youtube.com/watch?v=_0YW9doc7no dan sini http://www.youtube.com/watch?v=VtIs4S22yEU
Jadi itulah kesudahannya. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka freebies. Lebih-lebih lagi freebies yang boleh membantu bisnes kami ini. Dengan adanya freebies ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 dapat mengiklankan iklan kami dengan percuma kepada anda semua. Ok, semoga anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat dari info yang kami sampaikan ini. Dan sekiranya anda berada di Tawau & memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, jangan lupa hubungi kami di 013-5528523 :)
Tuesday, 19 November 2013
Cuti Sekolah Bersama Kereta Sewa Tawau J3
Call/sms/whatsapp 013-5528523 untuk menyewa kereta dengan kami |
Ya, cuti sekolah yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kalau anda bercadang hendak bercuti di Tawau, apa kata anda bercuti bersama dengan Kereta Sewa Tawau J3. Ok tak macam tu? Ada banyak tempat menarik untuk dilawati di Tawau ni. Kalau berjalan kaki atau naik teksi atau bas, memang penat. Jadi hubungi saja kami di Kereta Sewa Tawau J3 dan biar kereta sewa kami menjadi peneman setia anda berjalan-jalan dan membeli-belah di bandar Tawau ini nanti.
Kami ada banyak pilihan kenderaan untuk anda pilih. Yang penting, anda semua mestilah membuat tempahan awal ya. Maklum la, di musim cuti sekolah ini kereta sentiasa fully booked. Contohnya seperti hari ini, 19/11/2013. Untuk makluman, pada hari ini semua kereta sewa kami dari yang kecil hingga yang paling besar semuanya keluar.
Jadi untuk mengelakkan kekecewaan di musim cuti sekolah ini, sila lah buat tempahan dengan segera ya. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan berusaha menyediakan kereta sewa yang termurah dan terbaik di seluruh Tawau untuk kegunaan anda di musim cuti ini. Jangan lupa, hubungi kami awal-awal. Okey, selamat bercuti semua dan untuk mereka yang pertama kali datang ke Tawau, Welcome to Tawau :)
Monday, 11 November 2013
Tempat Makan Pilihan Kereta Sewa Tawau J3
Apakah tempat makan paling best di Tawau menurut pilihan Kereta Sewa Tawau J3? Banyak sebenarnya. Terlalu banyak pilihan. Tapi untuk memudahkan bakal-bakal pelawat yang akan datang pada musim cuti sekolah nanti, maka kami di Kereta Sewa Tawau J3 mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beberapa tempat makan yang paling best dan wajib pergi di daerah Tawau ini.
Restoran Maskur
Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Sup Campur, Sup Urat, Nasi lalap
Harga : Sangat-sangat murah dan berbaloi
Lokasi: Merotai (Maskur I), sebelah Giant Hypermarket (Maskur II), Taman Univilla (Maskur III), Balung (Maskur IV)
Restoran Sri Titingan
Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Ikan masak sweet sour + mangga, Udang goreng tepung, Sup Isi Ketam
Harga : Terlalu rendah, dan merupakan restoran seafood yang paling low price di Tawau
Lokasi : Tawau Lama & Taman Univilla
Gerai Sayap Ayam Lelek
Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Sayap ayam, Pedal ayam, Buntut Ayam panggang + sambal kicap pedas special
Harga : Murah giler.... memang hari-hari jual murah punya
Lokasi : Berdepan pasaraya Servay & Parkwell
Indo Taste Cafe
Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Nasi Ayam Penyet, Ais Teler, Sanggar Cheese, Sang Men Watan Ho
Harga : Tidak mahal. Boleh datang beramai-ramai tanpa muflis
Lokasi : Berdekatan Giant Hypermarket
Bibiq Corner
Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Apa yang best di Bibiq Corner : Bagi yang nak try makan Payau, ini la tempatnya
Menu yang best : Sup Payau (rusa)
Harga : Sangat murah & berpatutan
Lokasi : Berdekatan dengan bangunan Lapangan Terbang Tawau
Restoran Makanan Laut Kam Ling
Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Pelbagai jenis masakan ikan, kerang, lala, sotong, udang yang terlampau sedap
Harga : Sederhana. Tapi berbaloi untuk setiap sen yang anda belanjakan di sini
Lokasi : Taman Tikus, Tawau
Okey, itu semua adalah antara tempat-tempat makan yang best di Tawau menurut kami di Kereta Sewa Tawau J3. Tempat ini kami pilih berdasarkan maklum balas mereka-mereka yang pernah menyewa kereta dengan kami. Selain itu, kami juga mengambilkira "kemashyuran" tempat-tempat ini di kaca mata warga Tawau.
Bagi bakal-bakal penyewa kereta kami, dan juga bakal-bakal pelawat yang akan menjejakkkan kaki ke Tawau ini, jangan lupa menjamu selera di tempat-tempat yang kami senaraikan ini. Kami jamin anda akan sangat-sangat berpuashati. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan memastikan anda semua dapat sampai ke tempat-tempat diatas dengan menaiki kereta sewa kami yang paling murah & paling feimes di Tawau ini.
Saturday, 26 October 2013
Penyokong Kereta Sewa Tawau J3
Siapakah penyokong Kereta Sewa Tawau J3? Tak lain tak bukan, sudah tentulah pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa berdiri di belakang kami. Kami terharu dengan sokongan tanpa henti yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan kami, baik yang berada di Tawau, mahupun di luar Tawau itu sendiri.
Di Tawau ini ada beberapa pilihan untuk mendapatkan kereta sewa. Tapi kami bersyukur kerana begitu ramai yang memilih kami sebagai tempat utama untuk menyewa kereta di daerah Tawau ini. Kami sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang memilih kami.
Walaupun mungkin ada kekurangan di mana-mana, tapi komen dan maklumbalas positif yang kami terima dari anda semua membuatkan kami begitu bersemangat untuk memberi yang terbaik. Untuk makluman semua juga, kami di Kereta Sewa Tawau J3 telah menambah lagi kereta sewa kami bagi menampung permintaan yang begitu tinggi dari anda sekalian.
Jadi, teruskan memberi sokongan anda. Dan jangan lupa, sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling murah di daerah Tawau, hubungi kami di 013-5528523 (call/sms/whatsapp). Kami pasti tidak akan mengecewakan anda :)
Monday, 7 October 2013
Lagi Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 Yang Berpuashati!
Mereka Berpuashati! |
Dua lagi pelanggan yang berpuashati dengan pekhidmatan kereta sewa yang kami Tawarkan. Mereka adalah Mr. Ahchin dan Mr. Ilangoven dari AirAsia. Mereka telah menyewa kereta kancil kami selama 2 minggu (21/9/2013 - 5/10/2013) dengan kadar yang paling murah di seluruh Tawau. Menurut mereka, setelah puas mencari, hanya Kereta Sewa Tawau J3 yang menawarkan sewa paling murah berbanding tempat lain.
Yang menariknya menurut mereka, hanya Kereta Sewa Tawau J3 juga yang tak kisah mereka membuat bayaran ansuran selama 2x untuk sewaan 2 minggu itu. Di tempat lain menurut mereka, tiada fleksibiliti seperti itu. Apa pun, kami di Kereta Sewa Tawau J3 turut berterima kasih kepada mereka atas kepercayaan yang diberi. Dan semoga kita dapat berurusan lagi di lain masa.
Bagi bakal-bakal pelanggan kami yang lain, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang mengamalkan fleksibiliti dalam perkhidmatan kami. Apabila menyewa kereta, anda semua memang diharapkan untuk membuat bayaran penuh dahulu sebelum kunci kereta sewa diserahkan. Walau bagaimanapun, kami juga memahami keadaan kewangan pelanggan kami, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menyewa kereta dalam jangka waktu yang lama. Perkara itu semuanya boleh runding.
Jadi tunggu apa lagi? sudah ramai yang berpuashati dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa di Tawau, jangan ragu-ragu untuk menjadikan kami pilihan anda. Kami jamin anda juga akan berpuashati :)
Saturday, 5 October 2013
Sewa Kereta Wira di Tawau Hanya RM95 Sehari, Murah Kan!
Untuk mendapatkan kereta sewa ini, call/sms/whatsapp 013-5528523 sekarang! |
Ya, memang benar, sewa kereta Proton Wira di Tawau hanya RM95 sehari. Terlalu murah kan? sampai susah nak percaya. Tapi...., memang ada tapinya jugak. Sewa RM95 sehari ini hanya boleh diperolehi apabila anda menyewa kereta ini di Kereta Sewa Tawau J3. Kalau kat tempat lain tak dapat ya :)
Hah... itu sahaja syaratnya. Untuk mendapatkan kadar sewa kereta Proton Wira yang paling murah di seluruh Tawau, anda hanya perlu menyewa kereta berkenaan dengan kami. Kadar sewa hanya RM95/hari sahaja. Kalau sewa lebih dari sehari, konfirm dapat lebih murah lagi.
Keadaan kereta wira yang kami sewakan memang tip-top. Satu soalan yang paling gemar ditanya oleh penyewa, "aircond ok ke?" tak pun mereka akan tanya "ada aircond kah kereta ni?" Ini memang soalan-soalan kegemaran penyewa-penyewa kereta kami di Tawau. Walaupun kadar sewa kereta kami murah dan terlalu rendah, tapi itu tidak bermaksud kami memberikan anda kereta yang berkualiti rendah dan tiada aircond. Kereta kami semua ada aircond, full blast lagi. Lebih-lebih lagi kereta Proton Wira kami ni, memang sejuk ya.
Jadi kalau anda berminat mahu sewa kereta Proton Wira di Tawau, jangan lupa hubungi kami di 013-5528523. Kami akan berikan anda kereta wira yang paling baik, paling murah dan paling sejuk aircondnya untuk anda sewa. Kami akan pastikan anda mendapat setiap nilai yang anda laburkan semasa anda menyewa kereta ini dari kami :)
Monday, 30 September 2013
Kereta Sewa Tawau J3 Ada Lesen Bah..
Kami pernah menulis mengenai lesen syarikat kami di post-post yang terdahulu. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi pelanggan di luar sana yang bertanya mengenai status kami. Adakah kami, Kereta Sewa Tawau J3 merupakan peniaga underground? ataupun kami mempunyai lesen berniaga yang sah?
Untuk makluman semua, Kereta Sewa Tawau J3 merupakan syarikat milik penuh J 3 Trade Enterprise. Di mana J3 Trade Enterprise ini pula merupakan sebuah syarikat enterprise yang mendapat lesen bagi menjalankan "Perniagaan Kereta Sewa & Pengangkutan Awam" dan beroperasi di daerah Tawau sahaja buat masa ini. Lesen kami ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan daerah Tawau iaitu Majlis Perbandaran Tawau. Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab persoalan anda semua.
Jadi, sekiranya anda ingin mencari kereta sewa di daerah Tawau ini, anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan kami. Kami merupakan peniaga yang berniaga secara sah dan telahpun mendaftarkan perniagaan kami di PBT daerah Tawau. Kadang-kadang ada pelanggan yang terlalu risau dan tak percaya kerana kereta sewa yang kami tawarkan tersangatlah rendah sewanya dan "below market price". Mereka fikir sudah tentu ada udang di sebalik mee. Jangan risau ya, kereta sewa kami murah kerana itu adalah prinsip kami. Iaitu untuk menyenangkan semua orang. Kami tahu, ada yang menyewa kereta kerana terdesak dan terpaksa diakibatkan oleh kecemasan. Kami tidak berminat untuk menambah beban orang-orang seperti itu.
Jadi ok ya? harap sudah jelas semuanya. Di samping bercakap mengenai lesen ini juga, kami turut mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan rakan kami di Shah Alam. Rakan kami ini juga turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Tapi bukan di Tawau ya. Mereka beroperasi di Shah Alam dan menyediakan perkhidmatan kereta sewa di kawasan sekitar Shah Alam, Klang & Subang. Jangan risau, rate mereka sangat berpatutan dan perkhidmatan mereka juga dijamin memuaskan. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa di sekitar Shah Alam, Klang & Subang anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera di dalam gambar di bawah, atau layari terus laman web rasmi mereka di http://sksportcar. blogspot.com/2013/09/kereta- sewa-shah-alam.html
SK Sport Car 017-2449251 |
Saturday, 28 September 2013
Penyewa Kereta Kami.....
Kereta Sewa Tawau J3 |
Kali ini kami berkesempatan memaparkan antara wajah-wajah penyewa kereta kami di bulan September 2013 ini. Ada ramai lagi, tapi rasanya kami akan memuatkan satu ruang baru di blog ini bagi memaparkan gambar-gambar yang sempat kami tangkap bersama-sama dengan mereka nanti.
Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3 kami amat berterima kasih kepada para pelanggan kami. Sokongan tanpa henti dari anda semua menguatkan lagi semangat kami untuk menjadi peneraju kadar sewa kereta yang murah di Tawau ini.
Murah tidak semestinya bermaksud tak ada "class". Dan mahal juga tak semestinya bermaksud "high class". Kereta sewa murah yang kami tawarkan pada anda semua sentiasa dijaga dan diservis dengan baik. Jadi sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang murah dan mampu dibayar tanpa membebankan diri anda, hubungilah kami. Di Tawau ini, Kereta Sewa Tawau J3 merupakan satu-satunya syarikat kereta sewa berlesen yang menawarkan kadar sewa yang paling rendah. Kalau tak percaya, tanyalah pakcik google :)
Kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang pernah menyewa kereta dengan kami, berbanyak-banyak terima kasih sekali lagi. Tanpa anda semua, siapalah kami. Kepada bakal pelanggan kami, jangan risau. Kereta Sewa Tawau J3 akan memberikan yang terbaik untuk anda semua.
Sunday, 15 September 2013
Berbaloi Ke Menyewa Kereta Di Tawau Dengan Kami?
Ramai orang yang datang dan pergi di Tawau ni. Ada yang datang atas urusan bisnes, ada juga yang datang semata-mata nak makan seafood. Mungkin orang kaya la tu kan? Tapi seafood di Tawau ni memang murah dan sedap. Apa pun, kedatangan anda semua sangat dialu-alukan. Tiap kali datang sudah tentu anda semua ingin bershopping sakan dan berjalan-jalan hingga ke Semporna. Dan anda semua sudah tentu memerlukan pengangkutan. Tapi mana lebih jimat, naik teksi atau sewa kereta? Jawapannya sangat mudah. Naik kereta sewa lebih JIMAT. Kalau nak tau, di Tawau ni tambang teksi dari airport ke bandar Tawau je sudah mencecah RM45. Jadi anda semua pun boleh berfikir sendiri mengenai hal itu ;)
Tapi ada banyak pilihan di Tawau sebenarnya. Syarikat kereta sewa bukan ada 1 sahaja. Selain syarikat kereta sewa yang berlesen, ada juga ramai individu yang menyewakan kereta secara part-time bagi mendapatkan side-income. Jadi kalau anda datang ke Tawau, jangan risau pasal kereta sewa. Di sini ada banyak. Tapi apa yang membezakan kami dengan yang lain? Jawapan kami, Harga & Fleksibiliti. Ini bukan auta ya, kami memang menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di Tawau. Selain murah, kami juga mempunyai sistem harga yang fleksibel. Makin lama anda sewa kereta dengan kami, rate sewanya makin rendah.
Jadi berbaloi ke menyewa kereta dengan kami di Tawau ni? Jawapannya adalah YA. Bukan sebab bias atau apa, tapi kami tidak berminat menafikan sesuatu yang benar. Kalau anda berminat untuk menyewa kereta dan dalam pada masa yang sama ingin menjimatkan duit, pilihlah kami. Kami bukan setakat menjimatkan sedikit, tapi kami menjanjikan penjimatan yang cukup besar. Bagi yang tidak percaya, anda boleh check sendiri rate kereta sewa di Tawau ini dan buat perbandingan sendiri.
Bagi yang sudah pernah menyewa kereta dengan kami, berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan. Sokongan anda pada kereta sewa yang mempunyai nilai jimat ini akan membantu mereka-mereka yang lain di masa hadapan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda. Misi kami adalah untuk menyediakan kereta sewa kos rendah di Tawau untuk anda semua :)
Thursday, 5 September 2013
Mahu Sewa Kereta Di Tawau? Whatsapp Saja Kami.
Whatsapp 013-5528523 Untuk Menyewa Kereta Yang Paling Murah Di Tawau |
Untuk makluman semua pembaca, kami di Kereta Sewa Tawau J3 kini boleh dihubungi melalui whatsapp. Apa itu whatsapp? bagi yang belum tahu lagi, whatsapp adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang membolehkan anda menghantar mesej, fail dan gambar secara percuma kepada pengguna whatsapp yang lain. Dengan syarat telefon pintar anda mempunyai connection dengan internet.
Memandangkan begitu ramai rakyat Malaysia menggunakan whatsapp sekarang untuk berkomunikasi, maka kami di Kereta Sewa Tawau J3 juga turut serta menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan perhubungan kami dengan pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggan kami.
Oleh itu, mulai hari ini anda sudah boleh ber-whatsapp dengan kami. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa di daerah Tawau ini, whatsapp saja kami di talian 013-5528523. Bagi mereka yang tidak mempunyai whatsapp, jangan risau, kami masih boleh dihubungi melalui sms atau panggilan telefon seperti biasa. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sedia membantu anda.
Sunday, 1 September 2013
Mohd Ridwan Bin Mohd Saleh, Anda Telah Disenaraihitamkan!
Penyewa Kereta Yang Tidak Jujur |
Penama di atas iaitu Mohd Ridwan Bin Mohd Saleh ( No KP: 820317-12-5519 ) merupakan salah seorang penyewa kereta dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3. Malangnya beliau telah bersikap cuai semasa menyewa kereta hingga menyebabkan kereta yang disewa dengan kami telah dikenakan saman atas kesalahan beliau memandu melebihi had laju.
Adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan saman sebanyak RM150.00 yang telah dikenakan oleh PDRM. Ini kerana saman telah dikeluarkan semasa kereta berada di dalam sewaan beliau. Setelah saman dikeluarkan, kami telah cuba menghubungi beliau melalui panggilan telefon. Kami juga telah menghantar sms, namun tiada respon dari pihak beliau.
Atas dasar itu kami telah mengambil keputusan untuk memaparkan identiti beliau di blog kami ini dan juga di laman facebook kami. Diharapkan pihak operator kereta sewa yang lain di daerah Tawau akan sedia maklum melalui perkongsian maklumat ini. Terus terang kami katakan, orang yang bernama Mohd Ridwan Bin Mohd Saleh ini adalah seorang manusia yang tidak jujur dan tak bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.
Tuesday, 27 August 2013
Nah, Kan Dah Kena Saman...
Ya, topik hot pada hari ini adalah berkenaan saman. Soalan yang selalu jugak ditanya, siapa nak bayar saman untuk kereta yang disewa? Untuk makluman para pembaca sekalian, adalah menjadi tanggungjawab seorang penyewa kereta untuk membayar saman sekiranya kejadian saman berlaku semasa kereta berada di dalam sewaan penyewa kereta.
Contohnya, encik Ali bin Abu menyewa kereta Perodua Kancil XAA dari 1 Ogos 2013 hingga 5 Ogos 2013. Tidak lama kemudian, datang surat saman mengatakan kereta Perodua Kancil XAA mempunyai saman pada 4 ogos 2013. Secara otomatik, encik Ali bin Abu adalah orang yang bertanggungjawab menjelaskan saman tersebut kerana beliau yang menyewa kereta itu pada tarikh tersebut.
Kami harap penyewa-penyewa kereta & bakal penyewa kereta kami sedia maklum mengenai perkara ini. Dalam pada itu kami juga ingin menasihatkan anda semua agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas untuk mengelakkan diri dari disaman.
Kami sebenarnya amat bersedih kerana baru-baru ini ada seorang penyewa yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan sebuah kereta sewa kami dikenakan saman. Penyewa kereta berkenaan telah membawa kereta melebihi had laju. Ketika dihubungi beliau bersetuju untuk membayar saman. Tetapi, semakin dekat tarikh akhir membayar saman itu, makin senyap pula penyewa itu. Panggilan telefon tidak dijawab dan sms tidak dibalas. Kami akhirnya terpaksa membayar saman itu sendiri.
Walau bagaimanapun, kami akan membuat laporan polis mengenai hal itu dan kad pengenalan serta lesen memandu penyewa berkenaan akan kami paparkan di laman facebook kami. Harapan kami agar penyewa-penyewa kereta yang lain janganlah bersikap seperti orang itu.
Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa memberi yang terbaik kepada anda semua. Dan kami juga berharap agar anda sebagai penyewa akan menjadi pemandu & penyewa kereta yang bertanggungjawab dan amanah. Ini semua adalah untuk kebaikan kita bersama :)
Thursday, 15 August 2013
Kami Kini di Twitter
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Sejak cuti sekolah dan cuti raya bermula, kami di Kereta Sewa Tawau J3 tak henti-henti & tak putus-putus menerima tempahan kereta. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan pada kami. Anda semua memang the best!
Oh ya, untuk makluman pembaca semua, dalam kesibukan kami, sempat juga kami setup 1 akaun twitter pada bulan yang lepas. Tapi kerana terlalu sibuk, kami lupa menghebohkan berita ini pada anda semua. Ya, kini Kereta Sewa Tawau J3 sudah berada di twitter. Selain facebook & blog, twitter juga merupakan salah satu medium perhubungan sosial yang paling feimes sekali di Malaysia. Betul kan?
Atas dasar ingin merapatkan lagi perhubungan kami dengan anda semua, maka dengan ini kami berbesar hati mengajak anda semua mengikuti kami di twitter. You follow us, we follow you, bolehkan? Dengan adanya twitter ini kami berharap akan sentiasa dapat "tweets" dan "update" anda semua berkenaan promosi dan juga berita-berita terbaru dari kami. Jadi tunggu apa lagi? jom follow kami di @keretasewatawau
Saturday, 10 August 2013
Kereta MPV Paling Best di Tawau
Kereta MPV Paling Best di Tawau |
Inilah kereta MPV yang paling best di Tawau. Toyota Unser 1.8. Memang terbaik la kereta ni. Tengok body pun tau. Itu belum tengok kat dalam lagi. Kalau nak tau, kereta kat atas tu la kereta MPV yang kami sewakan di Tawau ini. Kami sangat-sangat berbesar hati menawarkan kereta MPV ini pada anda semua dengan kadar sewa yang sangat-sangat rendah.
Kenapa kami tawarkan sewa yang rendah untuk MPV kami ini? jawapannya mudah. Sebab di Kereta Sewa Tawau J3, adalah menjadi prinsip kami untuk memberikan yang terbaik pada pelanggan semua dengan harga yang paling rendah. Lagipun kami mahu anda semua dapat "merasa" naik kereta kami yang cun ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan?
Sebelum kami bagitau berapa rate kami untuk kereta ini, mari kita layan dulu gambar-gambar kat dalam kereta ini. Mesti anda semua suka punya.
Apa macam? best kan? Dalam kereta ni memang bersih & luas. Seat pula adalah dari jenis half pvc-leather yang sejuk tu. Kalau duduk di dalam kereta ni, memang confirm rasa best sangat-sangat. Kereta ini memang sangat sesuai disewa oleh sesiapa sahaja. Jadi bagaimana dengan ratenya pula? jangan takut. Memang tak mahal. Sebelum tu, tengok dulu video kereta ni secara live. Jom layann...
Kereta Sewa MPV paling murah di Tawau, Sabah. from j3trader on Vimeo.
Jadi sekarang, betul-betul.... berapakah rate kereta sewa MPV yang paling best di bandar Tawau ini? Mungkin itu persoalan yang sedang bermain di minda anda semua. Okey, untuk kereta MPV yang paling best ini, rate ini yang kami tawarkan.
1 hari = RM200
3 hari dan ke atas = RM190/hari
7 hari dan ke atas = RM180/hari
1 bulan = RM3700
Kan dah cakap murah-murah sahaja. Kami memang ingin anda mendapat nilai yang terbaik wang anda. Jadi tunggu apa lagi ya?? Kalau berminat mahu menyewa kereta ini, sila call/sms 013-5528523 sekarang juga. Dilayan bah kalau kau :)
Tuesday, 6 August 2013
Tawau Banjir Lagi
Selamat pagi semua. Hari ini cuaca di Tawau amat sejuk. Hujan lebat dari semalam belum menampakkan tanda-tanda mahu berhenti. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 pun terpaksa menunda kerja-kerja menghantar kereta pada pagi ini berikutan cuaca yang tidak baik. Bukan sahaja cuaca tidak baik, tetapi beberapa kawasan utama di daerah Tawau ini juga telah dilanda banjir.
Apa pun, kami bersyukur kerana tiada kereta-kereta sewa kami ditenggelami air, baik yang berada dalam simpanan kami, mahupun yang sekarang ini sedang disewa oleh pelanggan-pelanggan kami. Cuaca buruk seperti ini sedikit sebanyak mempengaruhi perniagaan kami. Ada yang positif, ada yang negatif.
Yang positifnya, kami mendapat beberapa panggilan di sekitar Tawau untuk menyewa kereta kerana ramai yang sukar mendapat teksi untuk pergi berbelanja menjelang hari raya nanti. Bagus juga tu. Maksudnya hujan pun membawa "income" juga untuk kami. Tapi yang negatifnya pula, kami pun sebenarnya sukar untuk bergerak ke tempat penyewa kerana hujan yang sangat lebat dan jalan yang sangat "jem" akibat dari hujan yang tak tau berhenti ini.
Jadi, disinilah kami, masih menunggu hujan ini reda sedikit. Kepada pemanggil-pemanggil yang ingin menyewa kereta itu, sabar ya. Sebentar lagi kalau hujan reda sedikit kami akan pergi ke tempat kamu. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan memastikan kami dapat memberikan yang terbaik walaupun hari hujan. Kepada warga Tawau khasnya yang mana rumah mereka dinaiki air itu, harap banyakkan bersabar. Memang beginilah Tawau ni kan, sikit-sikit banjir. Harap-harap di masa depan hal seperti banjir ini hanya akan tinggal kenangan saja. Sama-sama kita doakan :)
Friday, 2 August 2013
Sila Pulangkan Di Sini....
Sila lihat tanda segiempat berwarna hitam pada peta diatas. Untuk makluman semua penyewa kereta & bakal penyewa kereta kami, disitulah tempat anda akan memulangkan kereta selepas habis dipinjam. Dalam erti kata lain, disitulah pusat pemulangan kereta sewa untuk Kereta Sewa Tawau J3. Tempat ini terletak di Taman Berkeley Tawau, iaitu di bahagian belakang pejabat & showroom Universal Motor. Rasanya semua tahu di mana Universal Motor kan? Ianya terletak di Batu 1 setengah jalan Apas, Tawau. Kami boleh menghantar kereta sewa di mana-mana sahaja dia dalam kawasan bandar Tawau dengan percuma & airport (caj RM20). Tapi pengembalian semula mesti dilakukan di Universal Motor untuk memudahkan kami memeriksa semula kenderaan yang dikembalikan.
Untuk makluman juga, kami TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan menghantar semula penyewa kereta ke rumah masing-masing semasa penyewa menghantar kereta untuk pemulangan. Itu merupakan tanggungjawab penyewa sendiri. Kecualilah bagi penyewa yang meminta kereta sewa dipulangkan dan diambil oleh kami di airport, maka kami akan ke airport mengambil kereta tersebut.
Sejak kebelakangan ini ramai penyewa yang memulangkan kereta meminta kami menghantar mereka balik ke rumah masing-masing. Ini agak sukar kerana kekangan masa disebabkan oleh kesibukan kami menghantar kereta yang hendak disewa ke sana sini. Harap penyewa & bakal penyewa maklum mengenai perkara ini. Kami dengan sukacitanya menyediakan peta arah Universal Motor di Taman Berkeley untuk memudahkan anda semua merancang perjalanan nanti. Untuk makluman juga, tempat ini tidak jauh dari bandar Tawau dan amat senang untuk mendapatkan teksi dan bas disini :)
Untuk makluman juga, kami TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan menghantar semula penyewa kereta ke rumah masing-masing semasa penyewa menghantar kereta untuk pemulangan. Itu merupakan tanggungjawab penyewa sendiri. Kecualilah bagi penyewa yang meminta kereta sewa dipulangkan dan diambil oleh kami di airport, maka kami akan ke airport mengambil kereta tersebut.
Sejak kebelakangan ini ramai penyewa yang memulangkan kereta meminta kami menghantar mereka balik ke rumah masing-masing. Ini agak sukar kerana kekangan masa disebabkan oleh kesibukan kami menghantar kereta yang hendak disewa ke sana sini. Harap penyewa & bakal penyewa maklum mengenai perkara ini. Kami dengan sukacitanya menyediakan peta arah Universal Motor di Taman Berkeley untuk memudahkan anda semua merancang perjalanan nanti. Untuk makluman juga, tempat ini tidak jauh dari bandar Tawau dan amat senang untuk mendapatkan teksi dan bas disini :)
Sunday, 28 July 2013
Selamat Tinggal Maybank
Baru hari ni ada free untuk buat sedikit update di blog ni. Maklum la, sibuk terkejar ke sana sini menguruskan penghantaran/pengambilan kereta dari dan kepada semua penyewa. Tapi tak apa, itu semua rezeki dan memang seronok melakukannya setiap hari.
Oh ya, di sini kami ingin membuat sedikit pengumuman penting mengenai akaun bank kami. Kalau dahulu kami cuma menggunakan akaun bank peribadi kami di Maybank bagi urusan deposit duit booking kereta, tapi kini kami telah membuka akaun semasa atas nama syarikat induk kami iaitu J3 Trade Enterprise bagi tujuan tersebut. Ini bukan sahaja untuk memudahkan kami menyemak deposit anda, tapi juga sebenarnya menaikkan kredibiliti syarikat kami :)
Penggunaan no akaun baru untuk tujuan deposit duit booking itu akan berkuatkuasa pada minggu hadapan. Untuk makluman semua juga, akaun semasa kami itu itu adalah di AmBank. Kenapa AmBank dan bukan Maybank? Kalau ikutkan hati, kami memang teringin membuka akaun semasa di Maybank, tapi prosedurnya yang cukup payah membuatkan kami memilih AmBank. Tapi AmBank pun okey juga bah :)
Kami sedia maklum ramai penyewa & bakal penyewa kereta mempunyai akaun di Maybank dan senang membuat urusan online banking di Maybank2u. Tapi sebenarnya tak ada beza sangat pun sekiranya anda transfer dari Maybank ke AmBank, caj hanya 10 sen sahaja walaupun transaksi interbanking. Jadi jangan risau, anda tidak akan dikenakan caj yang melebih-lebih kalau transfer duit ke akaun AmBank.
Maklumat mengenai no. akaun tersebut akan kami umumkan pada minggu hadapan nanti. Dan kami amat berharap para pelanggan semua tidak akan menghadapi sebarang masalah mengenai perkara ini. Apa pun, terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Tanpa anda, siapa la kami. Trimas :)
Tuesday, 23 July 2013
Kecewa Tahap Gaban
Kecewa tahap gaban....itulah istilah yang pernah diungkapkan oleh seorang bakal customer kami apabila beliau gagal menyewa kereta dari kami. Keadaan ini bukan sahaja dialami oleh customer berkenaan, tetapi juga oleh beberapa customer yang lain.
Terlebih dahulu kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin memaklumkan bahawa buat masa ini kereta sewa kami tidak dapat menampung permintaan yang begitu tinggi daripada para penyewa kereta sekalian. Kami pun tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu baik dari anda semua.Trimas! Walau bagaimanapun, ekoran dari sambutan yang luarbiasa itu, maka kami sentiasa kekurangan kereta kerana rate keluar-masuk kereta yang begitu tinggi
Kami pun kecewa tahap gaban macam anda juga, percaya la. Lebih-lebih lagi kalau anda betul-betul terdesak memerlukan kereta sewa pada masa itu. Oleh itu, untuk mengelakkan kekecewaan ketika hendak menyewa kereta, maka kami ingin menyarankan anda semua untuk membuat tempahan awal, sekurang-kurangnya 3-4 hari sebelum anda ingin memakai kereta. Ini bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan kereta, tapi dapat membantu kami untuk memberi servis yang terbaik untuk anda.
Jadi janganlah kecewa tahap gaban lagi. Untuk membuat tempahan awal, anda semua boleh sms/call 013-5528523. Kalau tiada kredit, email pun boleh di j3trader@gmail.com, dilayan bah kalau kau :)
Saturday, 20 July 2013
Blog Kami Dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan sister blog kami in English. Setelah mendapat pelbagai feedback dari pelbagai pihak maka kami akhirnya bersetuju untuk membina satu lagi blog Kereta Sewa Tawau J3 dalam Bahasa Inggeris. Ini bukan sahaja akan memudahkan pelancong-pelancong yang tidak tahu berbahasa Melayu, tetapi juga akan memudahkan kawan-kawan kita di Malaysia ini yang lebih selesa berbahasa Inggeris.
Isi kandungan lebih kurang sama sahaja, tetapi lebih simple. Ini kerana blog berbahasa Inggeris ini juga akan kami gunakan sebagai marketing tools kami di dalam search engine. Seperti yang kita sedia maklum, seacrh engine seperti google ini biasanya lebih friendly pada web yang berbahasa Inggeris. Jadi kami bina blog ini dengan ringkas tapi padat dengan keyword SEO yang kami kehendaki.
So what are you waiting for? Please visit our new blog at http://www.tawaucarrentalj3.blogspot.com NOW :)
Tuesday, 16 July 2013
Kereta Paling Best
Inilah kereta yang paling best tu. Kalau nak tau, inilah kereta pertama Malaysia. Kereta Proton Saga. Tapi yang ini rasanya edisi kedua sudah. Ini merupakan kereta Proton Saga Megavalve 1.5 yang sangat terkenal pada awal tahun 90an dulu tu.
Apa yang best kereta ni? Ok, mula-mula sekali body kereta ni memang tahan lasak. Keras dan berat. Tak macam kereta sekarang, kena gesel sikit dah kemek. Yang ini memang super heavy-duty la. Nak sepak berkali-kali pun belum tentu kemek. Jangan-jangan kaki tu pulak yang kemek.
Yang kedua, keluasan dalaman kereta ni. Korang mesti tak tau kan betapa LUASnya kereta ni. Lebih besar dan luas dari kereta waja atau preve tu. Bonet belakang pulak dah macam bilik stor. Besar sangat. Memang sesuai la kalau kereta di bawa pergi shopping.
Yang ketiga, aircondnya sejuk. Walaupun kereta ni kira macam kereta old skool, tapi aircondnya memang tip top dan tak bermasalah. Tak macam kereta sekarang, sikit-sikit ada masalah aircond. Sikit-sikit nak kena servis. Tengok Saga ni, ok je.
Yang keempat, kelima, keenam dan seterusnya, kena naik sendiri dulu baru dapat feel. Tapi bagi saya, kereta ini memang the best. Dan kami di Kereta Sewa Tawau J3 ini mahu anda merasai ke-best-an kereta ni sendiri. Maka kami pun mengambil keputusan untuk memasukkan kereta ini dalam senarai kereta sewa super budget kami. Mari kita semak kadar sewanya ya:
1 hari = RM50/hari
7 hari ke atas = RM45/hari
1 bulan = RM750 sahaja
Apa macam? berminat? kalau berminat boleh call atau sms kami di talian 013-5528523. Konfirm dilayan bah kalau kau :)
Thursday, 11 July 2013
Nah, kami pun sudah ada video iklan yang macam dalam TV tu....
Untuk mempelbagaikan lagi cara promosi perkhidmatan kereta sewa kami, maka kami telah mengambil keputusan untuk try video promosi pulak. Rasa-rasanya boleh request video ni masuk TV3 tak? Hehehe... mesti kena bayar mahal kan.
Apa pun kami berbangga kerana mungkin kami satu-satunya syarikat kereta sewa di Tawau ini yang ada video promosi. Walaupun video ni biasa-biasa saja, tapi cukuplah untuk memperkenalkan kami pada bakal-bakal pelanggan yang berada di luar sana.
Untuk makluman anda semua, video ini telahpun dilancarkan di youtube, vimeo, carigold forum & forum Miri Community. Dan ianya takkan berhenti di situ saja, kami akan terus melancarkan video pertama kami ini di mana-mana saja di alam maya ini. We're going to invade the world wide web, yihaaaaaa :)
Siapa kata kami peniaga underground? Ada lesen bah ni..
Ramai yang bertanya adakah Kereta Sewa Tawau J3 merupakan perniagaan kereta sewa yang berlesen. Kami dengan bangganya menjawab YA. Untuk makluman semua, Syarikat Kereta Sewa Tawau J3 merupakan satu entiti perniagaan yang berlesen dan dimiliki sepenuhnya oleh J3 Trade Enterprise.
Kepada mereka yang berurusan dengan kami, jangan takut. Kami bukan peniaga "underground". Kami menjalankan perniagaan secara sah dan mempunyai lesen perniagaan seperti yang ditetapkan oleh Ordinan Pelesenan Perdagangan tahun 1948.
Wednesday, 10 July 2013
Mau cakap english? Boleh bah..
Okay, so we get this question a few times now. Do you speak english? can you speak english? I know our blog is in Malay, our FB fanpage is in Malay, but that doesn't mean we can't speak english :)
Many of our (potential) customers prefer english, but when they read our blog and it's in Malay, they seem hesitant to sms or give us a call for fear that they can't communicate with us. Don't worry, just pick up your phone and fire away your question(s). We can understand you.
So, why are using Malay here at our blog? English seems better and we can get higher pagerank in google if we use english. We can also get on top of google search engine results. So why? Because Bahasa Melayu is our "Bahasa Kebangsaan". That is why. And we feel we can express our thoughts better in Malay.
I am writing this in english just to show that yes, we speak english and yes we can understand you. So if you need to rent a car here in Tawau, don't hesistate even for a minute to give us that call (or sms). We're ready to answer your call and we're ready to give you the best service in Tawau :)
Sunday, 7 July 2013
Sewa MPV yang Paling Murah di Tawau
Okey, ramai yang tanya berapa rate kami untuk MPV. Kalau dengan kami, memang konfirm "low price" punya. Antara MPV yang kami tawarkan buat masa ini adalah Toyota Unser. Kenapa Unser? Sebab bagi kami Unser dapat memuatkan lebih ramai penumpang, disamping itu ia juga dapat memuatkan barang yang banyak. Keadaan dalaman kereta yang besar & selesa dapat memberi pengalaman pemanduan yang hebat dan bermakna. Cuba check gambaran dalaman bagi kereta Unser ni.
Macam mana? luas dan selesa kan? Alang-alang sewa MPV, biar yang besar dan selesa & boleh muat lebih ramai orang tanpa terasa macam berada dalam tin sardin yang mau luput tarikhnya. Kan? Okey, berbalik pada rate sewa yang kami berikan. Jom kita semak sama-sama ya:
1 hari = RM200
3 hari ke atas = RM190/hari
7 hari ke atas = RM180/hari
Kan kami dah cakap memang murah. Oleh kerana rate yang begitu murah, kereta kami ini dah fully booked untuk minggu ini. Tapi tak apa, minggu depan boleh book sudah tu. Untuk yang mahu pulang beraya bersama keluarga, jangan segan-segan, call saja Mr. Andrew di 013-5528523 untuk booking ya. Memang berbaloi :)
Subscribe to:
Posts (Atom)