Tuesday, 27 August 2013

Nah, Kan Dah Kena Saman...

Saman Polis at Kereta Sewa Tawau J3

Ya, topik hot pada hari ini adalah berkenaan saman. Soalan yang selalu jugak ditanya, siapa nak bayar saman untuk kereta yang disewa? Untuk makluman para pembaca sekalian, adalah menjadi tanggungjawab seorang penyewa kereta untuk membayar saman sekiranya kejadian saman berlaku semasa kereta berada di dalam sewaan penyewa kereta.

Contohnya, encik Ali bin Abu menyewa kereta Perodua Kancil XAA dari 1 Ogos 2013 hingga 5 Ogos 2013. Tidak lama kemudian, datang surat saman mengatakan kereta Perodua Kancil XAA mempunyai saman pada 4 ogos 2013. Secara otomatik, encik Ali bin Abu adalah orang yang bertanggungjawab menjelaskan saman tersebut kerana beliau yang menyewa kereta itu pada tarikh tersebut.

Kami harap penyewa-penyewa kereta & bakal penyewa kereta kami sedia maklum mengenai perkara ini. Dalam pada itu kami juga ingin menasihatkan anda semua agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas untuk mengelakkan diri dari disaman.

Kami sebenarnya amat bersedih kerana baru-baru ini ada seorang penyewa yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan sebuah kereta sewa kami dikenakan saman. Penyewa kereta berkenaan telah membawa kereta melebihi had laju. Ketika dihubungi beliau bersetuju untuk membayar saman. Tetapi, semakin dekat tarikh akhir membayar saman itu, makin senyap pula penyewa itu. Panggilan telefon tidak dijawab dan sms tidak dibalas. Kami akhirnya terpaksa membayar saman itu sendiri.

Walau bagaimanapun, kami akan membuat laporan polis mengenai hal itu dan kad pengenalan serta lesen memandu penyewa berkenaan akan kami paparkan di laman facebook kami. Harapan kami agar penyewa-penyewa kereta yang lain janganlah bersikap seperti orang itu. 

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa memberi yang terbaik kepada anda semua. Dan kami juga berharap agar anda sebagai penyewa akan menjadi pemandu & penyewa kereta yang bertanggungjawab dan amanah. Ini semua adalah untuk kebaikan kita bersama :)

2 comments: