Monday, 29 June 2015

Pejalan Kaki Berani Mati, Hanya di Tawau

Sebenarnya tajuk di atas sepatutnya pelintas jalan kamikaze di Tawau, dan bukannya pejalan kaki berani mati di Tawau. Tapi lebih kurang juga tu. Kan? Kami di Tawau memang masak sudah dengan style berjalan kaki orang-orang di Tawau ni. Tapi kalau orang yang pertama kali menjejakkan kaki di Tawau, dan pertama kali memandu kereta di Tawau, mungkin akan terkejut dan terkesima pada tahap maksima bila berdepan dengan pejalan-pejalan kaki yang melintas di hadapan anda.


Melintas Jalan di Tawau
Gambar hiasan - google

Kalau nak tahu, orang di Tawau ni rata-ratanya bertulang besi dan berurat dawai. Kenapa kami cakap begitu? Ini kerana semuanya memang cukup berani kalau berdepan dengan apa pun. Kalau nak tahu, orang di Tawau kalau berjalan kaki memang berani dan S.L.O.W tahap gaban, lebih-lebih lagi kalau melintas jalan ataupun menyeberang jalan. Jangan haraplah nak tengok orang Tawau berlari laju-laju atau jalan cepat-cepat masa nak melintas. Mereka akan lakukannya dengan sangat S.L.O.W walaupun di depan tu adalah lori petronas, bas ekspress ataupun lori treler. Yang paling best, siap boleh berwasap, sms lagi masa melintas. Walaupun bumber kereta dah nak kena lutut pun bukan mereka peduli. Kan kami dah kata, orang Tawau ni rata-ratanya bertulang besi dan berurat dawai.

Kenapa orang di Tawau begitu? dulu-dulu hanya budak-budak sekolah menengah saja yang buat macam tu, especially budak-budak perempuan. Konon nak kontrol ayu time melintas jalan. Tapi sekarang ni, bukan setakat budak sekolah menengah saja; bapak, pakcik, makcik, aunty, uncle budak sekolah menengah pun sudah turut buat aksi ala matrix yang S.L.O.W  M.O.T.I.O.N tu kalau melintas jalan. Jadi kepada yang pertama kali bawa kereta di Tawau, sabar saja lah kalau berdepan dengan para pejalan kaki yang melintas jalan ni. Mereka memang macam tu. Kalau anda kurang sabar dan melanggar mereka, anda juga yang masuk penjara nanti. Jadi kami nasihatkan, sabar saja la.

Sebenarnya kami di Kereta Sewa Tawau J3 sudah lali mendengar keluhan para penyewa kereta kami tentang orang-orang Tawau yang lambat betul melintas jalan ni. Macam tak sayang nyawa. Nak buat macam mana kan. Orang Tawau kan suka kontrol ayu dan kontrol hensem kalau melintas jalan. Jadi kepada bakal penyewa kereta kami yang baru pertama kali nak datang Tawau, hati-hati ya kalau memandu di Tawau. Kami memang macam tu ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
 
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Wednesday, 24 June 2015

Kereta Sewa Murah Tawau di mudah.my

Kini anda semua boleh melihat senarai kereta sewa murah di Tawau di laman mudah.my , ini kerana kami telah meletakkan hampir 10 jenis kereta sewa untuk anda lihat dan pilih di sana. Anda semua boleh klik link stor PRO Niaga kami di mudah.my pada gambar di bawah ini.

Stor PRO Niaga Kereta Sewa Tawau J3

Kami sebenarnya telah lama meletakkan iklan-iklan kereta sewa kami di laman mudah.my ini. Ramai juga pelanggan yang telah berjaya menemui kami melalui iklan kami yang terdapat di situ. Pada awalnya kami cuma mengiklankan 1-2 kereta sahaja di mudah.my, tapi memandangkan pelanggan pun suka bertanya mengenai "kereta-kereta lain" yang kami ada, maka kami pun cubalah mengiklankan seberapa banyak kereta sewa yang boleh. Untuk makluman, untuk mengiklankan kereta di mudah.my bukanlah percuma. 1 iklan bernilai RM10 dan valid selama 60 hari. Ok juga sebenarnya tu kan. Taklah semahal iklan facebook ataupun google ads. 

Tujuan kami meletakkan iklan kereta sewa kami di mudah.my adalah untuk memudahkan ramai rakyat Malaysia mencari kami. Umum tahu laman web ini menduduki ranking teratas web jual-beli di Malaysia, jauh mengatasi Lelong dan Lazada. Lagi pun semua orang suka pergi ke mudah kan? Ini kerana sememangnya teramat MUDAH sekali mencari apa yang kita kehendaki di laman web tersebut. Atas dasar itulah kami menyenaraikan iklan kereta sewa kami yang sememangnya paling murah di Tawau ini di mudah.my, senang orang nak cari nanti. Tak gitu?

Antara kereta sewa yang kami senaraikan di mudah.my adalah kereta Proton Saga BLM, Kereta Proton Gen2, Kereta Proton Waja, Kereta Toyota Unser, Kereta Perodua Myvi dan lain-lain lagi. Bagi memudahkan anda yang kebetulan berada di blog ini sekarang melihat rate kereta-kereta sewa tersebut satu persatu, kejap lagi kami akan senaraikan link kereta sewa kami berdasarkan jenisnya. Jadi anda semua boleh terus direct ke iklan kereta yang anda ingini. Ini dia link-link tersebut, kami jamin memang konfirm murah punya.

Kereta Sewa Proton Saga BLM Bajet Tawau
Kereta Sewa Proton Gen2 Bajet Tawau
Kereta Sewa Proton Waja Bajet Tawau
Kereta Sewa Proton Wira Bajet Tawau
Kereta Sewa Proton Saga LMST Bajet Tawau
Kereta Sewa Proton Iswara Bajet Tawau
Kereta Sewa Perodua Myvi Bajet Tawau
Kereta Sewa Perodua Viva Bajet Tawau
Kereta Sewa Perodua Kancil Bajet Tawau
Kereta Sewa Toyota Unser (MPV) Bajet Tawau

Sekiranya berminat menyewa kereta-kereta sewa yang kami tawarkan ini, jangan lupa hubungi kami segera di 014-9669-359 (call/sms/whatsapp). Kami jamin anda pasti berpuashati dengan tawaran kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau ini.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
 
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459


Wednesday, 17 June 2015

Kereta Sewa Pandu Sendiri Di Tawau

Kereta Sewa Pandu Sendiri Tawau


Lama betul kami tidak membuat post di blog ini. Sebulan lebih juga kan. Tak apa, kini kami kembali lagi dengan edisi kereta sewa pandu sendiri di Tawau. Ada sebabnya kenapa kami memilih tajuk ini. Bukan sebab untuk SEO atau dah tak ada benda lain nak dicakap.

Umum tahu yang kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Tawau. Perkataan Tawau itu memberi maksud yang jelas bahawa kami menyediakan perkhidmatan ini di TAWAU dan bukannya di Kota Kinabalu misalnya ataupun di Keningau. Semenjak kami memulakan perkhidmatan kereta sewa ini sudah ramai yang menyewa kereta kami sehingga ke Keningau dan paling jauh ke Kudat. Adakah kami membenarkan?

Kalau anda perasaan, banyak syarikat kereta sewa yang tidak membenarkan kereta sewa mereka di bawa keluar dari ruang lingkup perkhidmatan mereka. Contohnya, syarikat kereta sewa di Kota Kinabalu pasti tidak ingin anda menyewa dan membawa kereta mereka sehingga ke Tawau. Dan bukan di negeri Sabah ini sahaja yang begitu, syarikat-syarikat kereta sewa yang lain di seluruh Malaysia pun rasanya hampir semua tidak membenarkan kereta mereka dibawa keluar kawasan.

Masa mula-mula berkecimpung dalam perniagaan kereta sewa ini, kami langsung tidak kisah kalau kereta hendak di bawa ke mana sahaja pun, janji dijaga dengan baik. Tapi biasalah, pengalaman banyak mengajar dan pengalaman itulah juga yang menunjukkan bahawa tindakan kami membenarakn kereta kami di bawa jauh keluar dari Tawau  itu merupakan satu tindakan yang kurang bijak dan memakan diri sendiri.

Kenapa? Bayangkan kami pernah mendapat panggilan dari Keningau meminta kami menghantar kereta ganti. Kereta kami yang disewa itu tidak boleh hidup dan mati di tengah jalan. Bayangkan perasaan kami, Keningau bukannya dekat, tapi sudah melebihi 500km dari Tawau. Tapi kami berusaha mencari no telefon bengkel terdekat dan meminta bantuan mekanik di sana pergi melihat kereta kami. Rupanya kereta itu tidak boleh hidup kerana sudah over-heat. Kereta malang itu telah dipandu tanpa henti dari Kalabakan-Tawau-Semporna-Lahad Datu-Sandakan-Telupid-Ranau-Kota Kinabalu-Keningau. Kereta kancil lagi tu. Kami terfikir, kenapa lah ada orang boleh melakukan perkara seperti itu. Yang paling bagus, penyewa boleh pula marah-marah. Kalau fikir logik, sepatutnya kami yang marah. 

Selain dari itu, ada juga yang memang cuai semasa memandu, main lajak saja. Apa lubang pun depan mata main langgar saja. Bila sudah begitu dan dibawa long-distance lagi dan non-stop lagi, Lamborghini pun boleh rosak bhai. Atas dasar itu, sekarang kami hanya menyediakan kereta sewa pandu sendiri untuk Tawau sahaja. Kalau pergi Semporna atau Lahad Datu kami boleh terima lagi, tapi itupun dengan syarat, sekiranya terjadi apa-apa semasa anda menyewa kereta itu, tanggungjawab anda adalah 100% ke atas kereta itu. Dan sekiranya kami dapati kereta kami dipandu melebihi ruang lingkup yang dibenarkan (keluar dari Lahad Datu), kami akan mengenakan penalti ke atas anda, iatu RM2 setiap kilometer pergi dan balik. 

Jadi kami harap anda semua faham kenapa kami buat apa yang kami buat ini.Pengalaman banyak mengajar kami dan kami pun sudah cukup-cukup menanggung kerugian bila kereta kami selalu sahaja rosak bila di bawa jauh dengan begitu cuai sekali. Kami memang tidak menggalakkannya. Kalau sewa sekitar daerah Tawau ini sahaja, memang cukup dialu-alukan. Lagipun, sekiranya terjadi apa-apa, kami boleh pergi membantu dengan kadar yang segera. Anda senang, kami pun senang. Jadi tunggu apa lagi? sekiranya anda memerlukan kereta sewa pandu sendiri yang paling murah di daerah Tawau, jangan lupa hubungi kami di talian 014-9669-359. Terima kasih ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau

Latitude/Longitude: 4.251975, 117.899459

Friday, 15 May 2015

Kenapa Kami Perlu Mengenakan Caj Airport


Kenapa kami di Kereta Sewa Tawau J3 perlu mengenakan caj airport? Sebelum menjawab persoalan tersebut, cuba perhatikan printscreen di atas. Antara yang tertulis di info Airport Tawau adalah ianya terletak 31 kilometer dari bandar Tawau. Untuk makluman, 31 Kilometer bukanlah satu jarak yang dekat. Untuk pergi ke sana akan mengambil masa paling sekejap pun 30 minit. Itu adalah faktor utama mengapa Kereta Sewa Tawau J3 perlu mengenakan caj sebanyak RM30 itu. Ini kami paparkan google maps yang secara terperinci memberi details mengenai jarak dan masa yang diperlukan untuk pergi ke airport Tawau dari bandar Tawau. Sila klik untuk besarkan gambar. 



Mungkin ada yang akan mempertikaikan, kenapa tempat car rental lain di Tawau tak ada pun kenakan airport charge. Ok, begini untuk makluman, mungkin kos airport itu sudah dimasukkan ke dalam jumlah sewa mereka. Cuba ambil contoh kereta Proton Saga BLM. Di car rental X, kalau anda sewa 3 hari, jumlah sewa adalah RM150x3 = RM450. Kalau di Kereta Sewa Tawau J3, Proton Saga BLM hanya RM90/hari kalau anda sewa 3 hari dan ke atas. Jadi kalau 3 hari, jumlahnya adalah RM90x3 = RM270. Tambah airport charge RM30, jumlahnya baru RM300 sahaja. Nampak tak beza tu.


Jadi kami mohon agar para pelanggan faham kenapa kami perlu masukkan caj airport tersebut. Sekurang-kurangnya kami dapat cover kos turun-naik airport Tawau yang jauhnya 31 kilometer itu bagi menghantar kereta untuk anda. Sewa kereta yang kami kenakan pun sudah cukup murah, dan memang yang paling murah di Tawau. Sekiranya kos airport pun kami terpaksa tanggung maka tak lama lagi gulung tikar lah kami ni. Anda juga yang rugi nanti. Apa pun kami tahu ramai pelanggan kami yang sangat faham berkenaan mengenai hal ini kerana mereka pun sudah melakukan survey harga kereta sewa di Tawau sebelum confirm booking kereta sewa dengan kami. Trimas kami ucapkan. Diharapkan penjelasan ringkas ini dapat membantu mereka-mereka yang lain yang belum faham lagi. Apa pun yang paling penting, kalau mahu dapatkan kereta sewa yang paling murah di daerah Tawau ini, jangan lupa hubungi kami di 014-9669-359. Confirm dilayan bah kalau kau ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau

Sunday, 3 May 2015

Hubungi Kereta Sewa Tawau J3 Di Talian 014-9669-359

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Syukur lah, kini kami di Kereta Sewa Tawau J3 boleh dihubungi semula di talian 014-9669-359. Terima kasih kepada service provider kami. Buat rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan kami yang dihormati, kini anda semua boleh menghubungi kami seperti biasa di talian rasmi kami iaitu 014-9669-359. Terima kasih juga pada pelanggan yang telah menghubungi kami di talian sementara kami semasa talian kami telah di block buat sementara waktu beberapa hari yang lepas. Syukurlah kerana  semua pelanggan yang telah membuat booking telah membaca notis talian sementara yang telah kami post baru-baru ini. Terima kasih semua. Dan seperti biasa, kalau mahu sewa kereta yang paling murah di Tawau, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 ok. No hp kami 014-9669-359 ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau

Friday, 1 May 2015

Talian Sementara Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Disini ada makluman penting yang ingin kami sampaikan. Bermula dari jam 9.30 mlm ini, talian sementara Kereta Sewa Tawau J3 adalah 013-5499-359. Untuk pengetahuan semua, HP kami telah dicuri pada pagi tadi. Laporan polis telahpun dibuat di Balai Polis Tawau. Dan kami juga telah menghubungi service provider kami untuk menyekat no hp rasmi kami 014-9669-359 buat sementara waktu. Ini bagi mengelakkan pencuri yang mengambil HP kami dari menyalahgunakan nombor berkenaan untuk tujuan yang tidak baik.

Sekiranya ada yang telah membuat tempahan kereta sewa dengan kami dalam masa yang terdekat ini, mohon hubungi kami di talian sementara kami di 013-5499-359. Kami memohon maaf kerana tidak mempunyai back-up bagi nombor-nombor telefon pelanggan kami semua. Itu silap kami. Jadi kami amat berharap agar yang telah membuat tempahan sila hubungi kami segera di talian 013-5499-359. Bagi yang ingin menempah kereta sewa juga kami mohon agar anda semua dapat menghubungi talian sementara kami untuk membuat tempahan. 

Kami akan memaklumkan serta merta sekiranya pihak service provider kami telah menggantikan simkad kami dan seterusnya mengaktifkan semula talian asal kami iaitu 014-9669-359. Memandangkan HP pun dicuri pada hari cuti yang panjang, jadi kami menjangkakan talian akan kembali pulih seperti biasa pada hari Selasa minggu hadapan. Apa pun, kami akan buat pengumuman rasmi di laman blog ini nanti. Terima kasih atas perhatian anda semua.


Friday, 24 April 2015

Tiada lagi kereta sewa bulanan

Kereta Sewa Tawau Car Rental
Untuk makluman semua, bermula 24 April 2015 tiada lagi perkhidmatan kereta sewa secara bulanan dari Kereta Sewa Tawau J3. Keputusan ini diambil setelah mempertimbangkan pro dan kontra perkhidmatan ini kepada kami sebagai penyedia kereta sewa. Untuk makluman, amat ramai yang menyewa kereta bulanan dengan kami sejak kami mula berjinak-jinak di dalam perniagaan sewa kereta ini. Niat kami adalah membantu mereka yang benar-benar memerlukan kereta dalam jangkamasa yang lama pada kadar yang amat rendah. 

Tapi yang menyedihkan, ramai di kalangan penyewa bulanan ini telah menggunakan kereta dengan tidak berhati-hati. Bila dikembalikan, kereta berada dalam keadaan yang teruk. Calar, rim bengkok, bumper pecah adalah diantara keadaan kereta yang kami dapat setelah dipulangkan. Paling menyedihkan, penyewa-penyewa ini langsung tidak membayar ganti-rugi pada kami. Sudahlah disewakan dengan murah, kadar pembaikan pula melebihi kadar sewa yang diberi. Jadi kami berada di kedudukan yang amat rugi sekali. Niat hendak membantu, tapi diambil kesempatan pula.

Oleh itu, bermula dari hari ini, kami tidak akan memberi perkhidmatan kereta sewa secara bulanan lagi. Jika ada penyewa yang hendak menyewa dalam tempoh yang lama, setiap seminggu kereta mesti dihantar pada kami untuk pemeriksaan dan rate sewa pula adalah dikira pada kadar harga melebihi tujuh hari. Walaupun rate dikira pada kadar 7 hari ke atas, jangan risau, kadar kami tetap yang paling murah di seluruh Tawau. Harap semua penyewa kereta di luar sana dapat memahami situasi kami. Perkhidmatan kereta sewa secara harian berjalan seperti biasa. Cuma sewa bulanan saja yang kami hentikan. Oleh itu, sekiranya anda semua berminat mahu sewa kereta secara harian dengan kadar yang paling murah di seluruh Tawau, hubungi kami segera di talian 014-9669-359. Terima kasih atas sokongan anda semua.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau