Sunday, 28 July 2013

Selamat Tinggal Maybank


Baru hari ni ada free untuk buat sedikit update di blog ni. Maklum la, sibuk terkejar ke sana sini menguruskan penghantaran/pengambilan kereta dari dan kepada semua penyewa.  Tapi tak apa, itu semua rezeki dan memang seronok melakukannya setiap hari.

Oh ya, di sini kami ingin membuat sedikit pengumuman penting mengenai akaun bank kami. Kalau dahulu kami cuma menggunakan akaun bank peribadi kami di Maybank bagi urusan deposit duit booking kereta, tapi kini kami telah membuka akaun semasa atas nama syarikat induk kami iaitu J3 Trade Enterprise bagi tujuan tersebut. Ini bukan sahaja untuk memudahkan kami menyemak deposit anda, tapi juga sebenarnya menaikkan kredibiliti syarikat kami :)

Penggunaan no akaun baru untuk tujuan deposit duit booking itu akan berkuatkuasa pada minggu hadapan. Untuk makluman semua juga, akaun semasa kami itu itu adalah di AmBank. Kenapa AmBank dan bukan Maybank? Kalau ikutkan hati, kami memang teringin membuka akaun semasa di Maybank, tapi prosedurnya yang cukup payah membuatkan kami memilih AmBank. Tapi AmBank pun okey juga bah :)

Kami sedia maklum ramai penyewa & bakal penyewa kereta mempunyai akaun di Maybank dan senang membuat urusan online banking di Maybank2u. Tapi sebenarnya tak ada beza sangat pun sekiranya anda transfer dari Maybank ke AmBank, caj hanya 10 sen sahaja walaupun transaksi interbanking. Jadi jangan risau, anda tidak akan dikenakan caj yang melebih-lebih kalau transfer duit ke akaun AmBank.

Maklumat mengenai no. akaun tersebut akan kami umumkan pada minggu hadapan nanti. Dan kami amat berharap para pelanggan semua tidak akan menghadapi sebarang masalah mengenai perkara ini. Apa pun, terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Tanpa anda, siapa la kami. Trimas :)

No comments:

Post a Comment